3 MB Bantah Tarikh Pilihanraya

Semasa hari pembubaran parlimen diumunkan oleh Mahathir, beliau telah memanggil semua Menteri Besar untuk dimaklumkan (bukan bincang atau mesyuarat).

Semasa taklimat tersebut, tiga menteri besar telah menyatakan rasa tidak setuju tarikh pilihanraya dibuat terlalu cepat. Mereka adalah Shahidan (Perlis), Wan Mokhtar (Terengganu) dan Isa (NS).

Ketiga-tiga mereka memberi sebab kurang bersedia. Mereka menyatakan jentera pilihanraya negeri masing-masing masih tidak bersedia dengan sepenuhnya. Malah mereka turut menyatakan bahawa mereka amat terkejut dengan pengumunan tersebut.

Sumber dalaman menambah bahawa antara sebab lain yang lebih utama Shahidan mahu menundakan tarikh pilihanraya ialah kerana namanya diberitakan digugurkan.

Sekian

Ibrahim Baba
13 NOVEMBER 1999

http://members.tripod.com/mahafiraun

Kirim email ke