*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


BEKAS TAHANAN REMAN TUNTUT RM1 JUTA DARI PENJARA


KUALA LUMPUR: Seorang bekas tahanan reman Penjara Sungai Buluh, Zailan 
Kamarudin Hj. Subiran, menuntut ganti rugi RM1 juta ringgit dari kerajaan 
Malaysia dan penjara Sungai Buluh berikutan tindakan seorang warder penjara 
itu memukul beliau sehingga berdarah tanpa sebab-sebab yang wajar.

Tuntutan itu dinyatakan oleh Zailan dalam laporan polis yang dibuatnya pada 
1 Oktober lalu di Balai Polis Sungai Buluh.

"Selepas saya dipukul sehingga berdarah di kepala, mereka membiarkan saya 
tanpa memberikan rawatan yang sepatutnya.

"Saya dibiarkan begitu sahaja selama 5 jam (3.00 petang - 8.00 malam) 
walaupun pihak perubatan penjara mengatakan kecederaan yang saya alami agak 
serius dan memerlukan rawatan selanjutnya," cerita Zailan yang datang 
sendiri ke pejabat Harakah.

Beliau datang ke Harakah selepas membaca cerita bekas banduan Sungai Buluh, 
Murray Hierbert, wartawan Far Eastern Economic Review disiarkan oleh Harakah 
English Section baru-baru ini.

"Sayalah banduan yang dimaksudkan oleh Hiebert dalam tulisannya sebagaimana 
yang dilaporkan oleh Harakah itu," kata Zailani kepada Harakah.

Tambahnya lagi, apa yang diceritakan oleh Murray Hiebert semasa dia ditahan 
di penjara tersebut adalah betul (rujuk Harakah 1130) malah dia sendiri 
telah ditemuramah oleh Hiebert yang ingin mendapatkan penjelasan lanjut 
semasa mereka berdua sama-sama ditempatkan di blok hospital Penjara Sungai 
Buluh.

Dalam laporan polisnya, Zailan menuntut daripada pihak penjara dan kerajaan 
Malaysia sebanyak RM1 juta ringgit atas kecederaan fizikal dan mental yang 
dialaminya sepanjang tempoh penahanan.

______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Putra Sulong ." <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke