18 JUN 2005 - SABTU

0800 : Berkumpul,Taklimat kepada semua pemandu

0830 : Bertolak
Panduan Keselamatan Konvoi IMS 6

1.      Semua pemandu hendaklah memastikan kenderaan yang
dipandu berada dalam keadan yang baik dan mempunyai
petrol yang mencukupi sebelum memulakan perjalanan.

2.      Para peserta disarankan agar melaksanakan hajat
masing-masing sebelum memulakan perjalanan bagi
melicinkan perjalanan ke pantai bagan lalang

3.      Setiap ketua konvoi ( Saudara `Imran Di Shah Alam &
Saudara Abdul Rahim di Klang ) hendaklah melantik
seorang pemandu lain (yang mengetahui jalan ke pantai
Bagan Lalang) untuk menjadi penolong ketua konvoi.

4.      Semua Peserta hendaklah mengikut arahan ketua
konvoi dan penolong ketua konvoi. Bagi susunan konvoi
pula, ketua konvoi hendaklah berada di hadapan sekali
manakala penolong ketua konvoi hendaklah berada di
belakang sekali.

5.      Semua pemandu hendaklah mengetahui nombor telefon
ketua konvoi dan penolong ketua konvoi bagi memudahkan
perhubunagn.

6.      Para pemandu tidak dibenarkan berlumba diantara
satu sama lain dan hendaklah berhati-hati semasa dalam
perjalanan. Para pemandu juga tidak dibenarkan
mengekori kenderan lain dengan rapat.

7.      Para pemandu juga tidak dibenarkan memotong
kenderaan lain melainkan ketua konvoi yang memeberi
isyarat utk memotong sesebuah kederaan lain yang
bergerak agak perlahan seperti lori atau jentera
pembianan.

8.      Para pemandu dinasihatkan agar tidak memandu di
lorong kanan kerana lorong tersebut menjadi laluan
kepada kenderaan yang bergerak laju.

9.      Jika terdapat peserta yang ingin ke tandas, pemandu
hendaklah menghubungi ketua konvoi bagi memaklumkan
tentang hal tersebut. Dan jika terdapat kenderaan
peserta yang menghadapi masalah serta kerosakan,
pemandu hendaklah menghubungi ketua konvoi bagi
memaklumkan mengenai kerosakan tersebut.

10.      Bagi konvoi dari Shah Alam, konvoi akan melalui
lebuhraya dan akan berhenti di Dengkil bagi menuggu
sebahagian peserta lagi yang akan bersama dalam konvoi
tersebut.

11.      Mnakala bagi konvoi dari Klang pula akan melalui
jalan alternatif ke pantai Bagan Lalang.

12.      Jika semua kenderaan peserta tidak dapat melepasi
lampu isyarat, ketua konvoi hendaklah berhenti dan
menunggu kenderaan peserta yang lain di tepi jalan.
Apabila bilangan kenderaan peserta telah
mencukupi,ketua konvoi boleh meneruskan perjalanan.
Begitu juga keadaan apabila melepasi plaza tol.

13.      Semua pemandu diingatkan agar mengikut arahan
ketua konvoi dan penolong ketua konvoi agar dapat
menjamin perjalanan yang lebih lancar.


Discover Yahoo!
Have fun online with music videos, cool games, IM & more. Check it out!
_______________________________________________
Hira mailing list

Kirim email ke