*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
....Sambungan Muqaddimah,
 
     Kata ALLAH,"Di antara tanda orang beriman ialah
dia boleh memaafkan orang yang yang menyakitinya."
[ Menurut Imam Ghazali r.a. bahwa orang yang memberi
kemaafan kepada orang lain berada dalam posisi orang
yang menang.Kerana orang yang memberi kemaafan
tidaklah semudah yang memintanya.Bayangkan
tuan-tuan,kalau hari tu ada sorang mai 'sedeqah'
tengah belakang kita...gedebab !!!,lepas tu dia gelak
sampai ke telinga pulak; tiba-tiba hari ini dia mai
dengan muka welfare,dia kata,"Sorryla,hari tu tak
sengaja."...Masa tu,boleh kah kita kata,"Takpalah,saya
pun tak ingat apa-apa."..Bolehkah tuan-tuan kata macam
tu?...Aaa,susah tu tuan-tuan.Tapi Nabi Yusuf a.s.
boleh kata macam tu.Kerana masa Nabi Yusuf kecik-kecik
dulu,adik beradik ambik dia lempar dalam
telaga.Kemudian,setelah Nabi Yusuf dewasa dan menjadi
seorang yang besar di Mesir,datang adik beradik yang
buat aniaya dekat dia hari tu; mai minta
bantuan.Mereka tidak mengenali Nabi Yusuf,tapi Nabi
Yusuf masih dapat mengenali adik beradiknya
itu.Keadaan sebegini telah ALLAH gambarkan di dalam
Al-Quran dengan mengatakan bahwa sekiranya Nabi Yusuf
hendak membalas balik perbuatan adik beradik dia
terhadap dia sewaktu kecil dahulu; ALLAH SWT akan
izinkan.Tapi hati Nabi Yusuf a.s. bukan pendendam,dia
dapat memaafkan mereka.Daripada kisah ini,memang telah
menjadi lumrah bahwa kita akan lupa apabila kita buat
aniaya kat orang lain; tapi orang yang kena aniaya
tu,dia akan sentiasa ingat.Misalannya,kalau kita maki
hamun seseorang,lepas tu kita akan lupa; tapi orang
yang kena maki tu,dia akan ingat setiap patah
perkataan apa yang kita kata. ]
     Kata ALLAH,"Tanda-tanda orang yang beriman lagi
ialah dia boleh amanah dengan orang yang buat khianat
pada dia.Dia boleh bercakap dengan orang yang tak mau
bercakap dengan dia.Dan dia memuliakan orang yang
menghina dia.Sesungguhnya,Aku akan membalasi setiap
kebajikan yang hangpa buat."
[ Kesimpulannya,setiap kebajikan/kejahatan yang kita
buat,Tuhan akan balas. ]
  
     Sambungan bacaan kitab 'Penawar Bagi Hati' dalam
Bab pada menyatakan segala sifat yang dipuji; yakni 10
sifat mahmudah.  
   Diketahui olehmu bahwasanya perangai yang dipuji
itu banyak.Menyebut oleh hamba di sini akan 10 perkara
kerana mengikut akan Al-Imamul Ghazali dalam kitab
'Arba ina fi usuluddin'.Sifat-sifat itu ialah :
i) taubat dari segala dosa   (ii0 takut akan ALLAH  
(iii) zuhud,yakni benci akan dunia dan berpaling
daripadanya   (iv) sabar   (v) syukur   (vi) ikhlas  
(vii) tawakkal   (viii) kasih akan ALLAH   (ix) redha
dengan kada ALLAH   (x) mengingat akan mati.

     Bab 1 : Pada menyatakan taubat.
    
---------------------------------------------------
     Ketahui olehmu bahawasanya taubat itu permulaan
jalan bagi sekelian yang menjalani akan jalan
akhirat,dan anak kunci bagi tuah sekelian murid.
[ Yang kata taubat ni,ia adalah jalan pertama untuk
orang yang nak ke akhirat.Jangan dok berlakon la
tuan-tuan,berzikirlah berapa banyak pun; zikir-zikir
itu tak akan lekat dengan tuan-tuan sekiranya tak
dimulakan dengan taubat terlebih dahulu. ]
     Dan bahawasanya taubat itu wajib ia dengan
bersegera daripada segala dosa; sekalipun daripada
dosa kecil.
[ Hukum bertaubat adalah wajib.Bila setiap kali kita
ingat kata yang kita ni ada dosa,maka setiap kali tu
lah kita kena bertaubat. ]     
     Dan melambatkan taubat itu,satu dosa yang lain
pula; sekalipun sudah berpuluh-puluh tahun.
[ Hah ! kalau lepas saja menari dengan Shah Rukh
Khan,si Anaconda sepatutnya kenalah bertaubat.Mana nak
tau kan,kot-kot la tengah-tengah baguih punya dok
kepak,pi jatuh tersungkok,kan ka raplah dibuatnya
nanti.Lepas saja menari,kemudian kalau melambatkan
pula taubat; ini menambahkan satu dosa lain lagi. ]
     Bersalahan bagi muktazilah yang berkata mereka
itu dengan berbilang-bilang dosa melambatkan taubat
itu dengan sebab panjang masa,tetapi berlebih kurang
besarnya,dengan berlebih kurang panjang masa
melambatkan itu.
[ Yang dikatakan muktazilah ni,depa ni ialah golongan
yang kata takpa melambatkan taubat,yakni boleh
bertaubat masa kita nak 'padam'.Kalau perangai dok
ikut muktazilah,maka yang tu lah yang boleh dok syok
kepak lagi tu. ]
     Dan berhajat ia kepada taubat daripada
maksiat,melambatkan itu seperti wajib ia taubat
daripada maksiat yang pertama.Kemudian jika mengetahui
ia akan segala dosanya atas tafsir (yakni dia tau
dosanya satu persatu),nescaya wajib atasnya taubat
daripada semuanya dengan satu-satu; dan tiada memada
oleh satu taubat jua.
[ Kita kalau boleh ingat dosa kita secara satu demi
satu; misalnya kita boleh tau kata dosa yang kita buat
dalam masa setahun yang lalu; maka hendaklah kita buat
satu taubat untuk satu dosa dan satu taubat lain untuk
satu dosa yang lain,dan seterusnya.Jadi,ini
bermakna,taubat ni kita tak boleh buat secara
borong,yakni satu taubat untuk cover semua dosa,tak
boleh lagu tu.
  Kita boleh ingat ka dosa-dosa yang kita dah buat
tahun sudah? Ok,sebagai contoh (saja tanya); tahun
lepas berapa kali kita masuk pesta?...Kita nanti
kata,"Dak ustaz,saya dengaq seluaq jean murah di pesta
tu,Jadi,saya pun ushar tengok; kot-kot boleh tangkap
2-3 lai apa ka."...Bukan kata seluaq jean saja ada kat
sana,jin pun memang belambak kat pesta tu.Jadi,apabila
kita masuk saja pesta,maka kita pun jadi sebahagian
daripada depa (jin) tu.Maka berdosalah kita kerana
redha dengan maksiat.Sebab apabila kita redha dengan
maksiat,maka kita dikira buat maksiat tu sekali.Apa
tanda kita redha?...Tandanya ialah apabila kita nampak
satu maksiat,tapi kita diam.Oleh sebab itu,untuk tahun
ini punya pesta,mai sama-sama kita berazam untuk
boycott. ]
     Dan jika tiada teringat ia akan tafsir segala
dosa,maka hendaklah berkata ia,"Jika ada bagi aku dosa
yang tiada aku ketahui akan dia,maka aku taubat
daripadanya kepada ALLAH SWT,dan bahawasanya diri
taubat itu satu ibadat yang dijanjikan dia pahala
kerana nya ada pun hilang siksa kemudian daripada
taubat."
[ Kalau kita tak tau dosa kita banyak mana,maka
disuruh kita bertaubat secara ijmali
(kesimpulan).Maknanya,apabila setiap kali kta
bertaubat,hendaklah berdoa,"Ya ALLAH,kalau lah saya
ada buat dosa dan dosa tu pula saya tak ingat,maka
saya bertaubat." ]
     Dan orang yang bertaubat itu,dijanjikan ALLAH SWT
dapat pahala dan Tuhan akan hilangkan siksa
daripadanya.Maka diserahkan kepada ALLAH SWT,telah
berfirman ALLAH,"Bahawasanya ALLAH kasih ia akan
sekelian yang banyak taubat." Dan firman ALLAH
lagi,"Dan taubat oleh kamu kepada ALLAH sekelian
kamu,wahai sekelian yang beriman." 
     Dan daripada sabda Nabi s.a.w. pula,"Orang yang
taubat dari dosa  seperti mereka yang tiada berdosa." 
[ Yang kata Nabi Muhammad s.a.w. ni,Tuhan punya sayang
dekat dia,hanya ALLAH Maha Mengetahui.Menurut ustaz,di
malam Israk Mikraj,Tuhan ada tanya kat Nabi,"Wahai
Muhammad,kamu tau tak pasai apa Aku bagi gelaran dekat
kamu sebagai hamba Aku?...Tuan-tuan tau tak  Nabi kata
apa? Bukan dia kata kerana dia seorang Rasul ka,dia
banyak ibadat ka,kuat dakwah ka; tapi apa yang dia
kata ialah,"Kerana luasnya Rahmat Mu daripada murka
Mu,ya ALLAH." Selepas Nabi kata saja macam tu,terus
kata ALLAH,"Kamu kekasih Aku." Gelaran inilah yang
semua manusia mau sangat-sangat,tapi untuk kita
mencapai makam seperti Nabi s.a.w. memang  tak
berupaya tuan-tuan.Yang kita boleh ialah hanya mampu
menumpang di bawah kalimah kekasih ALLAH; itupun
hendaklah dimulakan dengan taubat. ] 
     Dan sabda Nabi s.a.w.,"Wahai mana-mana
manusia,taubat oleh kamu kepada ALLAH.Maka bahwasanya
aku bertaubat padaNya satu hari 100 kali."

......bersambung..... 





__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Omar AlKhatab <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke