Kempen BN Kepada Guru-guru di Raub Yang Begitu Jijik

Raub:15/11/99.

Satu program yang dinamakan Negara Kita Tanggungjawab Kita telah diadakan di daerah Raub dengan kehadiran kira-kira 280 orang guru yang mewakili seluruh sekolah di Raub. Majlis ini diisikan dengan dua slot ceramah iaitu dari OCPD Raub yang bercakap tentang kesejahteraan dan keamanan negara - ternyata para hadirin amat bosan sekali untuk mendengar celoteh tersebut. Beliau mengaku SB polis memang pakar dalam proses 'turning over' dan undang-undang berbeza mengikut siapa yang yang nak dikenakan tindakan undang-undang. Tidak sedar apa yang dia cakap.

Ceramah kedua oleh "pelakon terbaik wayang Cina" iaitu Timbalan Pengarah Pendidikan Pahang yang kita tahu sama seperti Pengarah Pendidikan Kedah jalan ceritanya.Para hadirin lagi keliru dengan lakonan beliau menjadi bertambah haru biru setelah tamat ceramah. Ternyata beliau menganggap rakyat sekarang keliru dengan isu-isu semasa. Tetapi sekiranya yang terkeliru itu dari semua lapisan masyarakat dari profesor-profesor di IPT, pengamal undang-undang hinggalah ke orang-orang kampung dengan pelbagai fitnah dan tohmahan kepada pimpinan alternatif, menutup penyelewengan kroni dan sebagainya maka siapakah yang terkeliru ? Tak payahlah nak 'turning over' lagi para guru di sini.

Kisah Nabi Allah Khaidir iaitu membocorkan perahu dan membunuh seorang kanak-kanak dipergunakan untuk perbandingan isu politik semasa. Tindakan zalim Mahakhinzir P*** M** janganlah disamakan dengan tindakan Nabi Khaidir tuan haji oooiii... Dalam Islam telah jelas yang mana hak dan yang mana batil.Sekian.

Guru SB

Kirim email ke