*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
salam,

dlm tuan membawa ayat quran dan hadith menceritakan tntg berita gembira, lidah
tuan juga tidak lekang mencela apa yg tuan sebut sebagai wahabi.

sebenarnya hujah2 dr fikiran tuan tu pernah diangan-angankan oleh arqam pada 1
masa dulu.

tidak salah memgharapkan & melayakkan diri menjadi pendukung2 pemuda bani
tamim, tetapi, syarat2 & ciri2nya hendaklah dipenuhi. 

ketahuilah, segala hujah hendaklah didasari dgn syariat - alquran & sunnah,
ijma' & qias oleh para imam mujtahid, yg lainnya adalah hawa nafsu, teka2,
andaian2, agak2,menduga-duga, akal fikiran, lamunan & mimpi.



"arjuna armada" <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> Pemuda Bani Tamim (22)
> 
> Assalamualaikum,
> 
> Pemuda Bani Tamim- Mengapa TIMUR Nusantara menjadi pilihan?
> 
> Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan masa (kejayaan/kekuasaan dan 
> kehancuran) itu Kami pergilirkan di antara manusia (sebagai 
> iktibar/pengajaran)" (Ali Imran: 140)
> Sabda Rasulullah SAW: "Akan terjadi di akhir zaman Islam muncul dari bumi 
> sebelah Timur." (tersebut di dalam Kitab Sababul Inhithat Al Muslimin oleh 
> Sayid Hasan Ali An Nadwi)
> Berdasarkan ayat di atas, jelas bahawa Allah menggilirkan kejayaan dan 
> kejatuhan suatu bangsa dari dulu hingga kini.
> As Syahid Hasan Al Banna pernah mengatakan; "Kepemimpinan dunia dipegang 
> secara bergilir oleh orang dari Timur dan orang Barat."
> Sejarah telah membuktikan, kejayaan sesuatu bangsa dipergilirkan antara 
> Timur dan Barat, bermula dari bangsa Qibti (Timur), bangsa Yunani (Barat), 
> bangsa Farsi (Timur), Bangsa Romawi (Barat), kemudian bangsa Arab (Timur), 
> dan kini Amerika (Barat) yang sedang menurun pengaruh kekuasaannya hari demi

> hari. Jika diikuti susunan timur-barat ini, giliran bangsa yang bakal 
> menguasai dunia kini adalah bangsa dari Timur.
> Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Rom dikalahkan oleh Farsi di tanah 
> jajahannya dan mereka (Rom) selepas itu akan mengalahkan Farsi di beberapa 
> tahun kemudian. Sama ada sebelum atau selepas, semuanya dalam urusan (jadual

> ) ALLAH. Ketika (Rom mengalahkan Farsi) orang Mukmin bergembira dengan 
> pertolongan ALLAH itu. (Ar Rum: 2-4)
> Waktu wahyu ini turun, Rom dan Farsi adalah dua empayar yang menguasai 
> dunia. Waktu itu masing-masing atas nama kristian dan majusi. Tetapi Allah 
> SWT mengkhabarkan kepada orang mukmin tentang jadual di mana keduanya akan 
> kalah-mengalahkan, yang akhirnya tinggal Rom berkuasa dengan pertolongan 
> Allah SWT jua. Apabila peristiwa itu benar-benar berlaku orang Mukmin 
> bergembira kerana tepat Jadual Allah SWT itu. Mereka yakin dengan 
> pertolongan Allah itu juga kedua-dua empayar besar itu akan jatuh tersungkur

> kepada umat Islam. Demikianlah Allah SWT mempergilirkan kuasa mengendalikan

> dunia kepada bangsa-bangsa.
> Di dunia ini secara umum orang mengenal ada dua Timur, iaitu Timur Tengah 
> dan Timur jauh. Timur tengah sudah pernah mencapai kejayaannya yang dibawa 
> oleh bangsa Arab dengan Islam. Sedangkan Timur jauh belum pernah sama sekali

> mendapat giliran memimpin dunia. Sehingga tidak keterlaluan jika saya 
> meyakini bahawa Timur yang dimaksudkan oleh hadis tersebut adalah Timur 
> jauh. Lebih tepatnya gugusan kepulauan Melayu (Nusantara) khususnya 
> Malaysia.
> Pada realitinya, pengamalan Islam yang paling menonjol dan meriah terdapat 
> di Malaysia, diikuti di Indonesia. Oleh kerana Indonesia menerima serangan 
> kristian yang dahsyat, kini Malaysia mendahului kebangkitan Islam tersebut.

> Lihatlah di negara-negara lain di sebelah Timur ini jika kedapatan Islam 
> seumpama di Malaysia.
> Saya perkatakan perkara ini di sudut kesedaran dan pengamalan Islam di 
> Malaysia, bukan di sudut pemerintahan yang sekuular. Kebangkitan Islam di 
> Malaysia dipelopori oleh gerakan dakwah, bukan oleh parti-parti politik. 
> Kesedaran, kefahaman, penghayatan dan amalan Islam berlaku secara aman 
> menembusi setiap lapisan masyarakat. Sistem-sistem hidup secara Islam yang 
> telah dibina oleh badan-badan dakwah menjadi amalan masyarakat. Pengaruh 
> inni berterusan sehingga mampu menukar Malaysia ke wajah Islam yang total.
> Parti politik Isla telah wujud lebih awal sedangkan badan-badan dakwah mula

> aktif dipenghujung 60'an. namun hasil perjuangan badan dakwah lebih menonjol

> berbanding parti politik. Hatta beberapa "kemenangan" yang diperolehi oleh 
> parti politik itu juga hasil kesedaran masyarakat kesedaran Islam yang 
> digembur subur oleh gerakan dakwah. Tidak perlu disenaraipanjangkan apakah 
> bentuk kesedaran dan pengamalan tersebut kerana ia sedang berlaku di hadapan

> mata kita.
> Ya, memang kita lihat sekarang ini paling menonjol kebangkitan Islam itu 
> ialah di Malaysia, negara kita yang tercinta ini. Kemudian diiringi 
> kebangkitan itu oleh Indonesia, Thailand, Singapura dan Brunei. Orang Timur

> sedang sibuk mengamalkan syariat Islam di waktu bangsa-bangsa lain sekalipun

> orang Arab sedang lemah sekali.
> Saudara-saudari sekalian,
> Janganlah kita terkejut kalau saya katakan barangkali Pemuda Bani Tamim itu

> sudah lahir. Sebab kebangkitan yang begini menonjol tentunya ditangani oleh

> seorang yang bukan sebarang orang. Orang yang Allah dan Rasul sendiri 
> menunjukinya. Tentu pula saudara-saudari tertanya-tanya apa logiknya Pemuda

> bangsa Arab itu ada di Timur? Pada saya begini:
> Kaum keluarga Rasulullah SAW memang asalnya berada di Tanah Arab sana. 
> Tegasnya, mereka ramai berada di Makkah. Tetapi bukankah lebih kurang 100 
> tahun yang lalu, Makkah telah diserang oleh puak wahabi dari kalangan puak 
> badawi? Puak itu kerana mahu melenyapkan mazhab-mazhab dalam Islam telah 
> membinasakan pengamal-pengamal mazhab yang menguasai Makkah waktu itu. Maka

> yang sempat lari, larilah orang-orang Arab ini terutama mereka dari 
> keturunan Bani Hasyim ke merata-rata tempat khususnya di Timur terutamanya 
> di Tanah Jawa, Indonesia. Dan mereka terpaksa menyembunyikan keturunan 
> mereka, kerana takut diburu oleh puak-puak wahabi, musuh Islam yang 
> merosakkan Islam atas nama Islam itu. (Inilah yang Rasulullah SAW maksudkan

> dalam Hadisnya, keluarganya ditimpa kebinasaan). Itupun jejak mereka masih 
> diburu.
> Apakah saudara-saudari tidak terfikir bahawa usaha-usaha untuk 
> mengkristiankan dan mengwahabikan Indonesia secara serius itu adalah usaha 
> yang halus tajaan Yahudi dan nasrani untuk membunuh kebangkitan Islam yang 
> mungkin terjadi di sana? Malaysia seperti tidak dipedulikan sangat oleh puak

> wahabi dan kristian itu kerana bangsa Malaysia bukan bangsa pejuang. Lagipun

> negara Malaysia dilihat tidak begitu berpotensi untuk kebangkitan itu. 
> Kerana negara ini adalah anak emas penjajah.
> Maka dalam keadaan itulah putera-putera Arab dan Jawa itu berhijrah ke Tanah

> Melayu. Membawa bersamanya perjuangan Islam yang disembunyikan. Yang 
> diperturunkan pula pada generasi anak cucunya. (Menurut seorang netters, 
> Tanah Melayu bermaksud tanah orang pelarian dalam bahasa Jawa)
> Maka Allah SWT telah mentaqdirkan Malaysia sebagai tapak kebangkitan Islam 
> di Timur seperti yang disabdakan. Mana tahu kalau salah seorang dari Bani 
> Tamim itu, pindah ke Malaysia, berkahwin campur dengan orang-orang tempatan,

> kemudian melahirkan anak lelaki yang masih berdarah Quraisy itu. Sekalipun 
> rupa lahirnya tidak lagi Arab yang tulen. Ini sama sekali tidak mustahil. 
> Yang penting ialah watak dan hasil perjuangannya.
> Maka toiffah yang dipimpin dan diperjuangkan itu hampir mencapai 
> kesempurnaan (menerima kekuasaan di Timur) apabila telah mencukupi 
> syarat-syaratnya. Bagi saya mereka sedang berada di fasa ke-3 perjuangan dan

> telah hampir ke fasa ke-4 iaitu mendapat kuasa pemerintahan.
> Memang saya sedar dan ramai lagi umat Islam terutama ulama-ulama Arab 
> mengira bahawa kebangkitan Islam di Khurasan itu dipelopori oleh bangsa Iran

> atau Iraq atau lain-lain bangsa Arab di negara Arab. Tetapi ternyata bahawa

> revolusi Islam Iran sudah tamat riwayatnya. Khomeini pergi sebelum Imam 
> Mahdinya keluar dari persembunyiannya. Iran kembali menjadi negara yang 
> tidak Islamik masyarakatnya. Iraq juga kelihatan tampil sekejap untuk 
> memukau dunia. Tetapi cuma seketika, Iraq hancur lebur kemudiannya oleh 
> bom-bom Amerika dan sekutu-sekutunya.
> Mana ada lagi negara Arab yang nampak berpotensi waktu ini? Yang pasti 
> Malaysia sedang mengepalai semua dalam usaha mengIslamkan masyarakatnya. 
> Sebab itulah saya cukup yakin bahawa negara Timur yang dikatakan oleh 
> baginda Rasul itu ialah Malaysia. Panji-Panji Hitam itu pun jangan-jangan 
> dari Malaysia. Dan mana tahu Pemuda Bani Tamim  itu juga orang Arab yang 
> dilahirkan di Malaysia? Pun tidak mustahil bahawa pemimpin itu juga akan 
> membawa panji-panjinya ke Khurasan.
> Dan moga-moga Negara Islam mirip salafussoleh yang akan mula-mula tampil di

> dunia di akhir zaman ini adalah Malaysia. Ya, dengan kuasa Allah yang 
> terlalu Maha KuasaNya, moga-moga juga Malaysialah yang diserahkan kuasanya 
> oleh Pemuda Bani Tamim kepada Imam Mahdi (seperti yang digambarkan di dalam

> Hadis).
> Marilah kita berdoa agar perkara ini benar-benar menjadi kenyataan. Allah 
> SWT boleh berbuat apa saja- "Kun faya kun". Bukankah Allah sendiri yang 
> telah melepaskan Uzbekistan dan lain-lain negara dari jajahan komunis tanpa

> campurtangan sesiapa? Sedangkan negara-negara itu sudah tujuh puluh empat 
> tahun digenggam erat oleh komunis. Bukankah terjadinya krisis di dalam UMNO

> dan parti-parti politik yang sedang berlaku kini juga taqdir yang pasti 
> berlaku? Sekalipun tiada siapa memintanya. Moga-moga dengan janji-janji itu

> pun, akan menjadi nyata di bumi yang bertuah ini!
> 
> Akan datang: UMNO pasti hancur binasa, siapa penggantinya?
> 
> Salam kasih sayang umat Islam sejagat,
> 
> Wassalam,
> 
> Arjuna Armada
> 
> 
> ______________________________________________________
> Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com


____________________________________________________________________
Get your own FREE, personal Netscape WebMail account today at 
http://webmail.netscape.com.

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: ibnu muhajir <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke