Hidup pun Hindu mati pun Hindu


Telah menjadi adat orang Melayu bahawa setelah ibu melahirkan anak, urinya
akan ditanam. Sekadar menanam uri sahaja setelah dibersihkannya daripada
darah kemudian ditanam dengan tujuan tidak mahu ianya dibuang begitu
sahaja, tanpa niat-niat yang lain, tidaklah menjadi kesalahan.

Tetapi apabila uri itu diletakkan di dalam suatu tempat dan kemudian
diletakkan asam atau garam kemudian ditanam dan kemudian diletakkan lampu
di sebelah tempat yang ditanam itu, maka itu menyerupai adat agama Hindu.

Orang Melayu meletakkan asam dan garam kalau anak perempuan supaya pandai
memasak dan meletakkan paku kalau anak lelaki supaya pandai menukang. Tetapi
itu zaman dahulu. Zaman sekarang di mana kemahiran anak perempuan bukan
lagi pada masak memasak, tetapi dalam bidang pelajaran, maka apakah kena
ditanam
uri itu dengan buku-buku sekolah? Dan kalau anak lelaki pula, apakah perlu
ditanam komputer bersama uri tersebut? Inilah adat Melayu yang tidak ada
logik dan tidak ada gunanya.

Apabila anak itu mencapai usia 7 hari, terutama pada waktu dahulu, anak itu
akan diletakkan di satu dulang yang berisi beras atau kunyit. Ini juga
menyerupai Hindu.

Bila anak itu dewasa pula, orang Melayu sekarang suka menonton rancangan
Hindustan yang kebanyakannya juga beragama Hindu.

Apabila anak itu berkahwin, diadakan persandingan dengan bertepung tawar dan
melontar beras dan sebagainya. Mengapa beras padahal minyak wangi banyak
dijual di kedai? Kerana orang Hindu mempercayai semangat yang ada pada
padi. Dikir barat itu menyerupai gerak laku orang Hindu dalam memuja
semangat padi. Mereka yang belum berumahtangga dan akan berumahtangga
hendaklah fikirkan hal ini baik-baik dan ibu bapa hendaklah menasihatkan
anak-anak mereka supaya jangan melakukan upacara yang bertentangan dengan
Islam di hari perkahwinan. Kalau kita sudah bersanding dengan upacara ala
Hindu, esok lusa kita jadi ustaz atau ustazah atau pendakwah dan hendak
bersyarah atau menasihatkan orang lain mengenai hal ini, orang lain sudah
tidak mahu dengar cakap kita sebab kita sudah menunjukkan contoh yang salah.

Begitu juga tepak sirih yang biasa digunakan oleh orang Melayu di majlis
akad nikah, adalah juga daripada adat orang-orang Hindu. Berbincanglah
dengan bakal pasangan anda dan juga keluarga bakal pasangan anda dan
nyatakan kepada mereka bahawa anda tidak mahu majlis perkahwinan yang
bercorak Hindu itu. Sebab kalau kita tidak berdakwah, anak-anak kita
nanti semuanya akan ikut dan kita akan menanggung dosanya kerana kita telah
mewariskan adat agama syirik!

Apabila orang Melayu meninggal, bila sudah ditanam, akan ditabur bunga di
atas kubur tersebut. Ini juga adat agama Hindu. Kalau kita perhatikan, orang
Hindu yang mati sebelum dibakar, akan diletakkan bunga ke atas mayatnya.
Hari ini orang Melayu bukan sahaja menabur bunga di atas kubur, bahkan mayat
itu sudah ditabur bunga di rumah lagi sebelum dibawa ke tanah
perkuburan.

Sebab itulah ada pepatah Melayu yang berbunyi: "Biar mati anak, jangan mati
adat". Saya rasa pepatah ini berasal daripada orang Hindu juga kerana
mereka sangat kuat berpegang kepada adat. Yang betulnya: "Biar yang lain
terkorban, Islam jangan digadai." Olehkerana
itulah sebahagian besar ibu bapa hari ini, terutamanya yang tua-tua,
bermati-matian menegakkan adat, walaupun bercanggah dengan Islam, seperti
bersanding di atas pelamin dengan upacara yang bukan-bukan.

Kalau sepanjang hidup kita ini kita ikut orang Hindu, bagaimanakah kita
boleh mati dalam keadaan Islam? Sedangkan Allah telah berfirman yang
bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dengan
sebenar-benar taqwa, dan janganlah kamu mati kecuali sebagai orang-orang
Islam."

Untuk mati dalam keadaan Islam, hidup kita mestilah dengan cara Islam,
daripada hari lahir kita sehinggalah hari kita dikuburkan di bumi.

Orang Cina dan India dahulu tinggal sekampung dengan orang-orang Melayu.
Jadi sudah tentu banyak adat-adat yang mempengaruhi orang Melayu. Namun
sebagai orang Islam, kita kena bersihkan amalan kita daripada sebarang
penyerupaan dengan amalan agama lain.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w.:

"Siapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia daripada kaum itu."

Dalam riwayat yang lain:
"..........dan akan dibangkitkan bersama-sama mereka (kaum yang
diserupainya)."

Agama Islam telah disempurnakan oleh Allah tanpa perlu ditokok tambah atau
dibuang atau diubah.



RO
Optical Crystal

_________________________________________________________________
Using a handphone prepaid card? Reload your credit online!
http://www.msn.com.my/reloadredir/default.asp


Do you Yahoo!?
SBC Yahoo! DSL - Now only $29.95 per month!

Kirim email ke