*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Benarkah PAS sebagai pemecah belah perpaduan orang-orang melayu ?
Banyak juga ceramah PAS yang saya hadir.....tetapi secara
amnya......ia cuma mengajak manusia berfikir secara waras dengan
soalan "adakah ini betul ? adakah ini salah ? adakah ini memenuhi
tuntutan syariat islam ? Adakah usaha yang dijalankan sekarang
mengajak manusia ke jalan yang lurus ? "

Kalau kembali pada 1420 tahun lepas, benda ni jugaklah yang Nabi
Muhammad S.A.W bawa. Dia mengajak masyarakat Quraish berfikir
dengan menggunakan akal fikiran yang sihat disamping dalil-dalil
yang ditunjukkan oleh Nabi kepada mereka. Apabila ada segolongan
manusia berjaya menggunakan akal fikiran tersebut .....maka
nampaklah segala kebatilan yang dilakukan oleh masyarakat Quraish
selama ini seperti berzina, berjudi, mengamalkan riba, rasuah,
merampas hak orang yang lemah, minum arak, menipu, merompak dan
sebagainya. Sebelum datangnya islam, semua benda maksiat ni
adalah perkara biasa sahaja (normal practice)...orang semuanya
bertenang .....maknanya semua orang dalam masyarakat Quraish
boleh 'tidur sekatil dan makan satu pinggan'. Tetapi selepas
kedatangan islam....maka bangunlah satu golongan yang menentang
tindak-tanduk dan amalan masyarakat jahiliah
Quraisy...orang-orang Quraish tidak lagi boleh 'tidur sebantal
dan makan satu pinggan'. Orang-orang Quraish telah menjadi dua
golongan yang pada asalnya ...yang ada hanya satu golongan. Orang
islam menentang amalan jahiliah masyrakat Quraish dengan
berdakwah dan mengajak mereka yang jahil itu kenali islam dan
seterusnya masuk islam secara total. Apabila suatu ketika
....suasana diMekah.... penyiksaan, pemulauan, putus tali
persaudaraan dan sebagainya berleluasa menyebabkan seorang anak
muda mengambil keputusan untuk menamatkan riwayat Nabi Muhammad
S.A.W. Umar Al-Khattab (sebelum keislaman beliau) menuduh Nabi
Muhammad lah yang menjadi faktor utama masyarakat Quraish
berpecah belah......... kerana sebelum datangnya dakwah Nabi
Muhammad ......tiada siapa yang melarang orang minum arak, tiada
orang yang melarang melakukan zina, tiada orang yang melarang
judi, tiada orang yang melarang riba, tiada orang yang melarang
itu dan ini dan seterusnya.

Oleh itu....sekiranya kita boleh dan berjaya menggunakan akal
fikiran yang sihat dan waras ini......rasanya..... kita boleh
nampak yang PAS juga mengajak rakyat Malaysia meninggalkan
perbuatan seperti apa yang dilarang oleh Nabi Muhammad S.A.W.
kepada masyarakat jahiliah Quraish 1420 tahun dulu.

Sekiranya PAS dituduh pemecah-belah perpaduan masyarakat Malaysia
terutamanya kaum melayu hanya kerana mengajak masyarakat
meninggalkan perkara yang mungkar.....maka wajarkah kita menuduh
Nabi Muhammad S.A.W yang menjadi faktor utama perpecahan
dikalangan masyarakat ? Perlu diingat Nabi Muhammad S.A.W hanya
menjalankan perintah Allah dengan menyeru manusia meninggalkan
perkara yang mungkar ....DAN PAS hanya meneruskan dakwah yang
dibawa oleh Nabi Muhammad kepada manusia dibumi Malaysia
ini......



sekian



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "HABIBUL" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke