*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu'alaikum,
Ni pendapat aje, saya rasa badan-badan kerajaan ni perlu kurangkan "meja", 
sikit sikit kena pergi meja lain, contohnye, di imegresen, nak ambik no, 
beratur kat tempat lain (ni ok le), lepas tu, nak kasi borang , meja lain, 
yang best tu, kalau nak ambik passport ke ape ke, bayar kat kauter lain, 
ambik kat kauter lain,bukanke dua benda ni boleh buat sekali. Ni 
specialization yang teramat dasyat.  Maybe the need a better think-tank to 
make their service more efficient?

Wassalam

>From: "lufi nas" <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED]
>Subject: Re: H-Net* Staff kerajaan bila nak berubah?
>Date: Wed, 22 Dec 1999 20:58:24 PST
>
>
>*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>{  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>{        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>{        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
>~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>Masalah pekerja melayu diJabatan Kerajaan diMalaysia memang terlalu
>meruncing. Boleh dikatakan kebanyakan kaki tangan kerajaan mempunayi sikap
>yang sama. Hantarlah keIntan untuk berbagai-bagai kursus sama ada kursus
>membina diri yang modulenya lebih mirip mengenali diri sendiri untuk
>memperbetulkan diri disebabkan terdapat qiamullai, mereka ini tetap akan
>sama juga sikapnya iaitu tidak bertanggong jawab terhadap tugas yang
>diamanahkan.
>
>Sekiranya kita berbicara berkenaan sikap anggota-anggota kerajaan dari dari
>jawatan yang paling rendah sehingga yang paling tinggi ianya mempunyai 
>trend
>yang serupa. Kebanyakan anggota kerajaan suka membandingkan tenaga kerja
>yang dicurahkan dengan nilai ringgit yang diperolehi. Kadang-kadang yang
>berjawatan rendah bercita-cita untok mendapatkan gaji yang lumayan tetapi
>tidak suka berusaha untok memperbaiki diri sama ada dengan menambahkan lagi
>pengetahuan iaitu belajar atau bekerja dengan lebih tekun dan cemerlang
>lagi. Tetapi bagi mereka yang telah berusaha dengan cemerlang timbul satu
>lagi masaalah didalam jabatan iatu perasaan iri hati antara rakan sejawat
>yang telah menjadi sikap semula jadi orang melayu. Sama ada mereka ini akan
>dikata kaki ampu atau SSB. Oleh kerana takut disisih mereka pun masuk dalam
>golongan mereka-mereka yang malas atau kerja ikut mood.
>
>Bagi ketua-ketua jabatan dan keatas pula, mereka ini tidak tahu atau malas
>untok membuat perancangan dalam mengendalikan tenaga kerja yang sedia
>ada.Mereka tidak pernah nak buat check and balance terhadap tenaga kerja
>mereka. Apa yang dipentingkan ialah asal buat dan siap dan tidak ada 
>komplen
>cukup.Mereka-mereka ini juga kalau pergi kursus diIntan pun sama juga. Puas
>pensyarah-pensyarah intan memaklumkan bahawa mereka-mereka ini perlu
>mendengar pandangan dari peringkat bawah tetapi selepas kursus apabila 
>pihak
>pekerja bawahan memberi pandangan buat tak tau sahaja. Dalam hati mereka
>berkata siapalah mereka untuk mengajar aku. Sikap-sikap seperti inilah yang
>membuatkan anggota kerajaan tidak kreatif dan inovative dan selalunya 
>sistem
>perjalanan kerja menjadi single way iaitu ikut arahan.
>
>Kerana itulah kebanyakan Jabatan-Jabatan Kerajaan diMalaysia ini hanya
>mengunakan tenaga kerja mereka sebanyak 50% sahaja. Yang baki 50% tidak
>digunakan atau pembaziran sahaja.
>
>Kita ambil contoh diNegeri Johor dan buat perbezaan dengan Negeri Kelantan.
>DiNegeri Johor telah timbul satu trend dimana kebanyakan jabatan kerajaan
>dinegeri Johor membuka kelas belajar dan mengaji Al Quran dalam waktu kerja
>iaitu dari jam 8.00 pg hingga jam 9.30 pg disebabkan program membudayakan 
>Al
>Quran yang dianjurkan oleh kerajaan dibawah pimpinan Abd. Ghani Othman. Dan
>selepas waktu tersebut ada pula sarapan pagi selam setengah Jam. Jadi semua
>urusan rasmi hanya boleh dilaksanakan selepas mengaji Al Quran. Cuba kita
>bayangkan berapa banyak masa yang telah terbuang untuk kepentingan peribadi
>dari menjalankan tugas rasmi. Sekiranya ditanya mengapa mengaji waktu 
>kerja,
>mereka akan mengatakan ini termasuk didalam arahan-arahan ketua jabatan.Dan
>kepada ketua jabatan sekiranya ditanya mengapa tidak dilaksanakan selepas
>waktu kerja iaitu jam 4.15 petang, mereka akan menjawab bahawa tidak ada
>sambutan selepas waktu kerja.
>Dinegeri Kelantan perlaksanaan program seperti ini dilaksanakan samaada 
>pada
>hari cuti mingguan atau selepas waktu kerja.
>
>Kita boleh ambil kesimpulan bahawa kebanyakan pekerja disektor Awam suka
>mencuri masa bekerja untuk kepentingan diri sendiri, walaupun diakhir waktu
>bekerja mereka beramai-ramai membaca ayat surat Wal Asri.
>
>Lagi satu contoh kita lihat kelemahan pentadbiran orang melayu. Sekiranya
>kita keSingapura pelepasan dari kaunter Imigresen Singapura adalah lebih
>cepat berbanding dengan Pelepasan Imigresen Malaysia. Sekiranya sebuah
>kereta mempunyai penumpang 4 orang, dikaunter imigresen Singapura ia hanya
>mengambil masa selama 3 minit untuk membuat pelepasan tetapi diImigresen
>Malaysia ianya mengambil masa tidak kurang 6 hingga 7 minit. Cuba kita
>perhatikan peranan ketua Imigresen diSingapura dengan ketua Imigresen
>Malaysia, sekiranya ada kesesakan pegawai-pegawai imigresen yang tidak
>mengendalikan pelepasan dikerah mengawal kenderaan agar tidak memotong
>kenderaan dan juga mengarahkan kenderaan memasoki lorong-lorong yang 
>kosong.
>Tetapi diImigresen Malaysia langsong tidak ada pegawai-pegawai Imigresen
>yang mengendalikan lalu lintas yang bersesak-sesak. Ini disebabkan mereka
>beranggapan bahawa itu kerja polis lalu lintas. Jadi lepas tangan.
>
>Itu sebahagian contoh diMalaysia, cuba kita ambil contoh diLuar Negeri
>dimana pekerja-pekerja melayu bekerja. Sebagai contoh Tabung Haji diMekah,
>untuk mengendalikan pengeluaran wang tabung haji diMekah pihak pengurusan
>telah meletakkan seorang sahaja untuk mengandalikan kaunter tersebut
>sedangkan diwaktu itu ada lebih kurang 180 penyimpan yang hendak
>mengeluarkan wang simpanan mereka. Kaunter telah dibuka mulai dari jam 9.00
>hingga jam 12.00 tengahhari dan dibuka semula pada jam 2.00 petang. Satu
>transaksi mengambil masa 7 hingga 10 minit, bayangkan berapa transaksi 
>bolih
>dilaksanakan dalam masa 3 jam. Yang mana tidak dapat mengeluarkan wang
>terpaksa menapak balik ketempat penginapan masing-masing dan datang lagi
>pada jam 2.00 petang. Disini kita dapati ketua jabatan tersebut tidak
>mengambil berat atas keadaan yang berlaku.
>
>Sebagai anggota pekerja sektor perkhidmatan awam apa yang ada pada mereka
>ialah kuasa, dan orang-orang awam dimalaysia tidak berani menegur mereka
>seperti orang-orang diluar negara.
>Dan kalau ditegur pun masok telinga kiri keluar telinga kanan.
>Sampai bila pun tidak boleh berubah melainkan orang bangsa asing sahaj a
>yang dapat mengubahkan sikap orang melayu.
>
>sekian wasaalam.
>>From: "sa ha" <[EMAIL PROTECTED]>
>>To: [EMAIL PROTECTED]
>>Subject: H-Net* Staff kerajaan bila nak berubah?
>>Date: Wed, 22 Dec 1999 19:28:36 -0800
>>
>>
>>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>>   Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
>>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>>
>>Kekadang saya rasa pelik,geram, meluat, rasa nak luku-luku jer
>>kepala staff kerajaan. Ceritanyer camni...... saya pi ke JPJ
>>nak bayar road tax. So kenala beratur.....depan saya adalah dalam
>>12 orang. Kuanter untuk melayan orang ada 6 tapi yang bukak 2
>>ajer, satu untuk bayar road tax ngan lesen dan satu lagi untuk
>>orand kelas memandu. Hang pa nak tau aper staff-staff nie tengah
>>dok buat. Bila dah dekat dengan kaunter tu dapatla saya lihat
>>yang 2 orang dok jaga kuanter, sorang dok kat dalam baca paper
>>Utusan Meloya dan 3 orang... 3 orang lagi tengah dok berkumpul
>>tengok TV. Masyaallah...Tuhan sajer yang tahu perasaan saya masa
>>tu.
>>  Saya ceritala bende nie kat kawan saya...... dia pun kena lebih
>>kurang sama gak.Ceritanyer camni..... dia pegi pejabat pos. Kalau
>>ikut jam dia yang sememangnyer tepat,baru pukul 4:45 petang,
>>kaunter ada lagi 15 minit lagi nak tutup. Dia tengok takder orang
>>kat kaunter tu....so,
>>  "Pakcik... saya nak beli setem 30 sen 3!" dia sapa seorang pakcik
>>dalam office tu.
>>  "Eh.. kami dah tutup dah!", kata pakcik tu sambil menunjuk ke
>>jam besar dipejabat.
>>  "Jam tu salah tu..baru pukul 4:45 la pakcik".. kata kawan saya.
>>  "Sorrila...kami kenalah ikut jam kami!!"... kata pakcik tu dengan
>>selambanyer.
>>
>>   Kenaper jadik camnie....
>>
>>   Yang sedih nyer staff-staff kerajaan tu orang Melayu bukan
>>kapiaq. Kebanyakkanyer yang bad service tu mesti dah berumur.Kot-kot
>>depa nie satu line ngan Utusan Meloya kot....ORANG MELOYA, tak
>>tahu nak buat kerja ngan elok, tak tahu nak respect orang.
>>  Saya rasa ... hampir semua staff-staff nie ORANG MELOYA,
>>  Bukan di JPJ ajer, JBA, JKR , Pejabat Tanah, Hospital Kerajaan,
>>Pej. Pendaftaran, LHDN, & seterusnyer, ...... mana-mana pejabat
>>yang suppose to give good service (as what they claimed in their
>>policies: Bersih, Cekap, Amanah.. bla, bla...), mesti bagi service
>>yang koprak kayu ayun punyer.
>>
>>  Aper bende nie...???
>>
>>
>>
>>
>>Get Paid to Surf the World!
>>http://www.gotoworld.com/getpaid
>>A free service provided by WebBox - http://webbox.com
>>
>>
>>
>>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>>
>>Pengirim: "sa ha" <[EMAIL PROTECTED]>
>
>______________________________________________________
>Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com
>
>
>~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: "lufi nas" <[EMAIL PROTECTED]>

______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Zainol Zainuddin" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke