salam, sekadar perkongsian... tukar la perkataan
al-amin jd hira'...... & baca dgn penuh perasaan tau..
allahua'lam


Al-AMIN

Zaman sekolah ber 'ana-enti'
Sekarang hilang diterbangkan angin
'Aku-engkau' jadi pengganti
"Ana rindulah sama al-amin.."

Bertudung labuh ayu sentiasa (yeke?)
Ikhlas atau peraturan semata (seems more
like the latter)
Sekarang ni gaya 'hebat-hebat' belaka
Entah bila nak 'ayu' semula

Cakap siang pandang-pandang
Cakap malam dengar-dengar
Batas pergaulan makin berkurang
Dah makin lupa apa ustaz ajar

Dulu cakap ngan laki jarang sekali
Batas pergaulan punyalah jaga
Sekarang pampang gambar ngan buah hati
'Kak, rasa malu tu campak pi thailand ka?'

Dulu bahasa bukan main jaga
Bukan apa, takut terbuat dosa
Sekarang dah pandai bahasa gila-gila
Gara-gara orang kutuk 'engkau ni skema'

Dulu berlumba-lumba dengan member
Hafal Quran gila-gila
Sekarang Quran kumpul habuk jer
'Alah, aku banyak kerja lain laa...'

Ustaz selalu cakap kat kita
Jadilah contoh muslim sejati
Tapi sayang kebanyakan leka
Bila dunia diletakkan di hati

Orang cakap budak Al-Amin berkualiti
Baik, berakhlak lengkap semuanya
Sayangnya indah khabar dari realiti
Bila melihat pada fi'il anak didiknya

Bila ditegur angin satu badan
Konon sudah tahu belaka
Kalau dah tahu kenapa teruskan
Seronok sangat ke kumpul dosa?

Macam tu lah kalau terasa diri hebat
Nama pun lepasan sekolah agama
"Tak payah laa kau nak bagi nasihat
Kau ingat kau tu baik sangat ke?"

Itulah realiti budak skolah agama
Majoriti terkejut dek dunia luar
Akhlak dan ilmu dalam pagar skolah saja
"Tak sesuai laa semua-semua ni kat luar!"

Kesian ustaz mengajar kita
Kesian mak bapak nak anak jadi berguna
Kita ambil sambil lewa
Alasannya kita bukan insan sempurna

Memang insan tiada yang sempurna
Kerana itu dituntut berusaha
Tak guna ilmu penuh di dada
Jika tak berusaha menghayatinya

Bukan mengeji bukan mengata
Teguran ikhlas dari jiwa
Teguran buat diri ana juga
Ana juga insan penuh dosa

Sekian, wassalam.

Written by Huda Kamaruddin

_________________________________________________________________
Get your mobile ringtones, operator logos and picture messages from MSN Mobile http://msn.smsfactory.no/


_______________________________________________
Hira mailing list

Kirim email ke