*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu alaikum,

        Cuba check daftar SPR, tak ada pula nak mengundi budak ni......!!!!
ataupun ..........



-----Original Message-----
From:   k b [SMTP:[EMAIL PROTECTED]]
Sent:   Monday, November 22, 1999 1:00 PM
To:     [EMAIL PROTECTED]
Cc:     [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]
Subject:        Re: H-Net* Calon PAS DUN Kuala Perlis Tidak Amanah..ejen ke nie?


 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu alaikum,

Kalau hendakkan kebenaran maka tanyalah:

1. Si AT CIKGU NOOR itu tentang cerita KERIS TOK JOHAN. Lihatlah samada dia 
akan menceritakannya.

2. Penduduk Kg Tengah, Kuala Perlis samada identiti Kamal Basir Bin Yahaya 
atau dikenali sebagai "Cek" itu ujud.

3. Suruhlah Ustaz Hashim Yasin Pesuruhjaya PAS Perlis bertanya kepada 
adiknya yang menetap di  Padang Jawa,Klang samada Kamal Basir Bin Yahaya 
anak kelahiran Kuala Perlis ini ujud.

sekian wassalam,
kamal basir yahaya


>From: "Perisik Persendirian" <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED]
>Subject: Re: H-Net* Calon PAS DUN Kuala Perlis Tidak Amanah..ejen ke nie?
>Date: Mon, 22 Nov 1999 04:52:05 GMT
>
>suatu contoh yang baik...
>
>ejen ke nie??? check dulu betul ke wujud identiti orang yang menulis cerita 
>di bawah.. mungkin dia bercakap benar tapi kena check dulu...
>sebab setakat tulis no..c dan nama cam nie masih boleh dipertikaikan...
>
>anyway thanks dengan maklumat saudara semoga saudara bercakap benar dan 
>saya mohon maaf
>
>>From: "k b" <[EMAIL PROTECTED]>
>>To: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED]
>>Subject: H-Net* Calon PAS DUN Kuala Perlis Tidak Amanah
>>Date: Sun, 21 Nov 1999 20:35:29 PST
>>
>>
>>*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>>{  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>>{        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>>{        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>>*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>>  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
>>~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>>
>>Kepada mereka yang amanah,
>>Kepada Warga Hizbinet  yang saya hormati,
>>Kepada Ustaz Hashim Yasin, Pesuruhjaya PAS Perlis,
>>
>>Assalamu alaikum,
>>
>>CALON PAS PERLIS KAWASAN DUN KUALA PERLIS TIDAK AMANAH
>>
>>Proses pilihanraya yang sedang berlansung banyak mendatangkan kejutan 
>>kepada
>>  masyarakat dengan pelbagai kes yang dibongkar samada ada dipaparkan
>>melalui media internet mahu pun di akhbar akhbar tempatan. Walaupun begitu
>>saya bukanlah orang yang ahli untuk membahaskan kejutan kejutan tersebut.
>>Tetapi pucuk pimpinan PAS PERLIS telah melakukan kejutan besar dengan
>>menamakan MEJ (B) NADZAHARUDDIN BIN MOHD NOOR atau pun lebih dikenali
>>sebagai AT CIKGU NOOR di kalangan penduduk Kuala Perlis sebagai calon DUN
>>kawasan tersebut. Ini adalah kerana saya mengetahui bahawa beliau bukanlah
>>seorang yang amanah.
>>
>>Sebelum saya melanjutkan cerita ini lebih lanjut eloklah rasanya saya
>>memperkenalkan diri saya serba sedikit kerana barangkali AT CIKGU NOOR pun
>>dah lupa saya kot. Nama saya KAMAL BASIR BIN YAHAYA. Dilahirkan di 
>>Seberang
>>Ramai, Kuala Perlis. Satu Kampung dengan si AT CIKGU NOOR. Dari jalur
>>silsilah sebelah bapa saya, YAHAYA BIN TEH; melalui datuk saya Tok Teh 
>>Untut
>>Pulau  Ketam (Kuala Perlis)  saya dari keturunan Tok Johan Kuala Perlis.
>>Dari jalur silsilah sebelah emak saya , melalui datuk saya , HAJI MD NOR  
>>B
>>HAJI AHMAD, saya dari keturunan Tok Seman Brunei Kuala Perlis. Moga moga
>>dengan penerangan serba sedikit ini barangkali boleh membuat AT CIKGU NOOR
>>mengingati kes yang hendak saya sampaikan.
>>
>>Mengapakah saya mengatakan AT CIKGU NOOR ini seorang yang tak amanah? 
>>Begini
>>ceritanya:
>>Allahyarham bapa saya , Yahaya bin Teh mewarisi keris Tok Johan dari datuk
>>saya, Tok Teh  . Bapa si AT yakni CIKGU NOOR meminjam keris Tok Johan 
>>keris
>>Tok Johan ini untuk dibuat pameran sekolah. Tetapi malangnya setelah 
>>pameran
>>tamat, keris tak dipulangkan walaupun bapa saya menuntutnya. Dan saya
>>difahamkan Keris Tok Johan ini disimpan oleh si AT yang ketika itu berada 
>>di
>>Kuala Lumpur. Dan sehinggalah sekarang ini, saya difahamkan bahawa 
>>Keluarga
>>Arwah CIKGU NOOR ini dengan AT sebagai penyimpan keris Tok Johan itu tidak
>>berniat untuk memulangkan Keris Tok Johan tersebut. Ayah saya sudah
>>meninggal. Begitu juga CIKGU NOOR bapa si AT. Oleh kerana itu waris keris
>>Tok Johan yang sah mengikut hukum faraidh adalah saya ataupun abang saya.
>>Inikah  calon PAS yang akan berjuang menegakkan Islam di Kuala Perlis?
>>Seorang yang tidak amanah? Khianat dalam hal meminjam? Mengambil hak orang
>>lain dengan cara yang tidak sah? Calon sebeginikah yang hendak
>>dipertanggungjawabkan untuk melakukan keadilan dalam Islam? Mengapakah 
>>tidak
>>mahu mulakan dengan hukum yang ada ditangan sendiri? Lakukan keadilan yang
>>dituntut oleh Islam. Pulangkanlah keris Tok Johan kepada pemiliknya yang
>>sah.
>>
>>Tidakkah AT CIKGU NOOR tahu bahawa si pemimjam berkewajipan mengembalikan
>>barang pinjaman yang ia pinjam ( dalam hal ini, arwah bapa AT) setelah ia
>>mendapatkan manfaat yang ia perlukan. Lupakah si AT CIKGU NOOR ini kepada
>>firman Allah SWT yang artinya:
>>
>>" Sesungguhnya Allah memerintahkan kamu agar menyampaikan amanat kepada 
>>yang
>>berhak menerimanya" ( An-Nisa ayat 58)
>>
>>Lupakah juga si AT CIKGU NOOR kepada hadis hadis berikut:
>>
>>- Dari Abi Umamah, bahawa Nabi S.A.W bersabda:
>>  " Ariyah ( barang pinjaman) adalah barang yang wajib dikembalikan"  ( HR
>>Abu Daud dan At-Tirmidzi dan disahihkannya)
>>
>>- Dari Samurah bin Jundub r.a , beliau  berkata:Rasulullah S.A.W bersabda:
>>  " Tangan tetap bertanggung jawab terhadap sesuatu yang dia ambil 
>>sehingga
>>dia mengembalikannya ." ( HR Ahmad, Abu Daud, At-Tirmidzi dan An-Nasai dan
>>dinilai sahih oleh Al-Hakim)
>>
>>Sepatutnya Si AT sebagai si anak menasihati bapanya supaya memulangkan 
>>keris
>>Tok Johan itu semasa Allahyarham bapa saya dan juga bapanya masih hidup
>>tetapi malangnya si AT pun  2 X 5 juga. Sehinggalah sekarang sesudah 
>>bapanya
>>yakni CIKGU NOOR meninggal pun si AT masih tidak mahu memulangkannya. 
>>Sifat
>>Amanahkah ini? Jujurkah perbuatan ini? Inikah calon yang cuba 
>>diketengahkan
>>oleh pemerintahan ulama ulama PAS Perlis? Calon yang tidak amanah. Dalam 
>>hal
>>yang sekecil ini pun tidak dapat memikul amanah , bagaimana pula nanti 
>>jika
>>dipilih menjadi ADUN. Sesungguhnya PAS dan juga PERLIS tidak memerlukan
>>bakal ADUN yang berkarekter begini.
>>
>>Lupakah AT dan juga mereka yang memilih beliau sebagai calon terhadap
>>ancaman oleh hadis hadis berikut:
>>
>>- " Tidak ada iman pada orang yang tidak ada amanatnya, dan tidak ada 
>>agama
>>pada orang yang tidak menghargai janji." ( HR Ahmad, al-Bazar dan
>>at-Thabrani dari Anas)
>>
>>- " Dan baginya (Muslim) dari jalan lain dari Aisyah. Ia berkata : Adalah
>>seorang perempuan pinjam barang barang lalu memungkirinya, maka Nabi S.A.W
>>perintah dipotong tangannya." ( Bulughul Maram, Ibnu Hajar Al-Asqalani)
>>
>>Orang yang seperti si AT CIKGU NOOR inikah yang hendak diamanahkan oleh 
>>PAS
>>Perlis untuk menjaga kepentingan rakyat Kuala Perlis khasnya dan Perlis
>>amnya? Tidak adakah calon yang lebih layak untuk diketengahkan di persada
>>politik Perlis? Jika ada calon lain yang lebih layak untuk diketengahkan 
>>di
>>DUN Kuala Perlis, tetapi PAS Perlis tetap memilih AT CIKGU NOOR, maka PAS
>>Perlis telah melakukan khianat bersandarkan sabda Rasulullah S.A.W  yang
>>artinya:
>>
>>" Barangsiapa memegang kuasa dari sesuatu urusan kaum Muslimin, lalu dia
>>berikan satu jabatan kepada seseorang, padahal dia tahu bahawa ada lagi
>>orang yang lebih cekap untuk kaum Muslimin daripada orang yang diangkatnya
>>itu, maka berkhianatlah dia kepada Allah dan RasulNya dan kaum Muslimin ." 
>>(
>>HR Al-Hakim dalam sahihnya).
>>
>>Dan berkata Umar bin Khathab :
>>" Barangsiapa yang memegang kuasa kaum Muslimin, lalu diangkatnya orang
>>kerana pilih kasih atau kerana hubungan keluarga, khianatlah dia kepada
>>Allah dan Rasul dan kaum Muslimin."
>>
>>Dirawikan oleh Bukhari dalam sahihnya, daripada Abu Hurairah r.a. ,
>>bahawasanya Nabi S.A.W bersabda: " Apabila amanat telah disia-siakan maka
>>tunggulah saatnya. Ditanya orang:" Bagaimana sia-sianya, ya Rasulullah?"
>>Beliau jawab: " Apabila suatu urusan telah diserahkan kepada yang bukan
>>ahlinya, maka tunggulah saat (kehancurannya)."
>>
>>Apakah seorang yang tidak amanah itu seorang yang AHLI hingga dicalonkan
>>oleh PAS Perlis sebagai calon DUN Kuala Perlis? Apakah kriteria PAS Perlis
>>dalam memilih calon untuk mewakili PAS dalam pilihanraya kali ini?Apakah
>>hukumnya si AT  CIKGU NOOR ini yang tidak mahu memulangkan keris Tok Johan
>>kepada yang empunya hak? Tidak adakah ulama PAS Perlis yang mampu
>>mengeluarkan fatwa dalam soal ini? Saya percaya dalam PAS Perlis masih ada
>>ulama yang ikhlas memperjuangkan Islam. Moga moga ulama yang ikhlas itu 
>>jika
>>terbaca surat/posting ini dapat menasihati si AT CIKGU NOOR agar berlaku
>>amanah dan pulangkan kembali keris tersebut.
>>
>>Dan saya percaya bahawa PAS Perlis dan juga penduduk Kuala Perlis tidak
>>memerlukan AT CIKGU NOOR yang tidak amanah ini sebagai calon  ADUN Kuala
>>Perlis untuk  mewakili mereka.
>>
>>
>>Saya yang benar.
>>
>>
>>
>>KAMAL BASIR BIN YAHAYA
>>A0907379
>>
>>22hb November 1999.
>>
>>
>>______________________________________________________
>>Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com
>>
>>~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>>( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>>( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>>( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>>( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>>( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>>~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>>
>>Pengirim: "k b" <[EMAIL PROTECTED]>
>

______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "k b" <[EMAIL PROTECTED]>

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke