salam, it's a fwd frm my fren.

Not for Fun , untuk renungan pagi jumaat

Kematian dan Roh  

ASSALAMUALAIKUM W.W

Sesungguhnya kita insan yg lemah tidak tahu bila Ajal akan
menjemput
kita! Mungkin selepas baca email ini, atau dalam perjalanan
ketika
pulang, atau semasa tidur!...Sudah cukupkah amal ibadat kita utk
mengadap Yang Maha Esa?. Kematian bukanlah penamat urusan kita
tapi
adalah permulaan utk kita!...bacalah...

PESANAN ROH KEPADA MANUSIA.

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh
isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali
jin
dan
manusia.

Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang
memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan
pakaianku
dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat
daripada
seretan malaikat maut".

Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu :"Wahai orang
yang memandikan, janganlah engkau menuang- kan airmu dalam
keadaan
panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin
kerana
tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".
Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu : "Demi Allah,wahai
orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat
sebab
tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh".
Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikatkan ia
pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat
terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat
wajahnya
sendiri,
anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak
dapat
melihat
lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai
jemaahku,aku telah meniggalkan isteriku menjadi janda.  Maka
janganlah
kamu  menyakitinya.  Anak-anakku telah menjadi yatim dan
janganlah
kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah
keluar
dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat
selama-lamanya".

Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya
kepada jemaah supaya jangan mempercepat- kan mayatnya ke kubur
selagi
belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali
terakhir.
Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah,
roh pula berpesan: "Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai
anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia
memperdayakan
aku dan
janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku".
"Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan
untuk warisku  dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung
kesalahanku".
"Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa
senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan
aku".
Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang
melihat kubur pecah.  Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di
tepi
kubur
masing - masing.

Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur
di muka mereka.  Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat
jirannya
juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat
jirannya
mengenai ketiadaan nur itu.  Maka mayat itu menjawab: "Sesungguh-
nya
bagi mereka yang
memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan
teman-teman.
Sebaliknya aku
mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan
aku".
Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga.
Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan
apa
yang
dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka.  Mendengar keadaan
itu,
anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa
dan
bersedekah
untuk bapanya.

Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi
bermimpi melihat jirannya.  Bagaimanapun kali ini jirannya sudah
ada
nur
dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.

Baginda Rasullullah S.A.W berkata:
Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu
kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan
kemudian
mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga
sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang
lain
masuk
menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya
mereka
keluar.Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan
menarik
rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka
keluar.
Dan
akhir sekali  datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan
menarik
roh dari adanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang
dikatakan
saat nazak orang itu."
Sambung Rasullullah S.A.W. lagi: "Kalau orang yang nazak itu
orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan
sayapnya
yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat
kedudukannya di syurga.  Apabila orang yang beriman itu melihat
syurga,
maka
dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini
adalah
kerana
sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada
sayap Jibrail  A.S."
Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S.akan
menebarkan sayap di sebelahkiri. Maka orang yang nazak tu dapat
melihat
kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi
melihat
orang  di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya
apabila
melihat neraka  yang akan menjadi tempat tinggalnya.
Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki
seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut.
Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari
arah mulut  maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu
dengan
berkata:
"Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan
ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berziki kepada
AllahS.W.T."
Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun
kembali kepada Allah S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan
oleh
lidah
orang mukmin itu. Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:
"Wahai
malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain."
Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka
malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah
tangan.
Tapi
keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah
usapan
kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata
tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin
dari
arah ini,
tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala
anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan."
Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin
dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki.
Malangnya
malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada
jalan
bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang
alik
mengerjakan  solat
dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri
majlis-majlis ilmu."

Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah
kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga.  Sebaik
saja
malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: Tidak
ada
jalan
bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan
Al-Quran
dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin
dari
arah
mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata:
"Tidak ada
jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat
beberapa
mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana
takutkan
" Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah
S.W.T.
Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai
malaikatKu,
tulis
AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang
beriman
itu." Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat
maut
menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T.
Sebaik
saja
melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah
roh
tersebut dari arah mulut dengan tenang.  Abu Bakar R.A. telah
ditanya
tentang
kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad.  Maka berkata Abu
Bakar
"Roh
itu menuju ketujuh tempat:-

1.  Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2.  Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3.  Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4.  Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga
mengikut kehendak mereka.
5.  Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak
di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6.  Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung
dari  minyak misik.
7.  Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,
mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai
hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang
akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar
dari
kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2  Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan
Ramadhan.
3.  Orang berpuasa di hari Arafah.

Sekian untuk ingatan kita bersama.
Wassallam.

P/S:  Kalau rajin atau bila ada masa... Tolong sebarkan kisah ini
kepada saudara
Islam yang  lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang
berkekalan bagi orang  yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.



Join the world’s largest e-mail service with MSN Hotmail. Click Here
_______________________________________________ Kandungan emel di atas tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Bekas Pelajar Hira' @ Alumni Hira' kecuali dinyatakan sedemikian. Alumni Sekolah Islam Hira' http://www.alumni-hira.org http://berita.alumni-hira.org

Kirim email ke