Pabiyen Sitok <[EMAIL PROTECTED]>,
[EMAIL PROTECTED],
        [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED],
[EMAIL PROTECTED]

Note: forwarded message attached.

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Bid and sell for free at http://auctions.yahoo.com


HANYA BN MENAWARKAN CALON-CALON TERBAIK

BARISAN Nasional (BN) yang meneruskan kecemerlangan
Perikatan
memerintah negara sejak merdeka, terus menjanjikan
barisan kepimpinan yang
akan memastikan negara terus dipacu pada haluan yang
betul bagi
mengharungi alaf baru.

Justeru, sebagai asas bagi memastikan kesempurnaan
itu, BN dengan penuh
keupayaan menawarkan barisan wakil-wakil rakyatnya
yang serba berkebolehan
dalam menghadapi pilihan raya umum ke-10 akhir bulan
ini.

Ini kerana wakil-wakil rakyat, sama ada di peringkat
Dewan Undangan Negeri
ataupun Parlimen, yang dipertanggungjawabkan oleh
rakyat melalui pilihan
raya umum akhir abad inilah yang akan merealisasikan
janji BN dan memenuhi
harapan dan aspirasi rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad telah
pun menegaskan
pemilihan calon BN mengutamakan kebolehan termasuk
dalam soal
pentadbiran serta berkeupayaan meraih sokongan rakyat,
sekali gus memenangi
hati rakyat.

Penekanan yang diberikan oleh Dr. Mahathir itu bukan
bermakna wakil-wakil
rakyat BN sebelum ini tidak berkualiti, sebaliknya ia
bermaksud BN terus
komited terhadap peningkatan kualiti wakil-wakil
rakyatnya.

Pada pilihan raya umum yang lepas pun, BN tidak
memperjudikan soal
kewibawaan dan keupayaan wakil-wakil rakyatnya.
Malahan, sebagai contoh,
sebuah parti komponen BN iaitu MCA ketika itu
meletakkan syarat bahawa
calonnya mesti fasih dalam bahasa kebangsaan.
Kesungguhan BN untuk terus
mengemukakan calon yang benar-benar terbaik amat
tepat, selaras dengan
cabaran alaf baru yang menuntut mereka yang
benar-benar berkebolehan dan
mempunyai daya tahan fikiran serta penuh kreativiti.

Kriteria-kriteria asas yang perlu ada dalam jiwa
calon-calon BN itu, nampak
jelas sekali bukanlah sesuatu yang mahu dipertahankan
oleh parti-parti
pembangkang. Mereka secara jelas menonjolkan soal
populariti calon.

Yang pasti, pendekatan pembangkang yang berbeza itu
kerana mereka
sebenarnya tiada banyak pilihan. Lantas cuba mengabui
para pengundi dengan
populariti calon - aspek yang sebenarnya tidak boleh
menjanjikan apa-apapun
kepada rakyat yang mempunyai harap tinggi dalam
menangani cabaran di era
globalisasi.

Oleh itu, rakyat perlu bijak membuat pilihan, antara
calon yang bukan sahaja
sanggup bekerja keras dan gigih tetapi berkeupayaan
melaksanakan misi rakyat
dan negara atau calon yang tiada sebarang rekod yang
menunjukkan ia
benar-benar berwibawa.

Pencapaian BN dan Perikatan sudahpun membolehkan
BN/Perikatan
mencipta rekod bahawa ia, kerajaan yang dipilih secara
demokrasi, yang masih
bertahan begitu lama iaitu sejak merdeka 42 tahun
lepas.

Adalah tidak bijak jika para pengundi pada pilihan
raya umum kali ini tidak
mengambil kira kelebihan BN yang telah terbukti
kewibawaannya.

Jika rekod pencapaian BN/Perikatan memerintah negara
selama ini
diketepikan oleh para pengundi kali ini, ia bermakna
mereka menidakkan
pilihan terbaik yang dibuat oleh ibu bapa selama ini.

Namun, hakikatnya, pengundi Malaysia sentiasa berpijak
di bumi nyata.  
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Bid and sell for free at http://auctions.yahoo.com


Kirim email ke