*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu'alaikum ...

Apa pandangan warga hizbi sekelian .... apa hukuman yang patut kita berikan 
kepada isteri yang macam ni??? ...(ada kawan yang e-mailkan kepada saya ...)

Kesetiaan Isteriku Teruji
Suami, K.Lumpur - 28 Feb 2000

Kami mendirikan rumahtangga dua tahun yang lalu. Sehingga kini kami belum 
dikurniakan cahaya mata. Isteriku belum bersedia menerima kehadiran cahaya 
mata kami. Alasannya kami perlu enjoy dulu sebelum kehadiran orang ketiga ( 
anak ).Dalam pada itu, isteriku mempunyai hobi bagi mengisi masa lapang 
tersendiri. Dia suka melayari internet terutamanya ketika ketiadaan aku di 
rumah. Disamping itu dia juga suka bermain chatting. Kekadang rasa cemburu 
menyelinap juga di hatiku.

Pada satu waktu ( malam ) ketika isteriku sedang berchatting aku mencuri 
pandang ke arah monitor dan mengingati nickname yang digunakannya. Kemudian 
aku memberitahu yang aku ingin keluar
berjumpa teman sebentar. Padahal aku pergi ke cc berhampiran rumah kami. Di 
sana aku cuba mendapatkan isteriku melalui channel mamak. Aku merahsiakan 
identitiku yang sebenar. Aku berjaya mendapatkannnya. Kami bertukar-tukar 
email.Semenjak daripada itu kami berinteraksi melalui
email dengan menggunakan identiti palsu. Hampir empat bulan hubungan kami 
berinteraksi melalui email. Sepanjang waktu itu, isteriku tidak pernah 
mengatakan bahawa dia sudah pun bersuami sebaliknya bila ditanya dia 
menafikan.

Akhirnya aku bertindak untuk memancing isteriku. Dalam pada itu, kami
telah menjalin hubungan cinta melalui email.
Fhoto yang ku kirimkan melalui email juga bukanlah fhoto asalku. Aku
menggunakan fhoto temanku. Sebaliknya fhoto yang ku terima daripada isteriku 
adalah fhoto asal. Boleh dikatakan tidak kurang daripada tiga kali dalam 
satu hari kami berinteraksi melalui email. Pada satu hari aku dijemput 
menghadiri satu seminar tajaan majikan aku di Johor Bharu.Aku memberitahu 
isteriku bahawa aku akan berada di Johor Bharu untuk selama tiga hari kerana 
menyertai seminar tersebut. Pada waktu yang sama melalui email aku mengajak 
isteriku yang juga kekasihku mengadakan temu janji.Dia menerima pelawaanku 
dengan senang hati. Segala-galanya telah pun aku aturkan terlebih dahulu. 
Aku meminta
dia menunggu kedatangan ku di sebuah hotel empat bintang di Kuala Lumpur. 
Melalui temanku secretary, aku meminta temanku menyampaikan pesanan padanya 
melalui talifon tangan bahawa ketibaan ku daripada Brunei Darul-Salam agak 
lewat 5 jam. Temanku menyarankan agar isteriku membantuku membuat tempahan 
bilik di hotel tersebut. Isteriku bersetuju.Kira-kira pada jam 11.15 malam 
aku bersama temanku menuju ke hotel tersebut.Seperti yang dirancangkan 
temanku bertindak sebagai aku dan menemuinya di ruangan legar hotel 
tersebut.Daripada satu sudut aku memerhatikan gerak-geri mereka. Temanku 
berjaya memainkan peranan sebagai aku. Perbualan mereka di lobbi hotel 
seterusnya ke restaurant
hotel tersebut berlangsung selama kira-kira dua jam. Dalam pertemuan
tersebut,temanku meminta agar isteriku menanti di kamar hotel kerana ada 
satu tugas yang perlu diselesaikan pada malam itu juga. Isteriku bersetuju. 
Selesai pertemuan tersebut isteriku dan temanku berpisah. Isteriku menuju ke 
kamar dan temanku menuju ke arah aku. Selesai tugas oleh temanku dia pun 
pulang ke rumah. Sekarang tibalah giliran aku memainkan perananku. Aku 
memasuki kamar isteriku pada jam 4 pagi. Aku sudah bertawakkal pada waktu 
itu. Apa akan berlaku,berlakulah. Aku dapati isteriku sedang nyenyak tidur 
diulit mimpi indah. Tubuhnya dibaluti selimut tebal. Dia tidak menyedari 
akan kehadiranku waktu itu.Perlahan-lahan aku memadamkan lampu tidur di 
kamar tersebut. Kini,
keadaan kamar tersebut kini gelap gelita.Aku mendekati isteriku dan 
berbaring di sisi. Alangkah terkilannya aku pada waktu itu apabila aku 
dapati isteriku berpakaian yang amat menggairahkan. Dalam kegelapan aku 
termenung sejenak.Akhirnya penantiannya berakhir apabila dia mendapati 
kekasihnya berada di sisi. Dengan menggunakan wangian yang
sama seperti temanku mungkin  dia tidak dapat mengesan bahawa insan 
disisinya adalah aku. Aku terus memainkan peranan dan mendapat respon
yang baik sekali daripada isteriku. Aku tidak mengeluarkan suara
sebaliknya aku lebih menumpukan pada tindakan ku.Maka hubungan sulit antara 
aku dan isteriku berlangsung pada pagi itu.Dia memuji kehebatan aku. Setelah 
tamat permainan kami yang berlangsung hampir dua jam.......aku pun 
menghidupkan lampu. Alangkah terkejut dan terpinga-pinga dia bahawa apa yang 
berlaku tadi adalah antara aku dan dia. Mulutnya terkunci tak terkata apa. 
Pucat, menggigil dan sebagainya. Tetapi aku cool. Aku tak cakap banyak 
sebaliknya aku tidur kerana aku sendiri pun keletihan...Sehingga hari ini 
aku tidak memberi sebarang komen atas apa yang berlaku.Aku tidak mahu 
menjelaskan apa-apa.Aku membiarkan keadaan dan peristiwa itu berlalu begitu 
sahaja.Sesungguhnya dia masih isteriku.

Suami.
______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "mohd adam" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke