السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Rejimen Askar Wataniah
Post under Askar, Wataniah   Dicatat oleh Naim Qlate

Rejimen Askar Wataniah

Logo Rejimen Askar Wataniah
Aktif1 Jun 1958 (ditubuhkan)
Negara Malaysia
KesetiaanTentera Darat Malaysia
JenisPasukan simpanan sukarela
PerananSebagai pasukan pelapis kepada Tentera Darat Malaysia.
Pusat latihanPUSWATAN, Ipoh, Perak
Motto"Berkhidmat Untuk Negara"

Rejimen Askar Wataniah (Singkatan: AW; Inggeris = Territorial Army Regiment;
Cina =国土防卫後備军团; pinyin=guótǔ fángwèi hòubèi jūntuán)merupakan pasukan simpanan
di dalam Tentera Darat Malaysia yang dulunya dikenali sebagai Pasukan Simpanan
Tentera Darat. Rejimen Askar Wataniah merupakan benteng terakhir tentera darat
dalam medan pertempuran. Rejimen Askar Wataniah telah ditubuhkan dengan rasminya
pada 1 Jun 1958.
Rejimen Askar wataniah merupakan Rejimen yang di tugaskan sebagai barisan kedua
dalam mempertahankan kedudukan negara dari sebarang ancaman musuh negara.
Rejimen ini di latih sepenuhnya oleh angkatan tentera malaysia yang bertugas
sebagai anggota tetap. Segala bentuk latihan yang di berikan adalah berdasarkan
pada latihan yang di berikan kepada anggota tetap.

Anggota Rejimen Sempadan sedang mengawasi perbatasan.
Askar Wataniah Malaysia (AW) adalah badan sukarela yang berlainan daripada
badan-badan sukarela yang lain. AW merupakan Angkatan Simpanan Tentera Darat
Malaysia sebagai benteng kedua dalam mempertahankan negara kita yang tercinta.
Penyertaan rakyat dalam AW merupakan satu sumbangan murni bagi menyahut seruan
pertiwi sesuai dengan konsep HANRUH (Pertahanan Menyeluruh) yang ditetapkan
dalam Dasar Pertahanan Negara. Sebagai sebuah negara yang pesat membangun dan
berwawasan, penglibatan rakyat dan semua pihak adalah amat perlu bagi memainkan
peranan dalam pembangunan serta pertahanan negara.HANRUH antaranya menetapkan
bantuan nasional termasuk penggemblengan semua sumber negara di samping
penglibatan Angkatan Tentera Malaysia.
Penyertaan rakyat dalam Angkatan Sukarela di Semenanjung Malaysia bermula
semenjak 1902 lagi apabila Kerajaan Inggeris menubuhkan Pasukan Sukarela di
Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang dipanggil Federated Malay States Volunteer
Force (FMSVF), Pasukan Sukarela di Negeri Melayu Tidak Bersekutu pula dipanggil
Unfederated Malay States Volunteer Force (UNFMSVF) dan di Negeri-Negeri Selat
pula ialah The Straits Settlement Volunteer Force (SSVF).
Pasukan-pasukan Sukarela telah memainkan peranan yang begitu penting terutamanya
semasa dalam Peperangan Dunia Kedua, darurat 1948-1960 dan konfrontasi. Semasa
darurat ia dikenali sebagai 'Home Guard'. Pasukan ini telah disusun semula
sebagai Pasukan Pertahanan Tempatan pada 1 Jun 1958 dan seterusnya dikenali
sebagai Askar Wataniah Malaysia.

Ketua Platun Rejimen Sempadan sedang memberi taklimat penugasan.
Matlamat latihan AW adalah untuk menyediakan satu Angkatan Sukarela Tentera
Darat yang mampu dikerah tenaga dan diaturgerakkan dalam masa yang singkat serta
berupaya menjalankan tugas operasi tanpa memberikan banyak gangguan kepada
ekonomi dan penghidupan sosial negara. Dengan itu, pendekatan latihan ialah
untuk melatih pegawai dan anggota Sukarela dengan pengetahuan ilmu ketenteraan
supaya mempunyai kemahiran dan sikap positif untuk melaksanakan tugas-tugas yang
ditetapkan sesuai dengan peranan Kor masing-masing. Dalam konteks perkembangan
AW ke arah tahun 2000, peranan dan tugas AW adalah selari dengan peranan
Angkatan Tetap. Oleh itu, setiap pihak yang terlibat harus menyedari
tanggungjawab masing-masing dan memahami segala aspek yang berkaitan dengan
latihan supaya matlamat AW dapat dicapai dengan sempurna.
Isi kandungan
        * 1 Sejarah
        * 1.1 Unit sukarela di Tanah Melayu
        * 1.2 Perang Dunia II
        * 2 Elemen-elemen dalam Rejimen Askar Wataniah
        * 3 Lihat juga
        * 4 Rujukan
        * 5 Pautan luar
Sejarah
Unit sukarela di Tanah Melayu
Pada 1861, unit sukarela tentera darat negeri-negeri Selat telah ditubuhkan di
Pulau Pinang dengan nama Penang Volunteers. Unit sama juga telah ditubuhkan di
Singapura. Pada 1902, Negeri-negeri Melayu Bersekutu (FMS) yang terdiri daripada
Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang telah mula menubuhkan unit
sukarelanya sendiri yang dikenali sebagai Malay State Volunteer Rifles
(MSVR).[1]. Pasukan sukarela ini kemudian terus berkembang dengan penubuhan
beberapa pasukan baru seperti Malay Federated Malay States Volunteer Force
(FMSVF), 'Unfederated Malay States Volunteer Force (UFMSVF) dan Straits
Settlement Volunteer Force (SSVF). Setelah tercetusnya Perang Dunia II, kesemua
unit-unit sukarela ini telah diaturgerak dan berganding bahu bersama-sama
pasukan tentera tetap dari Britain, India dan Australia untuk mempertahankan
Tanah Melayu dan Singapura.
Perang Dunia II
Selepas Perang Dunia II tamat, pasukan-pasukan sukarela yang telah wujud sebelum
ini telah dihidupkan semula. Semasa berlakunya Darurat Tanah Melayu pada 1948,
satu pasukan sukarela iaitu Pasukan Kawalan Kampung (Home Guard) telah
ditubuhkan. Pasukan Kawalan Kampung ini telah memainkan peranan yang penting
sepanjang masa darurat tersebut.
Pada 1958, Pasukan Kawalan Kapung ini telah dibubarkan setelah keadaan
keselamatan telah berjaya dikawal dan dipulih semula. Bagaimanapun, memandangkan
ramai bekas anggota Pasukan Kawalan Kampung mahu terus menyumbang khidmat
sukarela, Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu telah mengambil keputusan untuk
menyusun semula pasukan sukarela supaya ia lebih tersusun dan berkesan. Oleh
itu, Ordinan Tentera Darat Simpanan telah digubal pada 1958. Dengan kuasa
ordinan ini, sebuah pasukan sukarela yang baru yang dikenali dengan nama Askar
Wataniah telah ditubuhkan secara rasmi pada 1 Jun 1958.
Elemen-elemen dalam Rejimen Askar Wataniah
Terdapat beberapa pecahan elemen dalam struktur askar wataniah. Antaranya
adalah;
        * Tempur
        * Bantuan tempur
        * Bantuan perkhidmatan
        * Pakar
        * PALAPES
        * Pengurusan sempadan
Setiap kor dan rejimen dalam Tentera Darat Malaysia memiliki pasukan askar
wataniahnya sendiri kecuali Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Rejimen Renjer
Diraja (RRD), Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT), Rejimen Gerak Khas (GGK) dan
Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD).
Elemen pakar adalah bidang khusus tertentu di dalam wataniah. Contohnya. Pakar
pelabuhan, pakar semboyan, pakar bekalan air, pakar stesen janakuasa elektrik.
PALAPES adalah pasukan melatih kadet yang terdiri dari mahasiswa untuk
ditauliahkan sebagai pegawai askar wataniah di Institut Pengajian Tinggi Awam
(IPTA).
Pasukan Kerahan (Siri 300) adalah pasukan wataniah yang berkhidmat sepenuh masa.
Tugasnya sama seperti pasukan tetap. Cawangan latih ialah pasukan yang melatih
sekumpulan atau sesaorang untuk direkrutkan menjadi askar wataniah. Setiap
Pasukan wataniah dibawah pengurusan Rejimen Askar Wataniah (RAW), kecuali
bantuan tempur. bantuan perkhidmatan dan elemen pakar.


 Angkatan Tentera Malaysia

Kepimpinan Panglima Angkatan Tentera· Panglima Angkatan Bersama· Ketua Staf
Markas Angkatan Tentera


Organisasi Perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (Panglima Tentera Darat)
Tentera Laut Diraja Malaysia (Panglima Tentera Laut)
Tentera Udara Diraja Malaysia (Panglima Tentera Udara)

Pasukan elit 10 Briged Para· GGK· PASKAL· PASKAU

Unit simpanan PALAPES· Wataniah· PSSTLDM· PSTUDM

Keanggotaan Latihan KAGAT· MTD· UPNM· PLPM· INSAN· MPAT

Uniform Pangkat· Pingat

Lain-lain Persatuan Bekas Tentera Malaysia· LTAT· Koperasi Tentera· JHEV·
PERHEBAT


Sejarah Perang Dunia Kedua Tanah Melayu 1941· Singapura 1942· Borneo· Lt Adnan
Saidi


Darurat Darurat· Kanang

Konfrontasi Konfrontasi

Terkini Al-Ma'unah· Leftenan Jeneral Zaini


()"" ' )   Nakhai’e
( ,'o' )") http://www.naimqlate.blogspot.com
(,,)(")(")
Hari ini adalah PEMBERIAN, manfaatkanlah sebaik-baiknya kerana semulia-mulia
hamba ialah yg paling tinggi TAQWAnya. Semalam adalah SEJARAH maka
beristighfarlah utknya dan bersyukur atas kurniaan HIDAYAH dari-NYA kerana
sebaik-baik ZIKIR adalah ISTIGHFAR dan sebaik2 DOA adalah ALHAMDULILLAH. Esok
adalah MISTERI yg pada-NYA terletak angan2 dan sebijak2 manusia ialah yg
sentiasa mengingati kematiannya lalu mempersiapkan diri menghadapi kehidupan yg
kekal abadi selamanya. Wassalam sahabat group semua, semoga kita semua dibawah
rahmat Allah selalu, Amin.


Kirim email ke