Pabiyen Sitok wrote:
Katakan rumah tu bukan rumah murah, katakan rumah tu memang rumah yang
harga biasa, apa pula hukumnya?

Saya pernah terbaca, tak tahu kat mana, tentang kediaman ni kita tak
boleh memiliki lebih dari keperluan kita.  Kalau kita telitikanpun ada
betulnya.  Kita dah ada satu rumah, kemudian nak beli satu lagi, kita
mungkin menyekat peluang seorang lagi untuk membeli rumah kerana
mungkin rumah yang available dah habis terjual.  Bila permintaan
terhadap rumah meningkat, harga rumah juga turut meningkat.  Maka
selama-lamanya akan ada orang yang tak sempat nak beli rumah sebab
harga rumah asyik meningkat.

Kebanyakan orang yang beli rumah extrapun bukan kerana keperluan
terhadap rumah tu, tapi sebagai side-income sebab dia mampu beli rumah
extra, dan orang yang memerlukan sebuah rumah sendiri terus-terusan
tidak dapat memenuhi keperluan mereka.  Bukankah ini satu penindasan?

Tapi saya sendiri ada terfikir juga nak beli rumah satu lagi, bukan
untuk inherit kepada anak-anak, tapi sebagai satu pencen untuk saya
sendiri.  Maklumlah kita ni kerja swasta, tak ada pencen.
Kurang-kurang kalau ada rumah sewa, ada juga pendapatan lepas pencen
nanti.

Apa kata Dr Tanpa Nama?

Pengirim: Pabiyen Sitok <[EMAIL PROTECTED]>



Assalamualaikum warahmatullah,

Kaedah usul yg terlibat:

  • Perkara dlm muamalat asalnya adalah harus kecuali ada dalil yg mengatakan ia haram--Al-aslu fil asya' al-ibahah--
  • Perubahan hukum berlaku di atas perubahan zaman --Taghayyur ahkam bi taghayyur azman--
Islam tidak melarang umatnya mengambil untung dari barang yg dijual. Namun, dlm kes ini membeli rumah bergantung kpd keperluan zaman atau masa. Mungkin 10 tahun yg lalu rumah  bukan perkara asasi. Mungkin 10 tahun akan datang rumah menjadi keperluan asasi manusia spt pertambahan penduduk, kekurangan tanah, kenaikan kadar kelahiran dsb.

Membeli rumah melebihi daripada keperluan asasi menjadi haram sekiranya:
1. Membeli dgn tujuan memonopoli pasaran hartanah dgn tujuan mengawal harga

Daripada Ibn Umar, bahawa baginda S.A.W telah bersabda: "Sesiapa yg memonopoli jualan makanan selama 40 hari, sesungguhnya dia telah berlepas tangan daripada ALlah dan Allah Taala berlepas tangan daripadanya." (hadith riwayat Imam Ahmad dan Al-Hakim dgn sanad yg baik. Al-Hafiz Iraqi menghasankan hadith ini. Dan disokong oleh As-Suyuti)

"Tidak melakukan monopoli melainkan org yg bersalah" (Diriwayatkan oleh Imam An-Nawawi dlm kitab 'al-musaaqaah' dari kalangan hadithnya yg sahih)

Org yg bersalah di dlm hadith di atas ialah orang melakukan dosa. Allah telah menyifatkan taghut yg takabbur dgn sifat ini (bersalah). FirmanNya:
"Sesungguhnya firaun dan haman serta org2nya adalah golongan yg bersalah." (Surah Al-Qasas: ayat 8)

Monopoli diharamkan oleh syarak ke atas barangan asasi manusia. Walaupun banyak hadith menyebut pengharaman monopoli makanan asasi, namun keperluan manusia berubah mengikut perkembangan kehidupan manusia. Banyak perkara dahulunya menjadi pelengkap (tahsinat/kamaliyyat) kpd kehidupan tetapi pada hari ini menjadi perkara yg diperlukan.

Al-Qardhawi berpendapat monopoli adalah haram semua jenis barangan yg diperlukan oleh manusia samada makanan, pakaian, ubat-ubatan, peralatan belajar, rumah, pekerjaan dan sebagainya. Namun begitu, yg paling utama ialah pengharaman monopoli terhadap makanan asasi.

2. Cara mendapatkannya melibatkan rasuah, penipuan, penindasan, ketidakadilan dan seumpama dgnnya.
"Sesiapa yg menipu kami, dia bukanlah dari golongan kami." (Diriwayatkan oleh Jamaah melainkan Bukhari dan An-Nasa'ie)

"ALlah melaknat pemberi rasuah dan yg menerima rasuah." (Riwayat Ahmad, At-Tirmidzi dan Ibn Hibban)

At-Tsauban berkata:
"Rasulullah S.A.W melaknat perasuah, yg menerima rasuah dan yg menjadi org tengah." (Riwayat Ahmad dan Hakim)

Saya melihat perkara ini dari sudut aspek perniagaan hartanah. Kita memperuntukkan modal membeli rumah kemudian menyewa kpd mereka yg memerlukannya sebagai hasil daripada pelaburan itu tadi. Walaupun tiada nas yg menghadkan keuntungan tetapi ini tidaklah bermakna ia sentiasa digalakkan. Keuntungan diharuskan kpd peniaga bila muamalahnya bersih dari segala unsur haram spt riba, monopoli, penipuan, dsbnya. Membeli rumah melebihi keperluan bukanlah satu penindasan tetapi ia boleh menjadi penindasan sekiranya cara mendapatkannya adalah cara yg kotor spt melalui kroni, rasuah, dsbnya. Kalau ikut prosedur dan undang2 tanpa mengira latar belakang, ini diharuskan.

Wallahua'lam.

Rujukan:
Al-Halal Wal Haram fil Islam Li Al-Qardhawi
Fatwa Muasirah Li Al-Qardhawi

Kirim email ke