PENDAFTARAN ANAK DAN ANAK ANGKAT TANPA PERLU BIN ATAU BINTI

 

ALOR SETAR, 2 Mac (Bernama) -- Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak lagi mensyaratkan "bin" atau "binti" dimasukkan sebagai nama anak dalam pendaftaran untuk sijil kelahiran anak atau sijil pengambilan anak angkat.

Ketua Pengarahnya, Datuk Azizan Ayob hari ini berkata langkah itu dimulakan awal bulan lepas sebagai percubaan bagi mengatasi masalah yang timbul terutamanya berkaitan pengambilan anak angkat.

Bagaimanapun beliau berkata "bin" dan "binti" masih boleh dimasukkan sebagai nama anak bagi sijil kelahiran tetapi tidak diterima lagi untuk pendaftaran bagi sijil pengangkatan.

"Setakat ini kita tidak mempunyai sebarang bantahan tentang pendaftaran dengan cara itu," katanya selepas majlis penyampaian hadiah "bayi milineum" Kedah oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Chor Chee Heung, di sini.

Azizan berkata melalui sistem itu nama seperti "Nurnazilie binti Nazri" ataupun "Irzan bin Nazri" hanya perlu dica! tat sebagai "Nurnazilie Nazri" atau "Irzan Nazri" sahaja.

Beliau berkata, sistem itu juga diperkenalkan bagi menggalakkan orang ramai mendaftar pengambilan anak angkat mengikut kehendak undang-undang kerana masih ramai yang tidak berbuat demikian.

Sementara itu, Chor dalam sidang medianya berkata ibu bapa angkat yang sebelum ini memberi maklumat palsu hendaklah membuat pendaftaran baru manakala yang belum mendaftar hendaklah berbuat demikian mulai sekarang.

"Kerajaan memberi peluang dan berjanji tidak akan mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap mereka yang mendaftar semula dan mereka yang baru membuat pendaftaran," katanya.

Pendafaran anak angkat boleh dibuat melalui Akta Pengangkatan 1952 (Akta 257) melalui proses mahkamah atau Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 (Akta 253) melalui proses pendaftaran biasa.

Katanya sijil pengangkatan akan dikeluarkan bagi menggantikan sijil kelahiran, yang akan disimpan oleh JPN, dan boleh di! gunakan bagi sebarang urusan rasmi.

"Perbuatan ibu bapa angkat yang membuat pengakuan palsu dengan mendaftarkan anak angkat sebagai anak sendiri bukan sahaja salah dari segi undang-undang tetapi juga menyusahkan apabila keadaan sebenar diketahui anak itu," katanya.

Beliau berkata walaupun bilangan kes seperti itu yang dikesan hanya 10-20 kes setahun, implikasinya cukup besar dan kompleks manakala bilangan yang tidak membuat sebarang pendaftaran langsung masih ramai.

-- BERNAMA


COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM

Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

Kirim email ke