Assalamu'alaikum warahmatullah

Majlis Tertinggi Alumni Hira' telah bersetuju untuk melancarkan Kutipan sumbangan untuk Mudir Khairul Anuar yang kini berada di Wad 5B Hospital Klang TAR.

Kutipan ini akan diadakan mengikut batch... wakil MKT telah, sedang dan akan menghubungi wakil2 setiap batch untuk melakukan kutipan. Kutipan ini akan dilakukan selama 5 hari bermula secara rasminya pada Ahad 20/3 dan berakhir pada khamis 24/3.

Alumni telah mendahulukan sumbangan sebanyak RM500 yang telah ana serahkan sendiri pagi tadi. Kami menjangkakan kutipan melebihi jumlah tersebut dan akan diserahkan selepas mengetahui jumlah sebenar kutipan yang dapat diperolehi Khamis nanti.

Cara memberi sumbangan :

Dalam masa 5 hari ini, mana-mana ahli yang mahu menyumbang sila nyatakan jumlah sumbangan (pledge) samada di dalam ML ini atau kepada wakil batch atau kepada mana-mana ahli MT di bawah dengan meng 'sms' jumlah sumbangan serta nama dan batch anda untuk dibuat kutipan.

Muhammad Ameen : 0193304489
Ruqaiyah Morhalim : 0193208074
'Imran Jamalul-lail : 0177877567
Nurnuha Md Yusof : 0123842242
Md Aizzat Ghazali : 0122392340

Sumbangan juga boleh dimaklumkan kepada wakil batch anda.

Ana dengan ini mewakili MKT Alumni Hira' mengucapkan jazakumullahu khairan kepada semua ahli alumni yang bakal menyumbang... Semoga sedikit sumbangan kita ini dapat menceriakan hati mudir dan keluarga, serta mendapat keberkatan dan keredhaan Allah ta'ala.

Muhammad Ameen Kamaruzaman
Presiden Alumni Hira 2004-2006

PERKEMBANGAN SEMASA MUDIR
---------------------------------------------

Ana dan ubaida telah melawat mudir pagi tadi lebih kurang jam 10. Sesiapa yang hendak melawat sila ke wad 5B cari katil mudir di bahagian agak kebelakang. Mllmh Zakiah ada sekali menemani mudir... katanya dah 6 hari x balik tidur sekali kat wad.

Alhamdulillah mudir kelihatan ceria dan agak bertenaga untuk menerima tetamu ketika ini. Pada 4 hari sebelum tuh mudir tak der selera makan.. dan kalau makan pun akan muntah balik. Jadi tenaga pun x der so kena masuk air. Pembendahan dilakukan 2 kali x silap pertama untuk buang bahagian permukaan kaki kanan yang sudah bengkak dan bernanah... dan kemudian pembedahan kali kedua atas nasihat doktor kena buang 2 jari kaki kanan sebelah jari kelingking. Jadi tadi ana dgn ubaida telah menjadi pelawat pertama dapat melihat secara live keadaan kaki selepas pembedahan... Fuhhhh sungguh menginsafkan PLUS ngeri!!! Sayangnya kami x bawak kamera kalau tidak boleh insafkan semua yang baca email ni.

Nampaknya lepas ni aura kaki mudir yang kalau dulu dengar tapak kaki beliau jer semua dah kecut... mungkin kurang sikit laa kot :)

Beliau cuma berpesan supaya jaga kesihatan dan kalau keturunan ada diabetis kena berjaga-jaga dari awal. Akhir sekali beliau juga memohon kepada semua untuk mendoakannya.

Ameen K.

_______________________________________________
Hira mailing list

Kirim email ke