Note: forwarded message attached.

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com

--- Begin Message ---


Note: forwarded message attached.


Discover Yahoo!
Find restaurants, movies, travel & more fun for the weekend. Check it out!

Yahoo! Groups Links

--- Begin Message --- Lembu Sri Lanka dan KLCC



Maszlee Malik





Pada bulan April yang lepas penulis dan juga
rakan-rakan telah berpeluang untuk menziarahi
mangsa-mangsa Tsunami di Sri Lanka. Kami telah memilih
Muthur sebagai lokasi untuk dihulurkan bantuan. Muthur
yang bermakna "Kampung Permata" dipilih kerana
lokasinya yang terpencil dan juga situasi di sana yang
membahayakan. Tidak seperti kawasan-kawasan lain yang
dilanda ombak Tsunami, kampung nelayan yang terletak
di dalam wilayah Trinco Malee ini amat unik.
Pertamanya, 80% daripada populasinya adalah Muslim,
walaupun Sri Lanka merupakan sebuah negara yang agama
rasminya Buddha. Keduanya ianya terletak di dalam
kawasan yang dikuasai oleh Tamil Ilem (Tamil Tigers)
yang telah bertanggung jawab merompak segala bantuan
yang telah dihantar untuk mangsa Tsunami di Muthur dan
kawasan-kawasan yang berdekatan. Ketiganya, hanya satu
sahaja NGO Islam yang bergerak membantu mangsa-mangsa
Tsunami di sini, iaitu MFCD (Muslim Foundation for
Cultural Developement), selebihnya merupakan NGO-NGO
Eropah dan Kristian. Konklusinya, mangsa-mangsa
beragama Islam di sini dan juga
sukarelawan-sukarelawan di sini telah didiskriminasi
oleh NGO-NGO tersebut secara terang-terangan.



Di sini bukanlah waktu untuk berkongsi pengalaman
serba mencabar dan menyulitkan itu. Cuma sewaktu di
sana penulis tertarik dengan lembu-lembu yang
dibiarkan berkeliaran di tepi-tepi jalan dan juga di
dalam pekan. Lebih menarik lagi, lembu-lembu ini
mempunyai tanda yang tersendiri untuk dikenali oleh
tuannya. Iaitu dengan tindik di hidung, telinga dan
juga cop tatu di badannya. Walaupun lembu-lembu ini
berkeliaran, namun tuannya akan dapat mencarinya
kembali    berdasarkan tanda-tanda tersebut. Ini telah
mengimbaskan kotak pemikiran penulis pada anak-anak
muda yang banyak berkeliaran di taman di hadapan KLCC.
Kebanyakan mereka mempunyai tanda-tanda yang hampir
sama dengan lembu-lembu tersebut. Bertindik di hidung,
di telinga, di mata bagi sesetengahnya dan juga di
pusat bagi mereka yang lebih berani. Di lengan-lengan
anak-anak muda in pula kadang-kadang ada cop-cop tatu
tersendiri. Ada yang lebih berani lagi, tatu
dilukiskan di pusat atau bawah pusat mereka yang
sengaja didedahkan mungkin kerana baju yang dipakainya
itu telah mengecut akibat tindak balas kimia dengan
udara sekitar. Andaian penulis, mungkin apa yang
mereka lakukan itu untuk memudahkan tuan-tuan mereka
untuk mengenali mereka yang kebanyakannya berpeleseran
tiada arah tujuan, namun itu mustahil. Lembu adalah
lembu, dan yang berada di taman KLCC ini adalah
manusia yang berakal dan juga berjiwa seperti manusia.
Apabila ditanya kenapa mereka berbuat demikian,
pastinya soalan cepu emas itu akan dijawab dengan
jawapan yang stereotaip, iaitu: "Trend masa kini".



Cuma yang musykilnya, yang bertindik dan bertatu itu
adalah dari kalangan mereka-mereka yang tercatat di
dalam kad pengenalan biru mereka, beragama Islam.
Jikalaulah persoalan "trend" yang dijadikan hujah,
tidakkah mereka menilainya dahulu dengan kewarasan dan
juga pertimbangan iman. Bagaimana pula jika satu hari
nanti trend manusia memakan tahi, membutakan mata atau
berbogel langsung di khalayak ramai?, adakah itu juga
akan mereka ikuti?...hanya mereka sahaja yang boleh
menjawabnya.



Sewaktu menghabiskan buku 300 soal jawab remaja yang
bakal diterbitkan oleh Alaf 21, penulis banyak
menghadapi soalan-soalan yang serba sedikit telah
menyebabkan dahi penulis sedikit berkerut sehingga
kini dan memerlukan sentuhan Dove untuk menghilangkan
kedutan tersebut. Soalan-soalan seperti: "Adakah
lelaki boleh bertindik?", "Bolehkah wanita bertindik
di kening, di hidung, di bibir dan di pusat?",
"Bolehkah orang Islam bertatu, jika dakwat yang
digunakan itu boleh menyebabkan air menembusi kulit?",
"Bolehkah mewarna rambut, jika pewarna tersebut
mempunyai cop halal JAKIM?" dan lain-lain soalan
kontemporari yang jika diajukan kepada Dr Yusuf
al-Qaradhawi, pastinya ulama tersebut terpaksa
mengambil nafas yang panjang untuk beristighfar.
Hakikatnya, itulah realiti masyarakat kita. Bagi yang
bertanya, sekurang-kurangnya, alhamdulillah mereka
inginkan kepastian tentang hukum, bagaimana pula yang
langsung tidak hiraukan hukum-hakam dan terus ikut dan
buat sahaja tanpa berfikir panjang. Mungkin cogankata
"Just Do It" kasut jenama NIKE telah menjadi inspirasi
mereka.



Memang benar, penyakit jiwa yang dihidapi oleh
sesetengah generasi muda kini ialah kurangnya berfikir
dan taklid membuta tuli. Jika generasi tua berasa
senang untuk bertaklid dalam hal-hal agama, generasi
muda pula merasa senang untuk bertaklid dalam hal-hal
sosial. Apa sahaja yang disuapkan oleh media, itulah
ikutan mereka tanpa mempunyai perkiraan yang matang,
samada dari pertimbangan agama ataupun perimbangan
akal yang waras. Apa yang artis buat, itulah ikutan
mereka. Seperti kata seorang rakan yang mengatakan
bahawa masyarakat kita seumpama komputer yang tiada
anti-virus dan firewall yang kuat, mereka hanya memuat
turunkan segala perisian yang disogokkan kepada mereka
tanpa mempunyai daya penapisan dan daya tahan.
Ahkirnya, segala yang mereka muat turunkan itu
terdapat virus yang akhirnya akan merosakkan bukan
hanya sekadar perisian komputer itu sahaja, malah hard
ware juga akan turut rosak kerana kejahatan virus yang
berjaya menyelinap masuk ke dalam komputer tersebut.
Begitulah halnya keadaan masyarakat kita,
budaya-budaya yang sedemikian bukan hanya sekadar
penampilan, tetapi ia juga membawa bersamanya falsafah
dan kerosakan terhadap struktur sosial masyarakat dan
juga nilai-nilai etikanya.



Jika ditinjaukan dari hukum pula, jelas sekali hadis
Rasulullah S.A.W. yang melarang kita meniru
orang-orang kafir dan orang-orang yang fasiq (hadis :
Barangsiapa yang meniru sesuatu kaum, maka dia dari
kalangan mereka. H.R. Abu Daud) sudah cukup menjadi
jawapan kepada sesiapa yang masih lagi tidak jelas
tentang hukum perlakuan tersebut. Walau bagaimanapun,
jika tidak dilihat dari sudut agama pun, dari sudut
moral, ianya amat bertentangan dengan nilai manusia
bertamadun. Mungkin terlalu kasar jika ingin disamakan
dengan apa yang terdapat di Sri Lanka, tetapi ianya
hampir ke sana juga. Perihal lelaki yang gatal hendak
bertindik, walaupun ianya penuh kesakitan (sepertimana
yang dilaporkan dalam sebuah majalah picisan minatan
ramai anak Melayu) lagilah kurang cerdik
sipengamalnya. Jika hendak dilihat kepada dalil juga,
hadis Rasulullah S.A.W. yang melaknat orang lelaki
yang menyerupai wanita dan juga wanita yang menyerupai
lelaki sudah cukup untuk membuktikan bahawa bertindik
adalah haram bagi kaum lelaki. Sayangnya golongan
seumpama ini bukanlah kisahkan sangat apa Nabi kata,
yang penting "ikut trend", "ikut fesyen", walaupun apa
yang mereka ikutkan itu tidak langsung mendatangkan
manfaat. Mungkin makhluk-makhluk di Sri Lanka itu jika
diberikan akal pun, tidak akan rela dirinya ditindik
di   hidung dan di teliga, apatah lagi kalau yang
hendak ditindik itu di kelopak mata ataupun di pusat.



Berkaitan isu tatu pula, Rasulullah S.A.W. telah
melarang umatnya dari melakukan Wasyam (tatu) dan
Allah melaknat sesiapa yang melakukannya seperti yang
telah disebutkan di dalam hadis riwayat Muslim.
Walaupun hadis ini menyebutkan wanita yang ilaknat
kerana bertatu dan minta dirinya ditatu, termasuk di
dalam larangan dan juga laknat tersebut, kaum lelaki.
Tatu juga, selain daripada dakwatnya yang menghalang
air melalui kulit, ianya merosakkan kulit dan juga
mencerminkan ketidak berakhlaknya si pemakai tatu
tersebut. Di samping itu, budaya bertatu juga
mencerminkan manfestasi penghambaan diri seseorang
kepada budaya ikut-ikutan. Lagi pula yang diikutkan
itu adalah budaya hendonisme dan juga para artis yang
kafir dan juga yang bergelumang dengan dosa.
Persoalannya adakah mereka yang melakukan tatu-tatu
tersebut mengambil kira perkiraan seumpama ini?,
rasanya otak mereka tidaklah terlalu ligat untuk
berfikir semacam ini. Yang penting bagi mereka-mereka
yang semacam makhluk di Sri Lanka ini ialah "trendy",
"glamour", "ikut fesyen" dan juga bebas.



Rasanya sudah sampai waktu bagi mereka-mereka yang
sedar, terutamanya para pembaca e-mail ini untuk
membantu rakan-rakan mereka yang diperhambakan oleh
ideologi ikut-ikutan yang telah ditindik dan ditatukan
seumpama mahkluk-makhluk di Sri Lanka. Sedarkan
mereka, dekati mereka dan juga bimbinglah mereka.
Jangan biarkan mereka tenggelam di dalam khayalan
mereka sehinggakan akal yang begitu bernilai tidak
langsung mereka gunakan untuk membezakan yang mana
baik dan yang mana buruk. Janganlah juga satu hari
nanti bilangan anak-anak muda kita yang menjadi hamba
ideologi ini mengatasi bilangan lembu-lembu di Sri
Lanka yang berkeliaran di pekan-pekan dan juga
bandar-bandarnya dengan badan yang bertatu serta
telinga, hidung dan pusat yang bertindik...


     
     
           
___________________________________________________________
Yahoo! Messenger - NEW crystal clear PC to PC calling worldwide with voicemail http://uk.messenger.yahoo.com


al-'ilmu: qaala Allah wa qaala Rasul


--- End Message ---

--- End Message ---
_______________________________________________
Hira mailing list

Kirim email ke