*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Inilah contoh masalahnya ... apabila dianggap semuanya sama sahaja. Soalnya 
bukan sekadar mendapat ijazah, tetapi lebih kepada pendidikan ilmu dan 
pendedahan yang bakal diperolehi.

Kalaulah mutu pusat pengajian berkenaan tidak memberi pendedahan ilmu, 
kemahiran dan industri terbabit dengan secukupnya, kemungkinan besar si 
graduan tersebut terpaksa dibimbing, dipimpin dan disuap dengan segala 
tunjuk-ajar untuk buat tugasnya walau pun kerja tersebut membabitkan 
kemahiran asas.

Pergi ke universiti atau kolej nih bukanlah sekadar baca buku dan ambil 
peperiksaan sahaja. Ia nya lebih daripada itu. Bayangkan graduan universitu 
yang tidak mampu membuat 'presentation' atau tersipu-sipu apabila ditanya 
soalan... Tidakkah susah dibuatnya? Akhir sekali boss jugak kena perbetulkan 
segala kesilapan yang dibuat!

Adohai... pening kepala boss sekiranya ada graduan macam nih! ... dan memang 
ada graduan macam nih!



>From: Mohd Isa Khadis <[EMAIL PROTECTED]>
>To: Maziani Shamsuddin <[EMAIL PROTECTED]>
>CC: "'ASSB-PRODEV - Azizi (ASSB POST)'" <[EMAIL PROTECTED]>,        
>"Haslim, Hassan" <[EMAIL PROTECTED]>, [EMAIL PROTECTED]
>Subject: Re: H-Net* Lulusan UK versus USA...
>Date: Mon, 14 Feb 2000 11:39:53 +0800
>
>
>Nak UK pergilah UKM, Nak ke US pergilah USM. Pergi UK ke US ke kalau dah 
>kerja ,
>gaji sama juga. Yang penting U ada ijazah .......
>
>
>Maziani Shamsuddin wrote:
>
> > Assalamualaikum..
> > Di mana-mana pun anda belajar, sama saja...yang pentingnya komitmen anda
> > terhadap pelajaran itu sendiri.Kalau pergi ke mana sekali pun tapi tak
> > bersungguh-sungguh, hampeh juga jadinya.Kalau bersungguh takat nak lulus
> > periksa saja pula tak guna juga...bila dah bekerja tak menggunakan 
>kepala
> > otak yang bijak masa belajar dulu..lepastu adalah orang-orang yang tak
> > performing well masa kerja.Harap cakap je berabuk..kerja, hampeh..makan 
>gaji
> > buta saja!Ini bukan cakap kosong...banyak yang jadi macam ni...lastly, 
>saya
> > minta maaf saja kalau ada yang termakan cili...
> >  ----------
> > From: Haslim, Hassan
> > To: 'ASSB-PRODEV - Azizi (ASSB POST)'; [EMAIL PROTECTED]
> > Subject: RE: H-Net* Lulusan UK versus USA...
> > Date: Friday, February 11, 2000 6:34PM
> >
> > Saya kira banyak U tempatan yang gunakan sistem yang sama dengan US. 
>Cuma di
> > US biasanya credit hour-nya agak sedikit yang dibenarkan melainkan 
>pelajar
> > tersebut menunjukkan prestasi yang cemerlang. Credit hour yang 
>dibenarkan
> > biasanya 12 - 15 credit hour. Kalau tak silap saya U tempatan mengenakan
> > lebih credit hour.
> >
> > Biasalah kalau tak maintain CGPA 2.0 atau CGPA 2.2 bagi core subject 
>yang
> > berkaitan dengan major yang diambil ada harapan kena tendang (kalau tak
> > silap 2 semester berturut). Walaubagaimanapun pengiraan CGPA dan 
>requirement
> > ini berbeza bagi setiap U.
> >
> > Bagi setengah U, passing mark untuk setiap subject bagi setiap semester
> > adalah 60 markah. It could be higher or lower, bergantung kepada U. 
>Kalau U
> > yang tough, maka tinggi lah markah passing-nya.
> >
> > Setengah U pulak specialize dalam bidang tertentu. Misalnya kalau U tu
> > memang terkenal atau penumpuan pada bidang IT, kemungkinan besar U 
>tersebut
> > mempunyai syarat kelulusan yang agak ketat bagi IT.
> >
> > Antara faktor lain yg. mempengaruhi pelajar adalah faktor persekitaran,
> > almaklumlah bebas, takada mak bapak, sedara mara yang tolong
> > tengok-tengokkan, cuma harapkan pada kawan-kawan sahaja. Saya kira 
>pengaruh
> > persekitaran memainkan faktor yang amat besar, tak sama dgn suasana di
> > tanahair...
> >
> > Lagi satu kalau pergi US dgn niat nak enjoy je, ada harapan nak
> > terlingkup...
> > tambah pulak ada yang tukang canang yang kat US senang, maka kalau
> > hambaAllah tu pun main ambil mudah je pasal studi... alamatlah...
> >
> >  -----Original Message-----
> > From: ASSB-PRODEV - Azizi (ASSB POST) [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
> > Sent: Friday, 11 February, 2000 5:32 PM
> > To: [EMAIL PROTECTED]
> > Subject: RE: H-Net* Lulusan UK versus USA...
> >
> > Assalamualaikum kepada semua...
> > Teman nak tanya pendapat mereka yg belajar di US,  betul ke senang nak 
>lulus
> > 1st degree kat US ??? Kalau senang, pelik juga ye sebab ramai teman2  
>saya
> > yg kena balik sebab tak boleh nak bawa. Dibawah program American Top
> > Universities tu kira budak2 terror2 la kan....Sangkut juga... Saya dah
> > banyak dengar mereka di Malaysia ni especially yg grad from local Us dok
> > mengata budak2 yg pi US senang nak lulus. Ikut hati nak je ajak depa2 ni
> > ikut masuk U kat US tu. Ada tu boleh cakap lagi, buat apa pergi 
>jauh2..sama
> > je grad US ke local ? Hmmmm kalau sama, apasal agaknya ye badan2 
>kerajaan &
> > swasta  ni sanggup bayar ratus ribu utk hantar saya & lain2 ke US ? Dah
> > terlebih duit ke ? Walau bagaimana pun kita ikut la pepatah melayu, jauh
> > perjalanan luas pengalaman...yg ni mmg kelebihan pada kita yg grad dari 
>luar
> > negeri.
> >
> >  ----------
> > From: [EMAIL PROTECTED]
> > To: [EMAIL PROTECTED]
> > Subject: H-Net* Lulusan UK versus USA...
> > Date: Friday, February 11, 2000 10:23AM
> >
> > Assalamu'alaikum,
> >
> > Masa nak pilih university tiba lagi. Bagi yang nak
> > keluar negara, kat manakah yang paling baguih untuk
> > ditujui?
> >
> > Teman ada dengar, ada orang kata graduates dari UK lagi
> > berkemahiran dari graduates USA.  Sebab dia orang punya
> > exam lagi susah nak lulus. Tapi ada pula orang kata
> > graduates dari USA lebih flexible sebab sistem
> > pembelajaran dia lebih terbuka - ada banyak mata
> > pelajaran optional. Ada pula yang kata nak lulus
> > 1st degree, senang di USA, sukar di UK. Nak lulus
> > Master, senang di UK, susah di USA. Dari segi
> > penampilan diri pula, lulusan UK khabarnya sangat
> > formal sedangkan lulusan USA lebih relax dan bersahaja.
> > Betul ke tidak, wallahu'alam.
> >
> > Bagaimana pula dengan lulusan tempatan? Mungkin
> > ditengah2 antara UK dan USA.
> >
> > Khabarnya sekarang semua pelajar yang masuk University
> > diwajibkan menghadiri kursus di BTN untuk melahirkan
> > pelajar yang cintakan negara.  Baguihlah.  Generasi
> > teman dulu tak berkesempatan semua ini.  Tapi cinta
> > pada negara tak pernah terlondeh. Apa lagi kalau negara
> > ini jadi negara Islam tulin.
> >
> > Wassalam
> >
> > Selingan: Teman dikemukakan satu soalan, jawapan belum
> > dijumpai lagi (nampak macam soalan bodoh tapi tak
> > bodoh sangat): "Apasal bila nyamuk mati, badannya
> > terlentang?"
> >

______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Putra Sulong ." <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke