*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Subject:  Fw: Inikah balasan kau pada mak..???



>-Diceritakan oleh Ustaz Mohamad Din Yusoh
>Utas Travel and Tours Sdn.Bhd.
>
>Beberapa hari selepas kami berada di Mekah,saya mula terdengar
>cerita-cerita
>daripada jemaah yang saya bawa tentang
>hubungan dingin antara seorang ibu dengan anak lelaki dan menantunya.Si
ibu
>berusia 60-an sementara anak dan
>menantunya akhir 30-an.Mereka bertiga ialah antara beberapa ratus jemaah
>yang saya bawa untuk mengerjakan haji
>beberapa tahun lalu.
>
>Saya diberitahu,hubungan dingin itu sebenarnya bermula sejak di Malaysia
>lagi kerana wanita berkenaan kurang senang
>dengan perangai menantunya yang sombong dan mengongkong suami.Kerana hidup
>dalam kemewahan,menantunya itu tidak
>menghormati wanita berkenaan selayaknya sebagai mentua,apatah lagi seperti
>ibunya sendiri.
>
>Seperkara lain yang wanita itu benar-benar kecewa ialah biarpun anaknya
itu
>ahli perniagaan berjaya,tetapi apabila
>berhadapan dengan isteri,dia jarang membantah,apa lagi mengangkat
suara.Apa
>sahaja kehendak isteri diturutkan
>walaupun kadangkala menyinggung perasaan ibu dan keluarganya.
>
>Walaupun telah bertahun-tahun mendirikan rumahtangga,wanita tersebut kesal
>kerana anak dan menantunya itu amat
>jarang balik ke kampung.Apatah lagi hendak tidur disana.Kalau singgah pun
>menantunya tidak mahu berada lama di
>rumahnya.Pelbagai alasan diberi supaya mereka cepat berangkat pulang.
>
>Si ibu tadi telah menasihatkan anaknya supaya menegur sikap buruk
isterinya
>itu,tetapi ia seperti tidak dilayan.
>Menantunya terus bongkak dan sombong.Si ibu juga mengingatkan anaknya
>jangan
>terlalu menurut kehendak isteri,
>namun dari sehari ker sehari,anaknya itu tetap mengikut telunjuk
isterinya.
>
>Saya dimaklumkan juga ,wanita tersebut berkecil hati kerana menantunya
>tidak
>senang dengan kehadirannya di Mekah.
>Kalau boleh dia mahu pergi ke tanah suci bersama suaminya sahaja tetapi
>kerana lelaki berkenaan berkeras juga
>hendak membawa ibunya sekali, dia terpaksa mengalah, namun dengan bibir
>yang
>memuncung panjang dan kata-kata sinis
>serta sindiran tajam.Kerana itulah sejak sampai ke Madinah dan Mekah
>hubungan dingin itu menjadi semakin parah.
>
>Kerana mereka tinggal sebilik, si anak dapat melihat sendiri di depan
>matanya hubungan buruk antara ibu dengan
>isterinya.Pada mulanya dia tidak mengendahkan sangat kerana kedua-duanya
>orang yang dia sayang.Tambahan pula dialah
>yang membayar semua perbelanjaan mereka bertiga untuk ke Mekah.
>
>Tetapi semakin hari perselisihan faham itu bertambah parah.Hubungan ibu
>lelaki tadi dengan isterinya semakin buruk.
>Bukan sekali mereka bertegang leher.Si ibu yang telah agak lanjut
>usianya,pastilah hendak supaya sentiasa dilayan
>hati dan perasaannya.Tetapi menantunya pula sombong dan panas baran.Dia
>tidak suka melayan kehendak mentuanya itu
>yang baginya cerewet.
>
>Akibat perselisihan faham,mereka tidak menegur sapa dan si ibu pula enggan
>memakan makanan yang dimasak oleh
>menantunya itu.Ini menyebabkan si anak tadi terpaksa membeli makanan
diluar
>untuk ibunya.
