*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Forwarded: ---------- KISAH MEMALI - Part 4 Assalamualaikum, (Meneruskan cerita Memali) Dlm part 3, kita menceritakan bagaimana al-syahid telah mengasaskan penubuhan Madrasah Islahiah Diniah, Memali, dan kita juga menceritakan latarbelakang pendidikan dan kerjaya beliau yang bukan sebarangan. Kali ini, kita lihat pula beberapa peristiwa penting yang berlaku sebelum hari kejadian tanggal 19 November 1985. Sekitar pertengahan tahun 1980an, kebangkitan Islam di Malaysia telah menyaksikan peralihan pucuk pimpinan PAS daripada kumpulan yg berbau Nasionalist kepada kumpulan Ulamak di bawah pimpinan Tuan Haji Yusuf Rawa. Sejajar dengan kebangkitan itu juga, muncullah penceramah-penceramah jenis 'membujur lalu melintang patah, tak takut pada ugutan, tak takut pada celaan' seperti Ustaz Hj Hadi Awang, Ust Ghazali Abdullah, Mat Sabu, Bunyamin Yaakob dan lain-lain. Masih saya ingat, saya sempat melihat poster 'Amanat Haji Hadi' tergantung megah di rumah salah seorang hardcore PAS di pedalaman Kedah. Sudah lama saya tidak ke rumah beliau, teringin rasanya nak melihat semula poster itu. Ceramah-ceramah PAS pada ketika itu memang hangat, memang panas dan selalu mendapat sambutan ramai. Perbezaan akidah antara perjuangan PAS dan UMNO diterangkan satu persatu; dan sama ada kita suka atau tidak, kejahilan masyarakat terhadap sistem hidup dan sistem undang-undang Islam ketika itu telah menyebabkan keluarnya kenyataan-kenyataan balas terhadap isu ini - yang terang-terang boleh membatalkan syahadah, seperti: "HABIS TU, KALU SEMUA ORANG KENA POTONG TANGAN, SIAPA PULA NAK GI MENOREH?" atau "HUDUD, ZAMAN UNTA BOLEH LA!!". Bagi mereka yang menerima pendedahan terperinci mengenai sistem hidup Islam, both hablum-minallah dan hablum-minannas, mereka jadi kaget dengan ucapan-ucapan yang sedemikian. Kerana mereka tidak punya kuasa untuk mengubah pemikiran orang, demi menjaga maruah agama, nak tak nak mereka terpaksa bergerak dalam kumpulan atau jemaah mereka sendiri. Di ketika itu jugalah wujudnya apa yang dikatakan sebagai isu pulau memulau dan kafir mengkafir. Ini ini termasuk juga isu sembahyang dua imam, sembelihan tak sah, akad nikah tak sah menjadi lebih sensasi lagi bila media-media kerajaan turut sama menggembar gemburkannya. Dan seperti biasa, PAS lah yang dipersalahkan. Lantaran publisiti-publisiti yang berat sebelah itu, wujudlah desakan-desakan dari - siapa lagi kalau bukan dari Tukang Kipas - Tukang Kipas UMNO, mendesak agar PAS diharamkan! HASILNYA - UMNO TELAH DIHARAMKAN PADA 4 FEBRUARY 1988!! Apa-apa pun, sambutan masyarakat terhadap PAS dan juga kebangkitan idealisme perjuangan Islam makin hari makin meningkat. Keadaan ini menyebabkan pihak-pihak yang berkenaan jadi tak senang duduk, kata orang, "mandi tak lena tidur tak basah" - semuanya serba tak kena [sebab tu peribahasa ni ditulis sebegitu rupa]. Di kemuncak keresahan mereka, maka berduyun-duyunlah pemimpin-pemimpin PAS dicekup ISA pada tahun 1984. Antaranya ialah Ustaz Abu Bakar Chik, Hj Ghazali Abdullah, Bunyamin Yaakob dan Mat Sabu serta ramai lagi. Waran tangkap untuk Al-Syahid Ust Ibrahim Libya juga turut dikeluarkan pada tahun tersebut. Tetapi, beliau berkeras untuk tidak menyerah diri. Maka, buruan ke atasnya pun bermula!! Tidak ramai orang tahu ke mana beliau menghilangkan diri; tetapi dalam pertemuan dengan salah seorang sahabat dari Memali minggu lepas, saya diberitahu bahawa beliau bersembunyi tidaklah begitu jauh - setakat Sik dan di sekitar Parit Panjang sahaja. Untuk maklumam, di perkuburan Parit Panjang lah tempat al-syahid dan sahabat sahabat kini bersemadi! Walau pun dalam keadaan bersembunyi, al-syahid tetap pulang ke Memali menyampaikan kuliah kepada sahabat2 rapatnya, cuma sudah tidak keluar berceramah. Orang mungkin bertanya, kenapa beliau tidak mahu menyerah diri? Kata Pak Teh Mat Piah dalam buku "Perisai Memali": "USTAZ IBRAHIM KATA, DIA TIDAK AKAN SERAH DIRI, KERANA DIA TIDAK MELAKUKAN APA-APA KESALAHAN!!" [Sebetulnya, hingga ke hari ini saya masih tertanya-tanya apakah kesalahan Ust Ibrahim Libya. Kalau kita tengok mereka yg kena ISA macam Mat Sabu tahun 1984 tu, tak nampak pun apa-apa kesalahan mereka. Wallah hu Aklam]. Saya pernah mendengar seorang hamba Allah dari Baling berkata (lupa nama), "Ala, kalau Polis betul-betul nak tangkap Berahing Libya, tak payah dok gi kepong rumah dia, tunggu la dua tiga bulang, mesti dia keluwa pekang Baling beli ikan masing ka, apa-apa ka!". Mesti ada sebab lain yang menyebabkan pihak polis bertindak sedemikan rupa. Ada dua cerita. Pertama: Cerita Musa Hitam Saya pernah menyimpan keratan akhbar Utusan atau BH yang mengaitkan Musa Hitam dengan kejadian Memali, tetapi sayangnya sudah hilang dari simpanan. Dikatakan orang bahawa Musa Hitamlah yang bertanggungjawab mencetuskan tragedi itu untuk menjatuhkan Mahathir. Menurut ceritanya, kalau orang Kedah sudah bencikan Mahathir kerana isu Memali, maka Mahathir akan jatuh di Kedah, dan secara otomatik kedudukannya di Pusat juga tergugat, maka mudahlah Musa Hitam take over. Theori ini agak popular di Kedah pada masa itu, terutamanya di kalangan orang-orang UMNO yang bersimpati dengan mangsa Memali. Dua tiga minggu selepas kejadian, seorang sahabat memberitahu saya, katanya Polis Hutan yang diarah ambush Memali tiba di Baling dalam kegelapan pagi. Mereka diberi arahan untuk ambush 'Bandit' [Komunis]. Baling pada ketika itu memang terkenal sebagai tempat komunis bertandang. Ada orang kampung yang terkenc*ng terserempak komunis ketika sedang menoreh. Kisah komunis menyerang hendap trak2 askar di lereng bukit di Ulu Lenggong Baling pernah menjadi berita utama sekitar awal 80an. Pasukan Polis hutan pun bersedia untuk menyerang, peliknya bila hari sudah agak siang, kedengaran bunyi ayam kokok dan bunyi orang bang; baru mereka perasan bahawa itu sebenarnya kawasan kampung, bukan kem Bandit. Lalu, mereka pun menghubungi Kuala Lumpur meminta kepastian, tapi diberi tahu "Ikut Arahan!". Dan, kata sahabat itu lagi, "Arahan itu datangnya dari Musa Hitam". Wallah hu aklam. [Saya sendiri tak pasti cerita ini, tetapi kerana itulah yang dibualkan orang pada ketika itu, maka saya tuliskan di sini, percaya jangan, cuma ambillah cerita ini sebagai pengajaran]. ENTAH BETUL ENTAH TIDAK, ENTAH ENTAH INILAH THEORY MAHATHIR NAK MENJATUHKAN MUSA HITAM - POLITIK UMNO, BIASALAH!!! Cerita yang kedua insyaallah sahih, dan boleh diterima. Kedua: Cerita Ketua Polis Kena Tawan Apabila makcik dari Memali menceritakan kisah Ketua Polis Baling kena tahan dan ditawan oleh orang-orang kampung beberapa minggu sebelum hari kejadian, saya antara percaya atau tidak. Ya, saya memang ada mendengar kisah ini sekitar tahun 1985 atau 1986 dulu, tetapi bila saya mendengar dari mulut seorang anak Memali, saya termenung seketika, sebab selepas kejadian Memali itu, 1001 macam cerita yang saya dengar, saya tak pasti yang mana betul yang mana tidak. Pernah saya memberitahu seorang sahabat bila ditanyakan cerita Memali; kata saya "CERITA YANG AKU DENGAR DARI ORANG UMNO DAN ORANG PAS PUNYA 2 VERSI YANG BERBEZA, BAGAIKAN BELAKANG DAN DEPAN TAPAK TANGAN, 180 DARJAH BERBEZA". Saya jadi pasti apabila cerita Ketua Polis ditawan ini juga ada terdapat dalam buku "Perisai Memali" tulisan CN Al-Afghani . Dua-dua ceritanya sama dari segi cara dan sebab kereta itu ditahan. Sebuah van milik anak buah al-syahid telah ditahan dengar drebarnya sekali kerana pihak polis menemui senjata tajam dalam van tersebut. Ini menimbulkan kemarahan pada orang2 kampung , lantaran itu ada yang bertindak sendiri-sendiri. Sebuah kereta ronda polis ditahan ketika sedang membuat rondaan di sekitar Memali, anggotanya termasuk Ketua Polis Baling telah ditahan sebagai tebusan. Orang-orang kampung mahukan drebar van yg ditahan di balai polis itu dibebaskan sebagai tukaran. Menurut buku "Perisai Memali", Ketua Polis itu sempat merasakan pedang tajam diletakkan di tengkuknya. Menurut Makcik dari Memali itu pula, anggota polis itu diikat matanya, dan ditempelang kiri kanan. Akhirnya, pihak polis bersetuju membebaskan pemandu van itu sebagai ganti. Ingatkan cerita itu selesai kat ini, tapi tidak. Dikatakan orang, rasa marah polis inilah yang menyebabkan habis satu kampung Memali diamukkannya. PENGAJARAN: ADA BENDA YANG KITA JANGAN CUBA-CUBA NAK BUAT KALAU BELUM BERSEDIA NAK JADI MACAM ORANG KG BHARU ATAU KG MEMALI!! Cerita Memali sudah jadi sejarah, tetapi bagi makcik tersebut, ianya tak kan dapat dilupakan selama-lamanya. Cara beliau bercerita seperti ada nada kesal kerana kaum keluarganya telah ditembak tanpa bersenjata, dan kadang-kadang ada sedikit rasa bangga di atas keberanian anak-anak kampungnya. Kata beliau, "Budak-budak kampung Memali, tak leh kata la, berani sungguh - sekali tu, dema letak batang pisang tengah jalan, tahan kereta perisai polis, lepas tu gi takei (tetak) tayar kereta perisai tu". TU DIA HAIH - WALAU PUN TAHU TAYAR KERETA PERISAI TAK LUT SENJATA, TAPI MEREKA BERANI - MASYAALLAH!! Secara peribadi, saya merasakan bahawa tragedi penahanan Ketua Polis Baling ini lah yang mendekatkan kampung Memali kepada tragedi berdarah 19 November 1985. Insyaallah, jika ada kelapangan, saya akan menulis detail cerita semasa hari kejadian itu, termasuk beberapa pengajaran-pengajaran penting yang boleh diambil untuk iktibar bersama. (bersambung) Note: Sesiapa yang berminat untuk memberi sumbangan kepada keluarga mangsa Memali, sila hubungi: Bendahari Madrasah Islahiah Diniah Kg Memali, 09100 Baling, Kedah Darul Aman. Tel: 04-4732631 Angelfire for your free web-based e-mail. http://www.angelfire.com ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "Imam B" <[EMAIL PROTECTED]>