Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

Para seniors, sahabat2 dan adik2 x-Hira',

Semoga dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya....

Straight to the point aje la ye...sbb diakhir2 ini baru bersuara...

Ana mewakili seluruh warga penggerak Alumni Hira' sesi kali ini dengan hormatnye menjemput semua sahabat2 yang ada dalam mailing list ni untuk hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Alumni kali yang ke 8 di Dewan Fakulti Senibina, UiTM, Shah Alam.

Biarpun, ada yang merasakan bahawa AGM yang tiada dalam agendanya pilihanraya seperti tidak penting (contohnya AGM kali ini), ana menyeru kalian semua untuk hadir. Waktu nilah sahabat2 semua nak audit para pemimpin yang telah dilantik secara face to face. Walaupun byk medium untuk menyampaikan teguran kpd kami, namun ambillah peluang ini untuk kita sama2 berbincang tentang persatuan kita... dalam syura kan ada barakah... ana yakin ahli2 semua sudah matang melalui pengalaman semasa belajar dan bekerja (terutamanya kepada generasi2 awal yg sudah meninggalakan sekolah Hira' lebih 5-9 tahun...) untuk membuat teguran dan sama2 berbincang demi persatuan ini. Ana rasa semua dah baca buletin Alumni yang antara lain menyentuh kepentingan ahli dalam sesebuah organisasi... tanpa kalian, siapalah kami. Dan yang terpenting adalah tanpa sokongan dan sumbangan kalian, bagaimanalah kami dapat menggerakkan aktiviti2 yang telah dirancang.

Oleh yang demikian, ana menyeru sekali lagi agar semua ahli / bukan ahli agar mengubah mind-setting bahawa AGM (tanpa pilihanraya) ini kurang penting (tak semua yg berfikiran macam ni, kan?)... bahkan ia sama penting dengan AGM (berpilihanraya) di mana pada waktu inilah seharusnya kita menumpukan kepada perbicangan usul dan cadangan ahli kerana kita tidak disibukkan dengan agenda pilihanraya...

Wallahu a'lam... bagi mereka yang tak dapat hadir, nak buat macamana ye tak? Dah timing tak kene ;)  ..kami di kalangan ajk dan penggerak juga faham dengan keadaan / tanggungjawab /masa yang menuntut komitmen kita semua... namun, sampai2kanlah pandangan/cadangan/usul sahabat2 semua kepada kami agar ia dapat dibincangkan...seterusnya membantu kami menjalankan tugas kami. Minta kerjasama semua agar mewar2kan (walaupun hanya tinggal 1 hari lebih je lagi ;)  ) kepada sahabat2 yang masih belum respon/ tak tahu/ tak ambil tahu berkenaan AGM kali ini. Dan sila maklumkan kepada AJK AGM berkenaan kehadiran kalian.

Mohon ampun dan maaf andai terkasar bahasa. wassalamu'alaikum wrt wbt.


Ruqaiyah Morhalim

p/s : tahniah buat ukhti Nurin atas kelahiran Handzalah :)



Get your ringtones, operator logos and picture messages from MSN Mobile.
_______________________________________________
Hira mailing list

Kirim email ke