Bertambah CELARU barisan TAIK

BERITA MALAYSIA


November 13 , 1999 21:59PM

 

KEKELIRUAN PADA SIDANG MEDIA KETUA PEMUDA PPP

 


KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Sidang media oleh Ketua Pemuda Parti Progresif Penduduk (PPP) T.Murugiah yang menyuarakan hasrat parti supaya ia diberi kerusi pada pilihan raya umum akan datang bertukar menjadi adegan mengelirukan apabila presidennya M.Kayveas mengeluarkan kenyataan yangbertentangan.

Murugiah pada sidang media itu menyatakan harapannya agar parti komponen Barisan Nasional (BN) seperti Umno, MCA, Gerakan dan MIC dapat melepaskan beberapa kerusi mereka untuk diberikan kepada PPP.

"Pemuda PPP telah bermesyuarat pagi ini untuk merayu kepada empat parti komponen BN iaitu Umno, MCA, Gerakan dan MIC supaya dapat memberikan laluan kepada PPP dengan melepaskan satu kerusi mereka," katanya kepada pemberita di Ibu pejabat parti itu hari ini.

Tetapi cadangan Pemuda PPP itu ditolak oleh Kayveas pada satu lagi sidang media yang diadakan dengan tergesa-gesa di tempat yang sama 30 minit selepas sidang media terdahulu diadakan.

"Mengapa Pemuda PPP membuat tuntutan seumpama itu dengan meminta pemimpin parti-parti komponen melepaskan kerusi. Pergerakan Pemuda tidak boleh menjadikannya sebagai isu."

Beliau berkata, cadangan Murugiah agar parti komponen BN melepaskan kerusi mereka bagi memberi laluan kepada PPP boleh disalahertikan.

Katanya, sebarang soal mengenai pengagihan kerusi pada pilihan rayaumum 29 Nov ini harus ditangani oleh pengerusi BN Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad.

Kayveas berkata, partinya berkeyakinan tinggi bahawa sebarang keputusan yang akan dibuat oleh pucuk pimpinan BN mengenai pemberian kerusi akan memihak kepadanya.

Beliau akan menemui Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad pada 18 Nov, katanya. -- BERNAMA

blue.gif

Kirim email ke