well...jalan raya kat malaysia memang terkenal dgn keHADHARIYANnya..ermm tapi kat us lebih lagi...:)

Faiz Sahri <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Umum maklum bahawa garis panduan Islam itu menyeluruh, lengkap lagi
melengkapi (syamil dan kamil) dari etika menguruskan negara, membina
rumah tangga sehingga lah kepada penjagaan shakhsiyyah diri.

Hasil dari mengamalkan keseluruhan etika shari'ah maka akan
terhasillah hadharah islamiyyah, atau madaniyyah islamiyyah atau
apa-apa pseudo-name yang kita ingin gelarkan.

Salah satu kesan dari hadharah islamiyyah sebenarnya boleh tampak di
jalanraya. Negara yang rakyatnya hidup dengan penuh kesedaran mengenai
nilai-nilai Islam akan hidup sebagai ibad Ar-Rahman. Antara ciri utama
ibad Ar-Rahman disebutkan di dalam surah al-Furqan:

25:63 And the servants of ((Allah)) Most Gracious are those who walk
on the earth in humility, and when the ignorant address them, they
say, "Peace!";

Maka rakyat negara hadharah islamiyyah, bukan sahaja mereka berjalan
kaki dengan kehambaan, malah seharusnya mereka memandu kereta dengan
penuh kehambaan. Hasil dari sifat kehambaan akan menatijahkan
pemandu-pemandu kenderaan yang berhemah, bersopan santun, memandu
dengan kelajuan yang sederhana dan lain-lain sifat yang terpuji.

Bukan itu sahaja, malah jika ada pemandu non-hadharah menunjukkan
tanda satu jari kepada pemandu hadharah, maka pemandu hadharah akan
membalas balik dengan dua jari *peace*. Jika pemandu non-hadharah
menggerakkan bibir dengan sebutan f-u-c-k, maka pemandu hadharah akan
membalas dengan sebutan j-z-k-k. Kerana ini merupakan sifat-sifat ibad
Ar-Rahman.

Menurut Shaykh Tawfek Choukry (di Indianapolis), yang merupakan anak
murid Shaykh Said Ramadhan al-Buti negara-negara Islam sepatutnya
mempunyai jalan raya yang terbersih di dunia. Kerana ini bukan hanya
soal jalan raya, malah sebenarnya soal iman. Semua tahu bahawa, cabang
iman yang terendah adalah membuang duri (atau apa-apa yang menyakitkan
fizikal dan mata pengguna jalan raya) dari jalan raya. Maka jika
cabang iman yang terendah pun kita tidak mampu untuk hidupkan,
bagaimana realisasi kita terhadap cabang iman yang terbesar iaitu
kalimah syahadah?

Pembesar-pembesar negara hadharah islamiyyah akan berusaha sedaya
upaya menurap jalan agar tiada lubang yang boleh merosakkan kenderaan
rakyat. Ini kerana mengikuti contoh Umar r.a. yang amat
bertanggunggjawab dan begitu risau jika ada unta tercedera kerana
jalan yang tidak baik di bandar-bandar.

Dengan hanya menyentuh dua tiga point di atas, diri sendiri
tertanya-tanya, negara manakah yang lebih hadharah islamiyyah jalan
raya nya, Malaysia atau Amerika?

Ahh .. tiba-tiba terbayangkan jawapan dari ustaz di tv. "Jalan raya
kita jalan raya hadharah islamiyyah, kerana kalau kenderaan memotong,
mereka memotong dari lorong sebelah kanan dan itu merupakan sunnah
ar-Rasul s.a.w. ('alal yameen = mendahulukan yang kanan)"

Whatever :)
_______________________________________________
Hira mailing list


Yahoo! Messenger
Show us what our next emoticon should look like. Join the fun.
_______________________________________________
Hira mailing list

Kirim email ke