Siswa digantung pengajian sebelum didapati bersalah
 
Friday, May 17 @ 15:12:40 MYT 


Oleh Wan Nordin Yaacob
KUALA LUMPUR, 17 Mei (Hrkh) - Tujuh pelajar yang digantung pengajian kerana didakwa 
menyertai perhimpunan menentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Masjid Negara, 
8 Jun tahun lalu, masih tidak berpeluang meneruskan pengajian mereka walaupun belum 
dibuktikan bersalah oleh mahkamah. 

Kesemua pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) itu kini didakwa di Mahkamah 
Majistret Kuala Lumpur, di bawah Kesalahan Jenayah Seksyen 27(5)Akta Polis 1967 atas 
tuduhan menyertai perhimpunan tanpa permit. 
Pada perbicaraan 14 Mei lalu, pelajar berkenaan diwakili peguam dari Biro Bantuan 
Guaman dan perbicaraan ditunda pada 7 Julai depan. 

Menurut satu kenyataan pelajar terbabit, proses perbicaraan yang sering tertangguh 
menyebabkan tempoh pergantungan pengajian mereka menjadi terlalu panjang. 

"Penggantungan pengajian ini amat merugikan masa dan usia produktif kami. 

"Kini sudah lebih dua semester kami tidak dibenarkan menyambung pengajian, tetapi kami 
sedang berusaha menuntut hak pendidikan yang tidak sepatutnya dinafikan pihak 
universiti," menurut kenyataan itu lagi. 

Mereka berharap Kementerian Pendidikan dapat membenarkan mereka meneruskan pengajian 
kerana proses pengadilan mahkamah kebiasaannya mengambil masa yang terlalu lama. 

"Proses pengadilan sedang berjalan, kami juga masih belum dijatuhkan hukuman bersalah 
oleh mahkamah umum," kata mereka. 

Sementara itu, Universiti Teknologi Mara (UiTM) memecatkan seorang pelajarnya, Rafzan 
Ramli dari Fakulti Kejuruteraan. 

Beliau (Rafzan) hanya mengetahui pemecatannya menerusi slip keputusan peperiksaan 
semester lima, Mac 2002 yang diputuskan Senat Bahagian Hal Ehwal Akademik UiTM. 

Katanya, UiTM memberi alasan kononnya Rafzan gagal menghadiri peperiksaan semester 
berkenaan. 

Sedangkan, dakwa beliau, pada semester berkenaan, beliau sedang menjalani hukuman 
pergantungan pengajian oleh pihak universiti. 

"Saya tidak dibenarkan menghadiri peperiksaan akhir semester lima kerana pihak UiTM 
menggantung pengajian saya di bawah Seksyen 14(1) Akta 174 yang berkuatkuasa dari 
tarikh 19 Julai 2001 sehingga kes perbicaraan mahkamah selesai. 

"Tidak timbul soal saya gagal hadiri peperiksaan kerana saya sememangnya telahpun 
digantung pengajian sementara menunggu kes perbicaraan saya selesai sebelum tarikh 
peperiksaan bermula," katanya kesal. 



_____________________________________________________________
Get yourself a free [EMAIL PROTECTED] free email account at http://www.my-muslim.net
Cross stitch fans out there, download Islamic cross stitch patterns here: 
http://www.stitchpatterns.com

_____________________________________________________________
Promote your group and strengthen ties to your members with [EMAIL PROTECTED] by 
Everyone.net  http://www.everyone.net/?btn=tag
_______________________________________________

Kandungan emel di atas tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Bekas Pelajar 
Hira' @ Alumni Hira' kecuali dinyatakan sedemikian.

Alumni Sekolah Islam Hira'
http://www.alumni-hira.org
http://berita.alumni-hira.org

Kirim email ke