*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Melangkah ke Jalan Menuju Allah - 6/11


Redha akan Ketentuan Allah

Selain dari melakukan segala perintah Allah dan meninggalkan laranganNya, 
setiap orang mukmin hendaklah redha dengan segala apa yang telah ditentukan 
oleh Allah swt. Mereka hendaklah redha dengan hukum-hukum yang telah 
ditetapkan olehNya. Dalam hal ini Allah berfirman:

"Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak pula bagi perempuan 
yang mukmin, apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan suatu ketetapan, 
akan ada bagi mereka pilihan yang lain tentang urusan mereka."  (Al Ahzab : 
36)

Di samping itu setiap mukmin hendaklah redha dengan apa-apa yang telah 
ditakdirkan Allah kepadanya. Firman Allah:

"Dan janganlah kamu irihati terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada 
sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain. (Kerana) bagi 
orang-orang laki-laki ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan, dan 
bagi wanita pun ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan, dan mohonlah 
kepada Allah sebahagian dari kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui 
segala sesuatu."  (An-Nisaa' : 32)

Setiap manusia mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Tidak ada 
yang sempurna keinginan mereka. Ada yang kaya dan ada yang miskin; ada yang 
bijak dan ada juga yang tidak bijak. Ada pula yang datangnya dari keluarga 
yang bahagia, mendapat layanan yang sebaik-baiknya daripada ibubapa ataupun 
anak-anak serta anggota keluarga yang lain. Sebaliknya ada juga manusia yang 
berasal dari keluarga yang kucau-kacir yang sering memeningkan kepalanya. Di 
samping itu ada berbagai perkara memuaskan yang dimiliki oleh sebahagian 
manusia yang tidak dipunyai oleh sebahagian yang lain. Walau bagaimanapun 
setiap daripada orang mukmin hendaklah redha dengan setiap apa yang 
dimilikinya.

Selain dari itu setiap mukmin juga hendaklah redha dengan bala musibah yang 
diujikan kepada mereka. Sememangnya bala musibah sering menimpa orang-orang 
yang sedang berjalan menuju Allah. Ianya merupakan ujian ke atas seseorang 
insan, atau sebagai kaffarah dosa, atau sebagai penambah amalnya. Mungkin 
juga ujian itu sebagai peringatan kepadanya agar segera berhubung dengan 
Allah. Alangkah sempitnya akal seseorang insan sehingga tidak memahami adanya 
hikmah dan rahmat kurnia Allah dalam bala musibah itu. Tentunya itu kerana 
lemah keimanan dan tidak ada baik sangka terhadap Allah swt yang Maha 
Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Bukankah seorang yang menuntut kemuliaan dari Allah harus tidak tahu 
bersungut dan terlalu cerewet dengan takdir yang telah ditentukan kepadanya? 
Dia harus menerimanya dengan hati yang tenang dan redha, tidak kira apa 
sahaja corak takdir yang menimpa. Bukankah Allah swt telah berfirman:

"Setiap yang berjiwa akan merasai mati. Kami akan menguji kamu dengan 
keburukan dan kebaikan sebagai cubaan. Dan hanya kepada Kamilah kamu 
dikembalikan."  (Al Anbiyaa' : 35)

"Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui 
orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu; dan agar Kami 
menyatakan (baik buruknya) hal ehwalmu."
(Muhammad : 31)

Sekiranya kita tidak bersabar dan redha sebaliknya memberontak dan berpaling 
di saat mendapat bala musibah tetapi menerima kenikmatan dengan tamak dan 
rakus maka jelaslah perihal diri kita terhadap diri sendiri. Betapa lemahnya 
benteng keimanan lantaran tidak teguh di dalam menghadapi ujian sedemikian. 
Seandainya kita bersabar dan redha maka itulah sifat yang amat 
dicita-citakan. Dalam hal ini Allah swt di dalam Al-Quran berfirman:

"Sifat-sifat yang baik itu tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang 
yang sabar dan tidak dianugerah melainkan kepada orang-orang yang mempunyai 
keberuntungan yang besar."
(Fushshilat : 35)

Hanya orang yang sabar dan redha dengan ujian Allah sahajalah yang akan 
berjaya di dalam perjalanan ini. Mereka sering mendapat kelebihan kurnia dan 
kebesaran daripada Allah pada saat-saat bala musibah itu, yang kadang-kadang 
tidak bisa didapati dengan sembahyang dan puasa.

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke