*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sgmedia writes:
>KITA NI JANGAN CEPAT FANATIK SANGAT!!..DOK KATA UMNO MURTAD..
>KAN MEREKA NI ORANG ISLAM YANG MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAT!!!

Ya, betul kita TIDAK BOLEH kata sesiapa yang mengucap dua
kalimah syahadah adalah murtad. Tetapi kita perlu tahu perkara
murtad boleh berlaku dengan sendirinya samada seseorang yang
mengucap dua syahadat sedar ataupun tidak. Dia boleh gugur
IMAN dan AMALANnya...sama seperti seperti dia adalah kafir.

Perhatikan huraian berkenaan ayat-ayat berikut:

Di waktu kamu menerima berita bohong itu dari mulut ke mulut
dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang kamu tidak ketahui
sedikit juga, dan KAMU MENGANGGAPNYA SESUATU YANG RINGAN saja.
PADAHAL DIA PADA SISI ALLAH adalah besar.[An-Nur(24):15]

Mengikut huraian ulama tafsir, ayat ini perlu diambil perhatian
oleh semua orang yang mengaku mengucap dua kalimah syahadah.
Sesuatu yang kita kata mestilah difikir masak-masak sekiranya
mendapat kemurkaan Allah yang amat besar. Ini disokong oleh
ayat lain,

Hai orang-orang beriman, janganlah kamu meninggikan suaramu
melebihi suara Nabi....supaya kamu tidak terhapus amalanmu
SEDANGKAN KAMU TIDAK MENYEDARINYA. [Al-Hujurat(49):2]

Erti meninggikan suara melebihi Nabi ialah mendahulukan
pendapat dan pandangannya untuk meremehkan apa-apa yang diajar-
kan oleh Nabi. Saya rasa kalau ada orang berkata bahawa di zaman
Nabi tidak mencukur janggutnya kerana tidak ada pisau cukur
gilette itu ialah mempertikaikan hukum sunnah bagi orang lelaki
Islam. Orang macam itu *hampir* dengan murtad. Begitu juga
bagi orang-orang UMNO yang memuja dan memuji dia sebagai pemimpin.

Imam Ibnu Kathir menulis dalam kitab tafsir membawa hadith yang
berikut mentafsirkan ayat di atas,

Sesungguhnya seseorang yang benar-benar dia mengatakan satu
kalimah yang mendapat keredhaan Allah yang mana dia tidak terfikir
dengan kalimah itu dia ditulis sebagai seorang yang berhak mendapat
syurga. Disebaliknya pula seseorang yang benar-benar mengatakan
satu kalimah yang mendapat kemurkaan Allah yang mana dia tidak
menyedarinya dengan kalimah itu juga dia akan dimasukkan ke dalam
neraka sejauh langit dan bumi. [Tafsir Ibnu Kathir]

Oleh berhati-hati terhadap ucapan-ucapan kufur yang keluar dari
mulut-mulut pemimpin UMNO. Jangan melihat mereka itu orang
Melayu, tetapi mereka semua bakal mengheret kita ke neraka bersama
mereka.

UNDILAH Barisan Alternatif untuk keselamatan Dunia dan Akhirat.

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: AHC <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke