*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

------- Forwarded Message Follows -------
From:                   "shah" <[EMAIL PROTECTED]>
To:                     [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], 
[EMAIL PROTECTED]
Date sent:              Tue, 14 Dec 1999 09:01:16 +0800
Priority:               normal
Send reply to:          [EMAIL PROTECTED]
Subject:                [lk] Apa Ada Pada Puasa

[ Double-click this line for list subscription options ]

From: "shah" <[EMAIL PROTECTED]>

From:                   Sukainah At Thahirah Ahmad <[EMAIL PROTECTED]>

Assalamu'alaikum wrh.

Ibadah puasa adalah termasuk dalam rukun Islam. Ini
bermakna puasa termasuk ibadah yang terpokok. Yang
menjadi perkara asas untuk membina peribadi Muslim.

Apa yang ada pada puasa hingga dipilih ALLAH untuk
masuk senarai rukun Islam? Mula-mula orang yang ingin
pada Islam disuruh buat pengakuan dan kesaksian
keyakinannya pada ALLAH dan Rasul:
"Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan ALLAH dan
Muhammad itu pesuruh ALLAH."

Pengakuan ini kemudian disuruh buktikan melalui
sembahyang. Berbagai ikrar, janji dan harapan kita
bisikkan kepada ALLAH sewaktu sembahyang demi
membuktikan kita taat tunduk (rukuk dan sujud)
kepada-Nya. Menyatakan kerelaan fizikal dan mental
kita menyerah diri kepada ALLAH. Menajamkan rasa
kehambaan di dalam hati dan menyuburkan rasa berTuhan
di dalam jiwa.

Ibadah puasa jatuh nombor ketiga iaitu selepas ibadah
sembahyang. Maksudnya, selepas membuat pengakuan taat
setia, maka kita diuji dengan suatu perintah aneh
iaitu puasa. Kita tidak dibenarkan makan disiang hari
selama sebulan sekalipun lapar dan makanan ada di
hadapan mata. Ertinya ALLAH mahu mendidik kita untuk
susah, berletih lesu, menahan keinginan pada sesuatu
sekalipun ia ada di hadapan mata. Bukankah itu aneh?
Orang yang jahil dan kurang faham akan menganggap ia
sebagai suatu penyiksaan dan bebanan lantaran itu
berlalunya Ramadhan disambut dengan riang. Apa
sebenarnya yang ALLAH kehendaki dari puasa?

Menahan keinginan terhadap sesuatu yang kita ingini
adalah sesuatu yang perlu dan penting. Istilah kecewa
atau frust lahir dari seseorang yang tidak dapat
menahan hati dari keinginan yang tidak tercapai. Dan
kecewa adalah penyakit lumrah dalam masyarakat kini .
Terkadang penyakit kecewa boleh membawa manusia kepada
pelbagai lagi penyakit-penyakit jiwa yang lain.

Dan ini akan terus berlaku sebab kehidupan manusia
selalunya terlalu banyak keinginan-keinginan yang
tidak tercapai. Walau betapa bijak, kaya dan berkuasa
seseorang itu, dia tentu tidak dapat menolak taqdir
ALLAH. ALLAH sudah tentukan bahawa tiap manusia itu
akan diuji.

Tidak tahu sabar adalah suatu kekurangan yang
merbahaya. Terlalu banyak perkara di dalam kehidupan
yang meminta agar kita dapat berlaku sabar. Di dalam
menunaikan perintah-perintah ALLAH, di dalam
menghadapi musibah dan kesabaran yang paling utama
adalah bersabar di dalam meninggalkan
larangan-larangan ALLAH lahir dan bathin. Imam Bukhari
ketika bermunajat dengan ALLAH berbisik-bisik:-
"Bukan aku tidak sabar dengan ujian-Mu ya ALLAH, cuma
hendak mengadu pada Mu, tempat aku kembali nanti.
Memohon ketenangan, keampunan dan mutmainnah."

Begitulah seharusnya hati orang Mukmin tatkala
berhadapan dengan persoalan hidup. Mereka tunduk dan
patuh kepada kehendak ALLAH kerana merasakan
segala-gala yang berlaku adalah dengan keizinan dan
kemahuan ALLAH. Malah mereka memuji-muji ALLAH kerana
Maha Bijaksana dan Maha Adil-Nya melakukan kejadian
itu. Kalau ujian berupa nikmat, mereka bersyukur
bersama airmata kesyukuran dan kalau berupa kesusahan,
mereka bersabar dan redha bersama airmata kesabaran.

UNTUK TUJUAN INILAH PUASA ITU DIPERINTAHKAN. ALLAH
TENTUKAN KEHIDUPAN DI DUNIA ADALAH PERGILIRAN NIKMAT
DAN UJIAN. DAN KEBAHAGIAAN SEBENAR IALAH PADA MEREKA
YANG BOLEH BERSYUKUR DAN BERSABAR. SEBAB ITU ALLAH
MAHU DIDIK MANUSIA KE ARAH ITU.

Bila kita berpuasa bererti kita mengajak diri kita
bersabar terhadap keinginan kerana ALLAH, bukan kerana
lain-lain. Dan kalau ini dilatih, dibiasakan selama
sebulan, ertinya kita membuat latihan jiwa untuk
bersabar, untuk patuh menanggung kesusahan kerana
ALLAH.

Jiwa yang apabila berhadapan dengan kejadian yang
malang, kecewa, hampa, susah dan kegagalan akan tunduk
dan sabar dengan ALLAH, kerana ALLAH. Kita boleh
berikhtiar untuk elakkan kemalangan itu tapi bukan
dengan hati yang panas, marah-marah dan memberontak.
Sebaliknya kesabaran menghadapi ujian semakin
meningkatkan rasa kehambaan di dalam hati kerana
merasakan lemahnya dia untuk menolak taqdir dan kuasa
ALLAH. Inilah jiwa yang tenang.

Seseorang yang merasakan puasanya selama ini tidak
membuatkan jiwanya mahu bersabar dengan keinginan yang
tidak tercapai, kesusahan dan kegagalan, samalah
dengan orang yang tidak berpuasa. Maka kalau puasa
tidak membuahkan akhlak yang mulia dengan ALLAH dan
sesama manusia, maka jadilah puasa itu sepertimana
sabda Rasulullah;
"Tidaklah diperolehi apa-apa dari puasa itu melainkan
hanya lapar dan dahaga." 
Kita berlindung dengan ALLAH daripada kerugian
demikian.

Wassalam.

=====
~Fadzila Azni @ Sukainah At Thahirah Ahmad~

--------------------------- ONElist Sponsor ----------------------------

    GRAB THE GATOR! FREE SOFTWARE DOES ALL THE TYPING FOR YOU!
Tired of filling out forms and remembering passwords? Gator fills in
forms and passwords with just one click! Comes with $50 in free coupons!
  <a href=" http://clickme.onelist.com/ad/gator4 ">Click Here</a>

------------------------------------------------------------------------
Rasulullah saw bersabda maksudnya: "Siapa yang menjurusi satu jalan untuk mencari ilmu 
nescaya Alla
h akan mempermudahkan padanya jalan ke syurga." (Sahih Muslim)

Zikir harian anjuran Iman Al Ghazali

Jumaat – Ya Allah
Sabtu  – Laa ila ha il lallah (Tiada Tuhan melainkan Allah)
Ahad   – Yaa Hayyu Yaa Qayyum (Ya Allah yang maha hidup lagi berdiri dengan sendirinya)
Isnin  – La haw la wala qu wata illa billah hil ‘ali yil ‘azim (Tidak ada upaya dan 
kekuatan melain
kan dengan kuasa Allah yang maha tinggi dan maha besar)
Selasa – Allah humma solli ‘ala saidina Muhammad (Ya Allah rahmatilah ke atas Nabi 
Muhammad s.a.w)

Rabu   – As tag firullah hal ‘azim (Aku mohon ampun kepada Allah yang maha besar)
Khamis – Subha nallah hil ‘azimi wa biham dih (Maha suci Allah yang maha besar dan 
pujian kepadaNya
)

Dipetik dari Buku Amalan harian Sepanjang Zaman


Moga Ada Manfaat
Lenggang Kangkung Mailing List

Untuk Melanggan Lenggang Kangkung List -> Hantar email kosong to:  
[EMAIL PROTECTED] (Free)

Untuk Berhenti Melanggan -> Hantar email kosong to:  [EMAIL PROTECTED]

Laman Web Lenggang Kangkung : http://www.angelfire.com/ct/lk


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "zan zin zun" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke