*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
A,kum,

Di bawah saya forwardkan artikel sdr [EMAIL PROTECTED] yang minta saya 
poskan ke hizbi.

Wassalam.


>From: "ZAINI AZIZI, FINANCE" <[EMAIL PROTECTED]>
>To: 'mawar berduri' <[EMAIL PROTECTED]>
>Subject: TOLONG POSTKAN KE HIZBI
>Date: Tue, 14 Dec 1999 10:47:03 +0800
>
>Assalamualaikum,
>
>alhamdulillah kerana kita dapat bertemu kembali dengan bulan Ramadan
>al-Mubarak 1420 Hijrah dan hari ini ialah hari keenam kita berpuasa. Hari
>Jumaat lepas bersamaan 10hb Disember 1999, khutbah Jumaat di Masjid Subang
>Airport telah disampaikan oleh Ustaz Shobri Arshad. Pengajaran/nasihat dari
>khutbah tersebut ingin saya kongsi bersama sahabat-sahabat.
>
>Khutbah dimulakan dengan Khatib berpesan kepada diri khatib sendiri dan
>kepada semua makmum/jemaah agar bertaqwalah kepada Allah dengan
>sebenar-benar taqwa.
>
>Seterusnya khatib membaca surah Al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud,
>"Wahai orang-orang yang beriman!
>Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang 
>dahulu
>daripada kamu, supaya kamu bertakwa."
>
>Sesungguhnya Allah mulakan ayat tersebut dengan menyeru kepada orang-orang
>yang beriman kerana hanya orang yang beriman sahaja yang mahu mendengar
>seruan Allah. Jelas disini sekiranya seseorang itu tidak mahu menunaikan
>syariat islam yang diwajibkan oleh Allah maka mereka ini bukan termasuk
>dalam golongan orang-orang yang beriman. (Bagaimana kewajiban "hudud" dalam
>islam??)
>
>Kemudian Allah mewajibkan ibadah puasa kepada semua orang yang beriman
>sebagaimana orang-orang yang terdahulu. Jelas menunjukkan bahawa puasa
>adalah suatu ibadah yang amat mulia dan telah dilaksanakan oleh rasul, nabi
>dan orang-orang yang beriman sebelum umat nabi Muhammad s.a.w.
>
>Akhir sekali Allah jelaskan tujuan puasa diwajibkan atas orang-orang yang
>beriman. Sekiranya seseorang yang beriman menunaikan ibadah puasa dengan
>sempurna, insyallah, mereka akan menjadi orang yang bertaqwa/taat kepada
>Allah.
>
>Sesungguhnya bulan Ramadan ini adalah umpama sebuah
>sekolah/kolej/institusi/universiti untuk mendidik kita. Oleh itu hendaklah
>kita keluar dari "universiti" ini pada 1 syawal dengan memegang segulung
>ijazah yang bernama "TAQWA" agar kita benar benar mendapat manafaat darinya
>sebagaimana yang di firman oleh Allah dalam Surah A-Baqarah ayat 183.
>Janganlah apabila habis sahaja bulan Ramadan ini, kita meninggalkannya 
>tanpa
>mendapat apa-apa kebaikan atau penambahan ketaqwaan dalam diri kita, kerana
>pada saat itu kita akan termasuk dalam golongan orang orang yang rugi.
>
>Sempena bulan Ramadan ini kita sebagai umat islam jangan sekali-kali lupa
>kepada peristiwa yang berlaku pada 17 Ramadan, dimana berlakunya peperangan
>Badar al-Kubra. Bagaimana umat islam terpaksa berperang dalam keadaan lapar
>dan dahaga semata-mata kerana mempertahankan islam.
>Alhamdulilah para sahabat-sahabat berjaya melaluinya dengan kecemerlangan
>semata-mata dengan bekalan keimanan & ketaqwaan.
>Persoalannya, mampu ke umat islam pada saat ini yang berlapar-dahaga dan
>merasai kepanasan matahari mencari kecemerlangan dalam menunaikan ibadah
>puasa dengan penuh keimanan & ketaqwaan.
>
>Abu Dzar salah seorang sahabat-sahabat besar Rasulullah pernah berkata
>kepada Rasullulah,
>"Wahai Rasulullah, aku suka kepada tiga perkara, aku suka kepada LAPAR, aku
>suka kepada SAKIT dan aku suka kepada MATI".
>
>Rasulullah bertanya; "Wahai Abu Dzar kenapa kau suka kepada perkara perkara
>yang amat di benci oleh kebanyakan manusia?"
>
>Insyallah akan di sambung..
>
>Wallahualam..
>
______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "mawar berduri" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke