*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ku Li akui dirinya hanya 'Gurkha'


PENGKALAN CEPA: Ketua Perhubungan Umno Kelantan, Tengku Razaleigh Hamzah 
tidak dapat lagi menyembunyikan kesedihannya yang amat ketara selepas 
mengetahui tidak terpilih sebagai jemaah menteri dalam kabinet Dato' Seri Dr 
Mahathir Mohamad, yang baru diumumkan Jumaat lalu.

  Ketika ditemui wartawan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra dekat 
sini, Sabtu lalu wajah Ku Li kelihatan berubah.

Katanya, sehingga kini beliau lebih rela dirinya dikenali secara berterusan 
sebagai 'Gurkha'.

"Sememangnya saya tahu bahawa diri saya adalah 'Gurkha' dari dulu sampai 
sekarang. Siapa yang nak pilih saya lagi," katanya.

Menurutnya, Perdana Menteri bertangungjawab di atas pelantikan tersebut dan 
sesiapa yang dia ingin pilih dalam jemaah kabinetnya.

Katanya, Dr Mahathir mungkin mahu mempunyai satu kumpulan yang boleh 
berkerjasama dan dapat menjalankan tugas dengan baik.

Beliau bagaimanapun turut berpuas hati dengan barisan menteri baru yang 
dilantik dan mendoakan supaya mereka dapat menjalankan tugas dengan baik.

Turut tersenarai pada jemaah tersebut bekas Timbalan Presiden Semangat 46, 
Dato' Dr Rais Yatim sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Menjelang pilihan raya umum lalu, Ku Li disebut-sebut mempunyai kekuatan 
tersendiri bagi membolehkan Umno merampas semula Kelantan dari PAS.

Bagaimanapun kehadiran Ku Li membuatkan rakyat negeri ini menolak 
Umno/Barisan Nasional(BN) secara total sehingga hampir menyamai rekod 
pilihan raya umum 1990.

Hanya Ku Li (Parlimen Gua Musang) bersama dua lagi Adun BN di Dun Paloh dan 
Galas berjaya mempertahankan kerusi masing-masing.

Ekoran kemenangan Ku Li sebagai anggota Parlimen tunggal BN di Kelantan 
menyebabkan namanya disebut-sebut bakal disenaraikan sebagai anggota jemaah 
kabinet baru.

Dr Mahathir ketika ditanyai sebab Ku Li tidak dilantik sebagai jemaah 
menteri dipetik sebagai berkata, tidak cukup kriteria atau kelayakan.

Pemerhati politik berpendapat Ku Li kini jelas diperkudakan oleh Dr Mahathir 
yang menggambarkan hayat politik beliau kini sedang berada di penghujung.

______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Perisik Persendirian" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke