*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tuan/puan yang berbahagia,
Assalamualaikum

Izinkan saya mencelah tentang Rene Descartes.
Sejarah perjuangan beliau untuk fahaman sekuralisme dalam sains dan
psikologi di Barat perlu direnungi generasi muda sebagai perbandingan dengan
keluhuran sains dan psikologi yang ditonjolkan oleh pemikir Islam termasuk
al-Ghazali, Ibnu Khaldun dan Al-Qabisi.

Hakikatnya, karya al-Ghazali al-Munqidh min al-dalal menjadi rujukan utama
Descartes. Namun Descsrtes yang mengkaji karya al-Ghazali telah mentafsir
alam dan jiwa mengikut fahaman beliau sendiri. Beliau dengan halus
memisahkan sains dan metafizik, berbeza dengan al-Ghazali yang melihat sains
dan agama dalam kesepaduan ilmu dan akidah. Bahkan Descartes menyalahi
Gerbert, tokoh gereja yang berpegang kepada Iradat Ilahi dalam semua
peristiwa di alam semesta.

Descartes mengasas fahaman mekanisme yang  mengatakan memang Tuhan mencipta
alam tetapi selepas penciptaan Tuhan tidak terlibat lagi dengan urusan
perjalanan alam semesta, bahkan dibiarkan alam berjalan secara automatik
tanpa sebarang kawalan. Tujuan fahaman ini ialah untuk memisahkan sains dari
agama. Secara halus, beliau mempengaruhi generasi muda Barat agar memutuskan
peristiwa sebab dan akibat yang berpunca dari kudrat Ilahi.
Dengan fahaman mekanisme ini, mengikut Descartes, Tuhan tidak berperanan
lagi dalam peristiwa sebab dan akibat. Semuanya ditentukan sendiri oleh
manusia dan alam.

Ternyata fahaman Descartes tersebut, bercangggah dengan Tauhid Rubbubiyyah
yang menyatakan Tuhan mencipta, memelihara, menentu segala peristiwa yang
terjadi dalam alam semesta ini, tanpa suatu pun yang berlaku kecuali dengan
iradat dan ketentuan-Nya.

Berpunca daripada fahaman mekanisme, Barat melangkah lebih jauh kini dengan
pelbagai fahaman yang jauh menyimpang dari kebenaran termasuk sekularisme,
modernisme, dan pasca modernisme yang akhirnya menfikan sama sekali
kewujudan Tuhan.

Alangkah indahnya, gagasan sains dan psikologi Islam menjadi gagasan dalam
pembentukan acuan falsafah pendidikan negara ke arah merealisasikan
kelahiran generasi yang mempunyai kesepaduan iman, intelek, etika dan
pemikiran saintifik. Islam mempunyai segala khazanah ilmu yang pernah
dikembangkan dalam  tamadun manusia yang bersumberkan  warisan Islam yang
sahih.

Sekadar pandangan.


----- Original Message -----
From: cikgunik <[EMAIL PROTECTED]>
To: <[EMAIL PROTECTED]>
Cc: <[EMAIL PROTECTED]>; <[EMAIL PROTECTED]>; <[EMAIL PROTECTED]>
Sent: Tuesday, February 15, 2000 1:15 AM
Subject: H-Net* Pengantar Psikologi (05)


>
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Bismillahir Rahmaanir Rahiim
> Assalaamu`alaikum wa Rahmatullahi wa Barakaatuh
>
> (Selamat bertemu kembali. maaf lewat..ada masalah sedikit.....siri (04b)
> tak ada terus kepada (05)nanti ada yang tanya pula...)
>
> Dalam siri yang lepas kita telah melihat peranan pemikiran plato dan
> Aristotle dalam psikologi. kali ini kita akan lihat pula perkembangan yang
> seterusnya.
>
> 2. Rene Descartes
>
> (saya ringkaskan jadi RD)
>
> Rd hidup antara tahun 1596-1650,beliau lebih dikenali sebagai "bapa
> psikologi saintifik" (kenapa?) Kerana beliau telah menggunakan unsur-unsur
> sains atau konsep sains untuk menjelaskan psikologi. Antara pandangan
> beliau ialah manusia dapat dibahagikan kepada dua bahagian jiwa dan jasad.
> Beliau mengatakan bahawa tubuh manusia ini adalah sistem fizikal yang
> bergerak secara autonomik (secara auotomatik). pergerakan badan kita
adalah
> refleks(gerak balas) terhadap rang sangan luaran.
>
> ( misalnya kalau kita sejuk laa..kita akan mengecilkan badan,
> bergelulung.....payah nak bangun. Saya masih ingat,TG Nik Aziz pernah
dalam
> satu kuliahnya kata, sebenaarnya konsep automatik kabur... kita kata lampu
> (contoh lampu brek ketiga)nyala secara automatik (sendiri) sebenarnya ada
> arahan tertentu. Begitu juga tubuh kita, ada arahan melalui sistem
> saraf...tapi sebenarnya begini kalau kita boleh beri sebab, kita akan kata
> bukan automatik...tapi kalu kita tak boleh beri alasan kita kata bergerak
> sendiri......jadi kalau RD kata automatik ...kira betullah sebab dia tak
> dapat menjelaskan secara detail..............andaian saja)
>
> RD menjelaskan lagi, bahawa beza antara manusia dan dan haiwan ialah jiwa
> dan akal. Jiwa tak ada apa-apa , ia cuma tempat menyimpan buah fikiran.
> .dan buah fikiran ini telah sedia ada sejak kita dilahirkan.
>
> (konsep perbezaan maanusia-haiwan ini saya rasa kurang tepatlah...cuba
> rujuk balik ayat al-quran perbezaan antara manusia-binatang dalam siri
yang
> ke-04a...dari sudut sains dan psikologi betullah itu titik bezanya....tapi
> di sisi Allah Taala yang sebenarnya..titik beza ialah yang inkar atau tak
> dengar seruan...sebagai muslim konsep ini kena dimasukkan juga dalam
> pengajian psikologi..barulah ada unsur aqidah......satu lagi pernah
seorang
> ustaz mengatakan haiwan tak ada akal, buktinya lembu yang makan rumput
> berabad-abad yang lepas tak pernah terfikir untuk makan pizza pada alaf
> baru ini.....tapi manusia pula oleh kerana terlalu berakal sangguh isap
> dadah....untuk cepat mati,.....hai nak jawab macam mana (seksok) tak
> tahulah???)
>
>
> Atas dasar pendapat ini maka RD, telah mengeluarkan satu ungkapan yang
> sangat popular dalam ilmu falsafah iaitu,"corgito ergo sum" maksudnya "aku
> berfikir, maka aku ada", dalam psikologi ditafsirkan sebagai....tingkah
> laku dibentuk oleh akal dan bukan akaL ditentukan oleh tingkah laku.
> Misalnya kita berjalan sebab akal suruh kita berjalan, dan bukan arahan
> kaki kepada akal.
>
> (dalam ilmu tauhid ada juga ungkapan popular yang hampir sama iaitu,"
kenal
> diri sebelum kenal Allah")
>
> Kenyataan RD ini telah menjadi perdebatan ahli falsafah seperti Husserl
dan
> Sartre, mereka mengatakan " aku ada , sebab itu aku berfikir"
>
> (pulak dah...cari payah nak fikir belaka nih. Kalau kita bersetuju dengan
> Rd, kita akan kata lembu ada tapi tak berfikir pun. Tapi kalau sebaliknya,
> kita akan berhujah .. kalau kamu tak wujud nak fikir macam
ana???.....( gi
> mari,gi mari) lebih kurang sama saja, bagi kita orang awam nih tak payah
> fikir sangatlah, nanti pening tak pasal-pasal, kecualilah ia boleh
> mendekatlan diri kita kepada Allah...kena fikir)
>
> Walau apa pun, Rd telah berjaya mengabungkan kedua-dua fahaman Plato dan
> Aristotle, dan berjawa memisahkan psikologi daripada falsafah spekulatif
> (guna andaian saja)
>
> (Terima kasih kepada RD, adalah juga sumbangan ilmu untuk kita. Sebenarnya
> ada satu cerita menarik tentang RD. Asal usul dia boleh mengeluarkan
> pandangannya. pada suatu hari Dia telah memasuki sebuah taman, semasa
> berjalan-jalan dia telah melihat satu kolam air pancut, iaitu air itu
> digerakkan oleh satu sistem(alat). Jadi dia pun terfikirlah tentang
> manusia,..tubuh kita digekkan oleh satu alat iaitu akal.)
>
> akan datang : .....................tunggu sajalah (isu sama lagi)
>
> nota : seksok ialah lohgat kelantan maksudnya Hari Esok (Akhirat)
>
> *****************************************
> Tazkirah : Adakah kita telah membuat sau amalan(ibadat) sunat, sedikit pun
> tak apa asal berterusan....seperti puasa sunat dua kali seminggu
> sekurang-kurangnya, tahajuud sakali seminggu sekurang-kurangnya......kalau
> belum......dengan segala hormatnya anda dijemput untuk melaksanakannya.
>
>
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: "cikgunik" <[EMAIL PROTECTED]>
>


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "M Rofa Ismail" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke