*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera;

Pilih Siapa DiPilihanraya ? -  Suatu Pendekatan Individu.

Umum mengetahui Pilihanraya adalah salah satu proses asas dalam membentuk 
kerajaan yang berdemokrasi.  Oleh itu rakyat semestinya mengambil peluang 
sekali dalam 5 tahun untuk turut serta dalam membentuk kerajaan.  Soalnya 
pilihan yang bagaimanakah yang perlu rakyat pilih ?

Secara asas, rakyat mempunyai dan meletakkan keutamaan diri, keluarga, 
agama, bangsa dan negara sebagai asas pilihan mereka.  Namun begitu, 
keutamaan individu setiap rakyat selalunya melebihi keutamaan parti yang 
patut dipilih.  Keutamaan individu yang dimaksudkan adalah aspirasi 
seseorang rakyat ke atas seseorang calon yang boleh mewakilkan dan 
menyuarakan pendirian dirinya di peringkat negeri (DUN) dan negara 
(Parlimen) dan seterusnya terlibat dalam usaha untuk membentuk dasar negara. 
  Dasar pemilihan calon yang perlu ada bagi setiap rakyat semestinya memilih 
seseorang  wakil mereka (calon) yang boleh mencapaikan cita-cita mereka 
supaya apa yang diingini mereka mampu disuara-cadangkan, didebatkan, 
diluluskan, dan seterusnya diimplementasikan (samada diperingkat negeri atau 
negara).  Kalau tidak 100% keinginannya dipenuhi, jika ianya memenuhi asas 
keutamaan mereka, ianya sudah cukup memuaskan.  Dan setiap calon pula wajib 
memperjuangkan keinginan majoriti individu-individu yang mewakilkannya.

Disamping itu, parti politik pula ditubuhkan untuk menyeragamkan usaha calon 
untuk memberikan suara majoriti di dalam Parlimen dan DUN.  "Kesatuan" calon 
atau parti politik bertanggungjawab untuk menyediakan dasar-dasar yang perlu 
diperjuangkan oleh seseorang calon.  Oleh itu, secara tidak langsung, 
calon-calon akan menyesuaikan suara-suara yang diwakilinya terhadap dasar 
politik perjuangan partinya.  Parti politik juga menyediakan platform untuk 
calon supaya memudahkan calon dikenalpasti oleh pengundi-pengundi di 
kawasannya.

Tetapi untuk calon yang bertanggungjawab, mereka semestinya memastikan 
perjuangan dan suara yang diwakilinya seragam dengan apa yang diperjuang 
oleh parti.  Calon-calon tidak seharusnya menurut parti (terutama parti yang 
dikawal sepenuhnya oleh Presiden parti) secara membabi-buta (kecuali calon 
tersebut memang mengharapkan parti sebagai platform dari kelayakan peribadi 
mereka sendiri).  Calon-calon adalah mereka yang dipertanggungjawabkan oleh 
pengundi-pengundi di kawasannya untuk menyuarakan dan mencapaikan keinginan 
dan kehendak majoriti rakyat yang hendak diwakilinya.

Oleh itu untuk pilihanraya kali ini, keutamaan individu setiap rakyat harus 
disandarkan pada bakal calon dan parti yang mampu mencapaikan keinginan dan 
kehendak pengundi.  Sebagai rakyat, atau individu, apakah pilihan mereka 
yang bakal diterjemahkan sebagai undi ?  Apakah setiap individu rakyat yang 
mengundi memilih :-

yang menurut keinginan presiden parti (sistem diktator) atau yang menurut 
keinginan rakyat,
yang rasuah atau yang amanah,
yang pembazir dan boros atau yang berhemat,
yang zalim atau yang adil,
yang menyalahgunakan kuasa atau yang takut pada yang mahakuasa (Allah bukan 
Mahathir!),
yang menindas hak rakyat atau yang memperjuangkan hak rakyat,
yang mementingkan kroni dan suku-sakat atau yang mementingkan rakyat,
yang menipu dan memukul rakyat atau yang membela rakyat,
yang memecahbelahkan rakyat melalui politik perkauman atau yang 
mengharmonikan rakyat,
yang mementingkan rezeki korporat atau yang mementingkan rezeki rakyat,
yang menyekat suara rakyat atau yang menyuarakan rakyat,
yang penggalak maksiat atau yang penggalak kebaikan,
yang memanipulasi mahkamah atau yang mahu kebebasan mahkamah,
yang menyekat hak pengundi baru atau yang memperjuangkan hak pengundi baru,
yang mempersenda Islam atau yang menggangungkan Islam,
yang memperbodohkan kecerdikan rakyat atau yang mahukan rakyat yang cerdik,
yang berusaha menguasai dan membankrapkan harta rakyat atau yang mahu 
menghentikannya
yang mahu PM berkuasa terus-terusan atau yang mahu menghadkan tempoh PM,
yang meneruskan undang-undang menindas (ISA, AUKU, dll) atau yang mahu 
menghentikannya,

Jawablah dihari pengundian nanti.  Ingatlah, undi setiap pengundi 
mencerminkan keutamaan individu terhadap apa yang dicita-citakannya dan 
sekaligus sifat-sifat keinginan dan kecendurungan individu itu sendiri.

Abu Din - sudah pasti pangkah Barisan Alternatif !!!

p/s: Sorry, terpaksa guna email address baru.










______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Mat Saja" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke