*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Pn. Soraya Qushairy wrote:

>
> assalamua'laikom para netters.. di sini saya ingin menanya sesuatu berkaitan
> Hadas besar.
>
> Soalan Pertama;
> Adakah berhadas besar bermaksud (1)orang tersebut sedang melakukan
> persetubuhan/onani/ atau kedatangan haid/nifas atau (2)berhadas besar
> bermaksud seseorang yang telah melakukan 4 perkara diatas tetapi masih tidak
> melakukan mandi hadas. saya utarakan perkara diatas kerana selama ini yang
> saya faham adalah kepada perkara (2).

--------------------
Wa'alaikumsalam warahmatullah,

Terlebih dahulu kita kena faham maksud hadath besar. Perkara yang mewajibkan
mandi dinamakan hadath besar. Fuqaha mazhab berbeza pendapat tentang perkara
yang mewajibkan mandi. Ulamak hanafi menyatakan 7 perkara. Ulamak maliki
menyatakan 4 sahaja. Syafi'ie 5, manakala hanbali 6. Ke semuanya dapat
disimpulkan seperti berikut:
1. Keluar mani
Samada daripada kemaluan wanita ataupun lelaki tanpa apa cara sekalipun (mimpi,
setubuh, berlazat, onani dsb)
Daripada Ali bin Abi Talib, Aku seorang lelaki yang kuat keluar mazi, lalu aku
tanya kepada Rasulullah S.A.W, tentang hal itu lalu baginda menyatakan, "Bagi
keluar mazi wajiblah berwudhu' dan bagi keluar mani pula wajib mandi." (Riwayat
Imam Ahmad, At-Tirmidzi, ibn Majah dan diakui sah)

Daripada Ummu Salamah, bahawasanya dia telah bertanya kepada Rasulullah
S.A.W,"Wahai Rasulullah S.A.W, sesungguhnya Allah tidak malu daripada sesuatu
yang benar. Adakah seseorang perempuan itu wajib mandi apabila ia mimpi
bersetubuh?" Jawab baginda, "Ya, sekiranya ia mendapati keluar air (mani)." Ummu
Salamah menyampuk, "Adakah perempuan juga bermimpi?" Jawab Baginda, "Bertuah
betul engkau, bagaimana anaknya boleh meyerupainya?" (Muttafaq 'alaih)

2. Bertemu 2 kemaluan (bersetubuh) dengan sekadar hasyafah walaupun tidak keluar
mani
Berdasarkan kepada bbrp hadith:
"Apabila bertemu dua tempat khatan, maka wajiblah mandi walaupun tidak keluar
mani." (Diriwayatkan oleh Imam Muslim dan Ibn Majah daripada Aisyah dan Abdullah
bin Amru bertaraf sahih)

3. Haid dan nifas
Ini semua sudah sedia maklum mengenainya kerana terdapat banyak dalil
mengenainya.

4. Seorang Islam yang mati selain mati syahid
Ini disandarkan kepada hadith rasulullah S.A.W ketika seorang sahabat meninggal
kerana terjatuh daripada kenderaannya, lalu Baginda S.A.W bersabda:
"Hendaklah kamu mandikan dia dengan air bidara dan kafankan dia dalam 2 helai
kain kafan." (Muttafaq 'alaih daripada Ibn Abbas)
Asbabul wurud hadith ini adalah kerana supaya mereka yang meninggal dunia selain
syahid tidak menanggung sebarang janabah.

5. Orang kafir memeluk islam.
Ini berdasarkan hadith Rasulullah S.A.W diriwayatkan oleh Qays bin Asim yang
mengatakan beliau telah memeluk Islam, lalu Baginda S.A.W memerintahkannya
supaya mandi dengan air dan bidara (Diriwayatkan oleh 5 kumpulan penyusun hadith
kecuali Ibn Majah. Juga diriwayatkan oleh Ibn Kuzaimah, Ibn Hibban dan diakui
sah oleh Ibn As-Sakan)


>
>
> Soalan kedua;
> Saya ada terbaca sebanyak 2 kali dalam tabloid yang berlainan yang
> mengatakan sah puasa seseorang yang melakukan junub dimalam hari dan mandi
> junub di siang hari tetapi hukumnya makruh kerana melambatkan mandian
> tadi(kalau tak silap). Oleh itu disini sekiranya orang yang melakukan junub
> itu masih tidak mandi sehingga waktu berbuka tiba...maka puasanya tetap sah
> selagi ianya tidak melakukan perkara2 berhadas besar ketika puasa sedang
> dijalankan. Walaupun hukumnya berdosa kerana meninggalkan sembahyangnya.
> ----------------

Benar. Ini bersandarkan kepada hadith-hadith berikut:
Daripada Aisyah dan Ummu Salamah R.A., bahawa Nabi S.A.W pada suatu pagi
berjunub dengan sebab jima' dan bukan sebab mimpi. Kemudian baginda berpuasa
ramadhan.(Riwayat As-syaikan)

Daripada Ummu Salamah, katanya, "Rasulullah S.A.W berjunub di waktu pagi kerana
jima' bukan kerana mimpi kemudian baginda tidak berbuka dan tidak qada'."
(Muttafaq alaih)

Puasa tetap sah dan tidak makruh. Berdosa orang yang melakukan perbuatan
tersebut kerana melewati waktu solah.

Wallahua'lam.

Rujukan:
Al-Fiqh Islami Wal Adillatuhu (jilid 1 dan 2), Dr. Wahbah Zuhaili

> SORAY
>
> Pengirim: "Pn. Soraya Qushairy" <[EMAIL PROTECTED]>


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Dr. Tanpa Nama 98" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke