UMNO OH UMNO........
 
Bila diceritakan tentang perjuangan UMNO, cuba kita bersembang dengan orang  tua kita ataupun mana-mana warga yang berumur sekitar 60-70 an sekarang.  Jika mereka ini peka kepada nasib bangsa dan agama, mereka akan menceritakan  perit jerih memperjuangkan nasib Melayu melalui persatuan-persatuan Melayu,  terutama guru-guru. Pengalaman mereka inilah sepatutnya disambungkan oleh pemimpin yang ada sekarang.

Pengorbanan yang mereka lakukan ikhlas, berpanas dek matahari dan berkuyup  dek hujan, semua atas nama membela agama, bangsa dan negara. Nah, jangankan  duit sepuluh sen, air seteguk pun tidak diminta. Kisah-kisah itu begitu berinspirasi bagi saya, tentang bagaimana guru-guru sanggup menggerakkan  tulang empat kerat tanpa mengharapkan apa-apa pembalasan, asalkan nasib orang Melayu terbela.

Saya banyak membayangkan peranan guru yang satu ketika dahulu menjadi tonggak kekuatan UMNO kerana kedua ibu-bapa saya adalah guru yang telah pencen. Mereka bukan orang politik. Tetapi mereka tetap terpanggil untuk menyertai Dato Onn menentang Malayan Union dan sebagainya atas tujuan  memuliakan agama bangsa dan negara. Jangan tanya mereka apa yang mereka lakukan, tetapi tanyalah mereka, apa yang mendorong mereka melakukannya? Nescaya mereka akan menyatakan semangat juang dan rasa kasih dan sayang kepada nusa dan bangsa yang menjadi dorongan. Adakah mereka melakukannya  kerana duit ringgit? Apakah mereka kaya-raya sekarang? TIDAK!

Adakah semangat yang sama dapat dilihat dalam pimpinan sekarang, dalam UMNO  yang menjadi pujaan serta sandaran generasi itu? Apakah yang mereka perjuangkan? Sayang sekali, ibubapa (dan beberapa rakan karib seangkatan)  saya telah LAMA memalingkan muka mereka daripada UMNO yang telah jelas menyeleweng dari matlamat sebenarnya. Apakah UMNO sekarang mahu menidakkan  pandangan orang biasa yang menjadi sumber kekuatan mereka dahulu?

Persoalan-persoalan yang timbul nyata membuktikan UMNO hanyalah  memperkudakan orang Melayu dengan memainkan sentimen berikut:

1) orang Melayu lemah
2) Tanah Melayu makin tergadai
3) orang Melayu kurang pegangan di BSKL
4) orang Cina akan mendominasi masyarakat Melayu di Malaysia

Oleh itu undilah UMNO, kerana UMNO akan membela orang Melayu.

Sila perhatikan pemerhatian dibawah:

1) orang Melayu lemah kerana dimanjakan oleh kerajaan, bila ini berlaku,  sukar untuk melekangkan pengaruh UMNO dari masyarakat Melayu. Sepanjang masa  ini, Melayu terus lemah dan tidak boleh berdikari serta terus memanjangkan  pengaruh UMNO. Peruntukan yang besar-besar terus dibuat, yang menerimanya  pula kroni-kroni mereka.

2) Tanah Melayu (rizab) tidak boleh dijualbeli kecuali dengan kebenaran EXCO. Siapakah EXCO, jika bukan UMNO? Satu lagi cara menakutkan orang Melayu  sedangkan pihak yang menjual Tanah Melayu itu sendiri adalah UMNO. UMNO tidak dibenci malah didakwa "diperlukan" apabila mereka mencanangkan Tanah  Melayu jatuh ke tangan bangsa asing! Sambil itu boleh buat duit jual tanah rizab Melayu......

3)Orang Melayu dikatakan ada 17% pegangan capitalisation di BSKL. Sasaran kerajaan adalah 30%. Jadi polisi mengutamakan Bumiputera (UMNOPutera?) perlu diteruskan. Siapakah sebenarnya penerima saham-saham ini? Tak payah jawab, sendiri dah tahu. Kalau diberi pegangan 30% macam mana nak dijaga jika penerima-penerima saham ini semuanya menjual nak kaya cepat? Bumiputera yang menerimanya tentulah Bumiputera yang terpilih.... lagi satu cara mereka menakutkan masyarakat Melayu sambil memperkayakan diri sendiri melalui saham!

4)kebanyakan program bangsa asing yang mengaut keuntungan besar serta membeli tanah-tanah adalah dengan dokongan serta kemudahan politik serta dana UMNO. Sah, sekali lagi bangsa Melayu diperbodohkan. Apa dah jadi dengan Langkawi? Tepuk dada tanya selera. Bukan kebanyakan Tanah Melayu dah jatuh ketangan bangsa asing? Siapa punya angkara kalau bukan UMNO?

Hanya dengan berbohong serta mendakwa perjuangan mereka adalah sama seperti dahulu mereka berjaya mengaburi mata rakyat serta mengekalkan sokongan mereka....

Kirim email ke