>
>"Macam mana isteri kau nih Man.Emak pun tak dihormatnya.Emak mintak tolong
>sikit dia membebel.Emak nak itu dia tak
>layan,nak ini,dia tak peduli," rungut si ibu kepada anaknya.
>
>"Abang tengok-tengoklah sikit emak abang tu.Cerewet.Nak itulah,nak
>inilah,macam-macam.Saya dah cakap jangan bawa
>abang nak bawa juga.Hah...sekarang macam mana?" kata si menantu pula
dengan
>suara yang kasar.
>
>Kedua-duanya memberikan alasan masing-masing hingga si anak berasa amat
>tertekan.Hendak dimenangkan ibunya, khuatir
>isteri bermasam muka.Hendak dimenangkan isteri,khuatir ibunya pula terasa
>hati.Jadi sedaya yang boleh dia cuba
>memekakkan telinga dan membutakan mata daripada pertelingkahan itu.
>
>Perbalahan mereka tiga beranak terbawa-bawa keluar.Apabila berjalan,duduk
>di
>meja makan atau bersiar-siar,masing-
>masing membawa arah sendiri.Akhirnya masalah itu dihidu oleh jemaah-jemaah
>lain.Mereka mula menjadi perhatian.
>Begitu juga saya.Pelbagai cerita yang saya dengar tentang mereka.
>
>Selepas lama berselisih faham,si anak sedikit demi sedikit menyebelahi
>isterinya.Bagi lelaki itu, ibunya yang
>bersalah kerana terlalu banyak meminta,cerewet dan terlalu ambil hati.
>
>"Orang tua, macam tulah yang," kata lelaki itu memujuk isterinya.
>
>Suatu hari, si ibu memanggil anaknya."Man, boleh tak kau belikan sejadah
>untuk emak? Di kedai bawah tu aja,"katanya.
>"Emak nak berapa?"soal anaknya.
>"Dalam 10 helai."
>"Eh,nak buat apa banyak-banyak?"soal si anak lagi.
>"Alaaah....nak buat kenangan,lebih tuh nak kasi pada kawan-kawan dan orang
>kampung.Dapat juga pahala, kau pun dapat
>pahala sama," kata si ibu dengan tersenyum.
>
>Mendengar permintaan mentuanya itu,isteri si anak menarik muka
>masam.Matanya
>merenung tajam wajah suaminya sebagai
>isyarat "jangan layan!" Kemudian mukanya ditoleh ke arah lain.Ekoran itu
>,si
>anak yang pada mulanya mahu menuruti
>permintaan ibunya,kembali ke tempat duduk.
>
>"Tak bolehlah mak.Saya penatlah.Nantilah bila nak balik nanti saya
>belikan,"
>jawab si anak.
>
>Tetapi kata-kata itu menyebabkan ibunya berkecil hati.Dia kecewa anak
>kesayangannya itu sanggup mengetepikan
>permintaannya, sebaliknya menurut saja apa kata isteri.Lantas dia
>berkata,"Kau nih Man,emak nak benda tu pun tak
>boleh beri.Tapi kalau orang rumah kau,dah sampai penuh begnya pun kau nak
>belikan barang lagi.Emak ni kau belikan
>sedikit aja.Sampai hati kau Man."
>
>Sepatutnya kata-kata ibu tadi diterima dengan keinsafan tetapi tanpa
>disangka anaknya naik berang.Dengan meninggikan
>suara, dia memarahi ibunya.
>
>"Emak ni!Apa mak nak buat dengan barang-barang tu?Mak kan dah tua,buat apa
>nak beli itu beli ni.Isteri saya adalah
>sebab saya beri macam-macam,sampai penuh beg.Saya ada anak.Saya nak
belikan
>barang-barang untuk anak kami juga!"
>katanya dengan muka masam mencuka.Dadanya turun naik menahan
>marah.Isterinya
>pula tersenyum puas.
>
>Si ibu terkejut, lantas berkata, "Sampai hati kau cakap macam tu dengan
>emak.Aku ni emak kau,tak boleh kau tengking
>herdik.Kalau sayang bini pun janganlah sampai emak sendiri engkau
>ketepikan,engkau marah-marah,"katanya dengan
>kecewa.
>
>Si anak bertambah berang."Emak tu dah tua,buatlah cara tua!Jangan nak
minta
>itu minta ini!"
>
>Ibunya makin terkilan.Hatinya begitu hancur apabila anak yang
dipeliharanya
>sejak kecil dengan penuh kasih sayang
>sanggup mengherdiknya sebegitu rupa.Tindakan anaknya yang sudah melampau
>itu
>menyebabkan si ibu marah.
>
>Sambil merenung tajam wajah anaknya, si ibu berkata, "Man, Aku ni emak kau
>tau.Aku yang lahirkan engkau.Bila masa
>isteri engkau beranakkan kau? Bila masa dia besarkan kau?
>
>"Ingat Man,emaklah yang susah payah jaga kau, cari duit nak besarkan
>kau,hantar ke sekolah sampai kau berjaya
>sekarang.Tapi bila dah berjaya kau buat emak macam ni.Isteri kau lebihkan
>daripada emak kau sendiri.Dengan isteri
>kau cakap dengan baik tapi emak kau sendiri kau tengking-tengking."
>
>Dan dengan suara tegas si ibu tadi menyambung, "Kalau beginilah sikap
>engkau
>Man, mulai hari ini emak haramkan susu
>emak yang dulunya kau minum!"
>
>Takdir Allah, serentak dengan kata-kata si ibu tadi,anaknya terus jatuh
>terjelepok ke lantai.Bagai panahan petir,
>kata-kata tersebut seolah-olah "membunuh" si anak tadi serta-merta.Begitu
>cepat balasan Allah kepada hamba-Nya.
>Tanpa menoleh kepada anaknya yang terbaring di lantai,si ibu tadi bergegas
>keluar dari biliknya.Sambil berjalan
>dia mengesat air matanya yang menitis dengan lengan bajunya.Dia tidak
>menoleh ke belakang lagi.Sementara itu si anak
>pula terkulai dengan mata terkebil-kebil.Badannya longlai dan
>lembik.Isterinya pula menangis tersedu-sedu.
>
>Sejak itu kesihatan si anak mula terganggu.Badannya seperti sedang
>sakit,namun apabila diperiksa, doktor gagal
>mengesan apa puncanya.Bagaimanapun, bala yang menimpanya itu masih gagal
>menyedarkan si anak tadi.Dia dan isterinya
>tetap enggan bertegur sapa dengan ibunya.Apa yang telah menimpanya
langsung
>tidak diambil iktibar.Bagi lelaki
>berkenaan, apa yang berlaku bukanlah balasan Allah dan tubuhnya tidak
sihat
>juga bukan satu petunjuk daripada Allah
>tentang kesilapannya.Ia cuma kebetulan.
>
>Tinggallah si ibu tadi memendam perasaan kesal dan kecewa.Biarpun duduk
>sebilik dia diasingkan oleh anak dan
>menantunya sendiri.Makanan dan minuman terpaksa dia pergi membelinya di
>luar.Di bilik, dan apabila berada di luar
>dia lebih banyak termenung dan menangis.Jika jemaah lain bertanya mengapa,
>atau di mana anak dan menantunya, wanita
>tersebut tidak menjawab.Sebaliknya terus menangis dan menangis.
>
>Anak yang derhaka tidak akan terlepas daripada balasan Allah.Kesihatan si
>anak tadi semakin buruk.Badan dan kakinya
>lemah hingga dia tidak terdaya untuk berdiri sendiri.Akibatnya si anak itu
>terpaksa dipapah dan diusung semasa
>wukuf,sai,melontar jamrah,tawaf dan sebagainya.Badannya benar-benar lemah
>untuk melakukan ibadah-ibadah tersebut.
>
>Sementara itu, kerana tidak ada lagi tempat bergantung,si ibu tadi
>menunaikan haji bersama-sama kami,dengan bantuan
>dan pertolongan kami, bukan oleh anak dan menantunya. Masing-masing
>menjauhkan diri dan tidak bertegur sapa seolah-
>olah tidak kenal antara satu sama lain.Suatu hari saya menemui wanita
>tersebut.
>
>"Mak aji...sudahlah tu.Maafkanlah anak makcik tu.Yang lepas tu
lepaslah,dia
>dah terima balasannya,"kata saya.
>
>Wanita itu cuma mendiamkan diri.Dia menangis dan mengesat air matanya yang
>gugur.Saya terus juga menasihatkannya,
>tapi seperti tadi, wanita itu langsung tidak mahu menjawab barang sepatah
>pun.Dia sebaliknya cuma menangis.Dari raut
>wajahnya ternyata dia benar-benar kesal dengan sikap anak dan menantunya
>hingga dia tidak sanggup lagi bercakap
>tentang mereka.
>
>Selepas itu saya menemui anaknya pula.Lelaki berkenaan seolah-olah
>terpinga-pinga dan tidak tahu apa yang telah
>berlaku dan apa yang sepatutnya dibuat untuk menyelesaikan masalah
>tersebut.Isterinya pula cuma mencebikkan bibir
>bila saya sebut nama mentuanya.
>
>Begitulah keadaan mereka hingga selesai musim haji dan seterusnya kembali
>ke
>tanah air. Sejak itu saya tidak
>menghubungi mereka lagi.Khabar yang saya terima memang mengejutkan.Saya
>diberitahu, sejak pulang ke tanah air
>si anak tadi sakit terus-menerus.Penyakitnya agak kronik dan gagal diubati
>doktor.
>
>Namun dalam tempoh itu hubungan mereka tiga beranak tetap tidak
>berubah.Anak
>yang telah mendapat balasan Allah juga
>masih tidak insaf dengan kesilapannya. Ibu pula yang telah terkilan dengan
>sikap anaknya, tetap enggan memaafkannya.
>Sejak kembali dari Mekah,mereka langsung tidak mengunjungi antara satu
sama
>lain.
>
>Berita terakhir saya terima ialah lelaki terbabit telah meninggal dunia
>selepas menderita sakit selama 10 tahun.
>
>"TUHANMU TELAH MEMERINTAHKAN HENDAKLAH KAMU TIDAK BERBAKTI KECUALI
>KEPADA-NYA DAN BERBUAT BAIK KEPADA ORANG TUA,
>JIKA SALAH SATU ANTARA MEREKA ATAU KEDUA-DUANYA SUDAH SAMPAI UMUR TUA DAN
>BERADA DALAM PEMELIHARANMU, MAKA JANGANLAH
>KAMU KATAKAN KEPADA MEREKA ITU KATA-KATA "AH", DAN JANGAN KAMU BENTAK
>MEREKA
>TETAPI KATAKANLAH KEPADA MEREKA BERDUA
>KATA-KATA MULIA. DAN RENDAHKANLAH TERHADAP MEREKA BERDUA SAYAP KERENDAHAN
>KERANA KASIH, DAN DOAKANLAH KEPADA
>TUHANMU: BERILAH RAHMAT KEPADA MEREKA ITU SEBAGAIMANA MEREKA TELAH
>MEMELIHARAKU PADA WAKTU AKU MASIH KECIL."
>
>~Surah al-Israa' 7:23-24.
>
>
>Diriwayatkan oleh Hakim, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:
>
>"SEMUA DOSA AKAN DITANGGUHKAN OLEH ALLAH SAMPAI HARI KIAMAT NANTI APA
>SAHAJA
>YANG DIA KEHENDAKI KECUALI DERHAKA
>KEPADA ORANG TUA, MAKA SESUNGGUHNYA ALLAH AKAN MENYEGERAKAN KEPADA
>PELAKUNYA
>DALAM HIDUPNYA SEBELUM MENINGGAL
>DUNIA."


MailCity. Secure Email Anywhere, Anytime!
http://www.mailcity.lycos.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Red Arowana" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke