*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Kuliyyah bulanan Maghrib ini disampaikan oleh
Al-Fadhil Ustaz Halim Nasir di Masjid Batu,Kg
Pertama,Pmtg Pauh,P.Pinang.

   Sambungan drpd perbahasan yg lalu dlm tajuk yg sama
iaitu :  Apakah tujuan patuh kpd ALLAH SWT?

        Dimana Mawdudi r.a.mengatakan ALLAH SWT tidak
menginginkan makhluk paling mulia yg diciptakanNya
menjadi hamba kpd syaitan/manusia lain,atau
menundukkan kepala kpd benda2/makhluk2 yg berdarjat
rendah. 
[ Al-Marhum Mawdudi r.a. menegaskan bahwa tiadalah
menjadi satu iradah ALLAH,ataupun satu perkara yg tak
sepatutnya berlaku,bilamana kita sbg manusia yg
diciptakan oleh ALLAH dgn sebaik2 kejadian tapi kufur
kpdNya; walaupun asal penciptaannya begitu
hina/kerdil.Dgn penciptaan yg hina inilah,utk ALLAH
menempelak kita yg kufur kpdNya. ]

        Kalau kita baca Al-Quran,kadang2 ALLAH sebut
rezeki yg Dia beri; Dia juga menyebut perkara yg
disebut sbg nikmatNya; dan adakalanya ALLAH SWT
memperingatkan kita ttg proses kejadian kita yg begitu
kerdil itu,supaya tidak akan timbul ruang utk kita
menjadi kufur kpd ALLAH SWT.
        Seperti firmanNya dlm Surah `Abasa ayat 17-19
yg bermaksud,"Dan kecelakaanlah bagi
manusia,mengapakah dia kufur kpd Ku? Tidakkah mrk
memerhatikan drpd benda apa yg ALLAH menjadikan
mrk?...Iaitu drpd sperma."
[ Selalunya kalau kita baca Quran,itulah bentuk kaedah
utk ALLAH nak kembalikan manusia yg sudah terlajak
jauh kekufurannya.Antara cara yg ALLAH nak paut dia
balik ialah mengingatkannya ttg
asal-usulnya.Eg,samalah kpd seseorg yg pernah hidup
susah (yakni kais pagi makan pagi,kais petang makan
petang),tapi tiba2 bila dia dah kaya/senang sikit,dia
jadi sombong tak tentu hala.Jadi,cara nak
memperingatkan dia; yg mana ALLAH SWT dah ajar iaitu
suruh dia ingat waktu dia susah dulu.Kalaulah dia
lupakan kisah2nya sewaktu dia susah dulu,dan dia pula
menjadi bertambah2 sombong,maka 'confirm' dia nak cari
neraka. ]      

        Apa yg Mawdudi maksudkan dgn menyembah
syaitan/manusia lain itu,bukanlah sepertimana kita
sujud dlm sembahyang tu,tapi yg dimaksudkannya ialah
dgn mematuhi arahan2 yg bercanggah dgn Al-Quran.Ini
merupakan satu penyelewengan aqidah,dan seterusnya
akan merosakkan iman/amalan seseorg.Sbb itu,apabila
kita mengikut dasar2 syaitan,ia adalah satu
penyelewengan,dan ia mesti dibenteras hingga ke akar
umbi.Oleh krn itulah juga,telah berulang2-kali ALLAH
SWT telah menerangkan kpd kita dlm Al-Quran; siapa dia
musuh2 kita/org2 beriman.Diantaranya ialah
Yahudi/Nassara,sepertimana di dlm firman ALLAH (ust
tak bagi tau Surah apa) yg maksudNya,"Wahai org2 yg
beriman,sekiranya kamu taat kpd sebahagian ahlul kitab
(yakni Yahudi/Nasrani),maka nescaya Yahudi/Nasrani ini
akan mengembalikan kamu drpd kamu beriman,kpd kamu
menjadi kafir."
        Frman ALLAH lagi yg maksudNya,"Dan engkau akan
mendapati,wahai org2 yg beriman,golongan yg paling
kuat menentang kamu ialah golongan Yahudi dan golongan
yg mensyirikkan ALLAH SWT." 
[ Kata ALLAH,kedua2 golongan ini adalah musuh kamu yg
paling kuat akan menentang keimanan kamu.Inilah yg
sebenar2nya kita sedang hadapi hari ini. ]
 
        Selain drpd manusia yg dikategorikan oleh
ALLAH (iaitu Yahudi,Nasrani,golongan2
musyrikin,termasuklah juga golongan2 munafikin yg
bertaburan di atas mukabumi ALLAH),ada satu lagi musuh
yg ALLAH senaraikan di dlm Al-Quran,iaitulah syaitan
yg dilaknat/direjam/diusir oleh ALLAH SWT.Puak2 ini
lebih bahaya kesannya krn syaitan ini (iaitu syaitan
jenis jin terutamanya),kita tak dapat melihat mrk dgn
mata kasar,tetapi wujudnya mrk berdasarkan firman
ALLAH dan sabda Nabi s.a.w.. Sbb itu ALLAH SWT
menyatakan di dlm Al-Quran Suratul Faathir ayat 6 yg
bermaksud,"Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh2
kamu,maka hendaklah kamu ambil syaitan itu sbg musuh
kamu." 
[ ALLAH SWT yg suruh kita ambik syaitan ni bagi jadi
musuh kita.Jadi,janganlah ambik syaitan ni,pi jadi
kawan pulak.Inilah yg diperingatkan oleh Mawdudi
r.a.,bahwa akan ada manusia yg akan menjadikan syaitan
sbg teman taulan rakan karib mrk,dan paling bahayanya
apabila menjadikan syaitan sbg tempat rujukan.Mrk
tidak lagi menjadikan Al-Quran/Sunnah sbg
rujukan,malah mrk menempelak pula kedua2
Al-Quran/Sunnah Rasulullahi s.a.w.; sebaliknya mrk
menjadi hamba kpd syaitan laknatullahi alaik. 
  Oleh krn kita tak nampak syaitan ni,tapi dia nampak
kita; jadi ALLAH lah yg memberitahu dia musuh kita,dia
menggoda kita,dan dia juga masuk ke dlm tubuh kita
seperti mengalirnya darah di dlm tubuh kita,yakni
lajunya dia masuk mengacau keimanan kita. ]

         Satu lagi yg menunjukkan pengistiharan drpd
ALLAH yg syaitan itu musuh kita ialah dlm Surah Yaasin
ayat 60 yg bermaksud,"Bahwa kamu jangan sembah
syaitan."
[ Berapa ramai yg faham ayat ini,WALLAHUA`LAM,yg
bacanya ramai,tapi mrk juga yg jadi pengikut syaitan
laknatullah.ALLAH SWT kata dlm ayat ini bahwa
menyembah syaitan ini adalah satu penyelewengan
aqidah.Dan mengikut dasar2 syaitan jugak adalah satu
penyelewengan aqidah yg syirik dan tidak diampunkan
oleh ALLAH SWT. ]

          Sbb itu jelas di dlm suatu dialog yg berlaku
antara Nabi s.a.w dgn iblis laknatullah.Bagaimana
iblis memberitahu Nabi s.a.w.,siapakah dia golongan yg
serupa dgn dia.Ini adalah pengakuan iblis kpd Nabi,yg
menyatakan bahwa ada '2' golongan yg apabila kita
tengok saja,tanpa ragu2 lagi bahwa mrk itu adalah
syaitan.Mrk itu ialah :
   i) Golongan yg meringankan syariat ALLAH SWT.
    
-------------------------------------------------------------------------
      Syariat ALLAH itu adalah hukum/peraturan yg
dihantar oleh ALLAH.Asas kpd syariat telah disebut
oleh ALLAH di dlm Al-Quran (Surah tak diberitahu) yg
bermasud,"Syariat Ku ini bukan saja diturunkan utk
kamu wahai Muhammad,tetapi telah Aku turunkan kpd
Ibrahim,Noh,Musa,Isa; iaitulah di atas '2' prinsip.Yg
pertama,asa kpd syariat ialah menegakkan agama ALLAH."
[ Ini mesti kita kena faham,krn ugama mesti kita
tegakkan di dlm diri,keluarga,masyarakat & negara.Jadi
inilah yg dikatakan 'politik Islam' apabila sampai ke
peringkat menegakkan agama di dlm negara.Dlm bahasa
Arab,disebut 'siasah',iaitu suatu ilmu utk kita
mengurus negara.Kalau kita faham syariat ALLAH,yg
bukan hanya berlegar sekadar mengenai rukun2
shj,sehingga kita lupa ada perintah yg lebih
besar.Seperti firman ALLAH yg bermaksud,"Adakah kamu
mahu beriman dgn sebahagian isi kandungan Al-Quran,dan
kemudian kamu ingkar pula dgn sebahagian yg lain."
  Sahabat2 sekelian,tidak ada ayat di dlm Al-Quran,yg
membenarkan kita mengambil sebahagian dan membuang
sebahagian yg lain.Bahkan mestilah kita mengambil
keseluruhannya krn ia merupakan satu arahan drpd ALLAH
SWT. ]

    ii) Golongan yg membenci kpd org yg belajar hukum
ugama.
       
-----------------------------------------------------------------------------------------
        Syaitan laknatullah memberitahu Nabi
s.a.w.,bahwa satu lagi golongan yg serupa dgn dia
ialah golongan yg membenci kpd org yg belajar hukum
Islam,serta perkara yg ada hubung-kait dgn hukum dan
perintah ALLAH SWT.
[ Perkara ini kita mesti memahaminya,terutama di dlm
kemelut agama yg sedang berlaku sekarang ni.Dimana dgn
munculnya golongan2 yg tidak mahu ambil peduli  ttg
masalah ugama. ]
        Lalu ust mengingatkan kita cara utk menhadapi
golongan2 ini,dgn satu hadis Nabi s.a.w. yg diambil
drpd Saiyyidina Ali karamallahu wajhah.Bila mana,satu
hari Saiyyidina Ali telah diberitahu oleh Nabi
s.a.w.,"Wahai Ali,kamu jaga,akan sampai satu
waktu,Islam menerima fitnah."
[ Maksudnya 'Islam menerima fitnah' ialah Islam sedang
menhadapi kegawatan,bilamana org2 Islam sendiri yg
mengucap dua kalimah syahadah tiap2 hari,sudah tidak
yakin dgn Islam.Macamana kita tak boleh yakin dgn
Islam?...Walhal,ALLAH sendiri yg menciptakan Islam
itu.Kemudian ust ambik satu cnth,iaitu 'mati'.Siapa yg
tak yakin dgn 'mati'?...Kpd sesiapa yg tak yakin dgn
kematian,tolong rujuk Surah Al-Mulk ayat kedua,
  " Al lazi qho la khol mau ta wal ha ya"
    - Dialah Tuhan yg telah menciptakan mati.
   Digunakan kalimah "qho la kho",yg juga kita yakin
sama dgn ALLAH sebut "qho la khos sama" yg
bermaksud,"ALLAH yg mencipta langit".Yakin tak kita
langit ada di atas kepala kita? ...Tentu yakin
kan.Kalimah "qho la kho" itu bermaksud "ALLAH yg
buat".Jadi samalah juga dgn Islam,yg mana ALLAH juga
yg membuatnya.Jadi kita kena mesti yakin dgn Islam,krn
dia bukan ciptaan Nabi s.a.w.,tetapi dia dicipta oleh
ALLAH.Kita kena yakin pd Islam,sepertimana kita kena
yakin pd maut dan yakin adanya langit/bumi. 
   Tapi yg susahnya,ada juga yg jenis hamba
syaitan,iaitu yg tak yakin dgn Islam.Sbb inilah
Rasulullah beri amaran pd Saiyyidina Ali bahwa Islam
akan menerima berbagai2 fitnah; eg,Islam dituduh sbg
ugama yg menyusahkan org; Islam tidak ada tempat nak
menyelesai masalah antarabangsa dll.Begitu jugalah dgn
org2 yg mahu balik kpd Islam,terutama ummat akhir
zaman; yg mana mrk akan menerima penentangan2 drpd
puak2 sekular dan juga ujian2 drpd ALLAH dgn begitu
dahsyat. ]

         Lalu tanya Saiyyidina Ali r.a.,"Ya
Rasulullah,bagaimana aku nak lari drpd fitnah
itu."...Jawab Nabi s.a.w. pendek/simple
saja,"Kitabullah".
[ Yg dimaksudkan oleh Rasulullah ialah kita perlu
balik merujuk kpd Al-Quran,krn di dlmnya terdapat
berita/cerita org2 sebelum kita; seperti cerita2 para
sahabat,cerita Firaun yg sombong,ceruta Qarun yg tamak
haloba dll.Kita kena ambil iktibar drpd cerita2 org
dulu2 krn mrk ini juga adalah golongan2 yg telah
menempah satu bentuk kejayaan tamaddun yg begitu
dahsyat.Sbg cnth; yg mana kerajaan Mesir di bawah
pemerintahan Firaun laknatullah telah berjaya membiina
piramid2.Yg mana utk membina satu piramid,mrk
memerlukan sejumlah 2.1 juta ketul2 batu yg
sememangnya bukanlah dr jenis kecik2 punya batu.   
  Menurut Nabi s.a.w. lagi,di dlm Al-Quran ini juga
menceritakan org2 zaman dahulu yg berkerajaan dan
bertamaddun,tetapi bilamana tamaddun mrk berasaskan di
atas kebendaan shj; bila tamaddun mrk menempelak Nabi
Musa a.s.; bila tamaddun mrk tidak mempercayai para
Rasul yg diutuskan oleh ALLAH; kita boleh lihat apa yg
sudah terjadi kpd mrk2 itu.Inilah cerita2 yg kita kena
faham dan perlu ambil iktibar krn kita di akhir zaman
ni pun; dan di dlm kerajaan mana pun; kita buat
pembangunan juga. Lalu akan datanglah nasib yg
sama,kalau kita buat pembangunan,tapi pd masa yg
sama,kita tolak Rasulullahi s.a.w.; kita tolak
halal/haram yg Nabi Muhammad beritahu kpd kita; maka
senasiblah kita dgn Firaun; senasiblah kita dgn
Namrud; yg akan dipukul ranap oleh ALLAH SWT.

......bersambung......




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Thousands of Stores.  Millions of Products.  All in one place.
Yahoo! Shopping: http://shopping.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Omar AlKhatab <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke