Title: FW: 25 peratus serangan jantung

As for info to all..

weit.... sesume geng.. bukak ompage # wei... dah ade upgrade siol kat bhgn
members.. akakakak.. sekoČ muka dah terpampang siyuot...akakakakaka...!!!!
tapi kena sencored skit ah.... kat tang mata jeee.... ekekekke...!! pasword
mcm biase... sape yang tak biase tu... ekekeke... kena ah jadik members dulu
erk... ahaks..!!! betol tak zruls...!!! ekekekek


Risiko baru punca 25 peratus serangan jantung
LEBIH daripada 200 faktor risiko telah dikenal pasti boleh mengancam jantung
dan saluran darah tetapi amalan cara hidup sihat mampu melindungi anda.
Penyempitan arteri mengikut peningkatan usia adalah perkara biasa.
Proses yang dikenali sebagai aterosklerosis ini boleh dipercepatkan dengan
kehadiran keadaan-keadaan tertentu. Ciri-ciri berikut boleh meninggikan
risiko terhadap serangan jantung:

* Usianya semakin lanjut iaitu 45 tahun bagi lelaki dan 55 tahun bagi
wanita.

* Wanita putus haid yang mempunyai sejarah penyakit kardiovaskular dalam
keluarga.

* Merokok.

* Berat badan yang berlebihan.

* Kurang bersenam.

* Terdedah kepada tekanan yang berpanjangan.

* Paras kolestrol darah yang tinggi.

* Tekanan darah tinggi.

* Berpenyakit diabetis melitus.

Namun begitu, sebanyak 25 peratus serangan jantung berlaku tanpa kehadiran
faktor-faktor risiko yang biasa. Ini menunjukkan faktor-faktor lain juga
turut mempengaruhinya. Kini terdapat tiga faktor risiko baru yang semakin
mendapat perhatian dalam bidang perubatan:

HomosisteinProtein dalam makanan diuraikan kepada methionin dan asid amino
yang lain. Proses metabolisme methionin menghasilkan homosistein.

Homosistein yang tidak diperlukan akan diuraikan lagi oleh enzim-enzim
tertentu dan seterusnya disingkirkan dari badan melalui buah pinggang.

Kecacatan genetik atau kekurangan beberapa vitamin boleh mengakibatkan
kekurangan enzim-enzim ini dalam badan anda. Akibatnya, jumlah homosistein
yang disingkirkan semakin kurang dan lebih banyak homosistein akan
tertinggal di dalam darah anda.

Paras homosistein yang tinggi telah dikesan pada 40 peratus pesakit jantung
dan dipercayai merupakan penyebab kepada 10 peratus daripada kes-kes
berkenaan.

Bukti awal menunjukkan paras homosistein yang tinggi mempercepatkan
penyumbatan arteri walaupun paras kolestrol darah adalah normal ataupun
rendah.

Menurut pakar, paras homosistein yang tinggi merosakkan saluran darah dan
membenarkan lebih LDL - kolestrol menembusi permukaan dalaman pada saluran
darah. Terdapat juga pandangan yang mengesyaki bahawa homosistein
mempercepatkan oksidasi LDL - kolestrol dalam dinding arteri.

Plak terbentuk akibat reaksi badan terhadap LDL yang teroksida. Teori lain
pula mencadangkan paras homosistein yang tinggi meningkatkan kecenderungan
badan untuk membentuk bekuan darah. Pembentukan bekuan darah dalam arteri
yang sudah tersumbat merupakan situasi yang amat berbahaya.

Paras homosistein selalunya berada lebih tinggi pada lelaki dan kaum wanita
yang putus haid.

Bagaimanapun paras ini meninggi dengan ketara sekali pada individu yang
merokok, kurang bersenam, mengambil alkohol, dan kopi secara berlebihan,
pengambilan dadah tertentu atau menghidapi penyakit seperti tekanan darah
tinggi dan kegagalan buah pinggang.

Individu yang menghadapi risiko tinggi ialah mereka yang kekurangan asid
folik, vitamin B6, dan vitamin B12.

Kekurangan nutrien-nutrien ini boleh disebabkan oleh kekurangan pengambilan
melalui sumber makanan tertentu ataupun masalah penyerapan nutrien badan
akibat lanjut usia.

Bagi mengekalkan paras homosistein yang sihat, anda digalakkan meningkatkan
pengambilan makanan yang kaya dengan asid folik, vitamin B6 dan vitamin B12.

Jika anda menghadapi masalah homosistein yang kronik (boleh ditentukan
melalui ujian darah), anda mungkin perlu mengambil suplimen vitamin-vitamin
yang berkenaan. Data dari kajian jantung Framingham mencadangkan bahawa
pengambilan sekurang-kurangnya 400 mikrogram sehari asid folik diperlukan
untuk mengawal peningkatan paras homosistein.

Kini masih tidak jelas sama ada menurunkan paras homosistein boleh
mengurangkan risiko anda ditimpa serangan jantung. Tetapi para doktor
bersetuju bahawa paras homosistein yang tinggi perlu dikawal kerana ia boleh
dilakukan secara berkesan, murah dan selamat melalui terapi vitamin.

Lipoprotein a atau LP (a)Walaupun kita harus memberi perhatian yang
sewajarnya kepada paras LDL-kolestrol dalam darah yang boleh menyebabkan
penyakit jantung koronari, kajian turut menunjukkan terdapat sejenis
LDL-kolestrol yang dikenali sebagai Lp(a) yang juga boleh meningkatkan
kemungkinan dan ketenatan anda ditimpa serangan sakit jantung pada usia
muda.

Sesetengah pakar percaya bahawa Lp (a) dimendapkan dengan lebih mudah
dipermukaan dalaman arteri. Teori lain pula mencadangkan bahawa Lp (a) lebih
mudah dioksidakan daripada LDL biasa. Kedua-dua proses ini menggalakkan
penyumbatan arteri.

Umumnya, Lp (a) membentuk kurang daripada 1/6 jumlah kolestrol darah. Jumlah
ini meningkat sebanyak tiga kali ganda pada individu yang mempunyai tahap
kolestrol yang tinggi sejak usia muda disebabkan oleh faktor genetik.

Jika anda pernah mengalami serangan jantung, anak remaja lelaki anda boleh
mempunyai paras Lp (a) sebanyak dua setengah kali lebih tinggi daripada
remaja yang dilahirkan oleh ibu bapa yang tidak pernah mengalami serangan
ini.

Paras Lp (a) yang tinggi tidak boleh dirawat dengan mudah. Mengurangkan
pengambilan lemak tidak membantu dan kebanyakan ubat penurun kolestrol
(kecuali asid nikotinik) kurang berkesan.

Cara lain menurunkan paras Lp (a) ialah mengambil neomysin dan terapi hormon
bagi wanita yang sudah putus haid.

FibrinogenFibrinogen merupakan sejenis protein yang memekatkan darah dan
seterusnya menolong membekukan darah.

Namun paras fibrinogen yang tinggi akan meningkatkan kemungkinan anda
ditimpa serangan jantung atau strok.

Apabila plak meretak dalam arteri anda, satu bekuan darah akan terbentuk di
kawasan berkenaan. Kehadiran fibrinogen berlebihan akan menghasilkan bekuan
darah yang lebih besar dan boleh menyekat pengaliran darah sepenuhnya.

Mengekalkan berat badan yang sihat, mencapai tekanan darah yang normal dan
berhenti merokok boleh membantu menurunkan paras fibrinogen. Semua ini turut
membantu menjaga kesihatan arteri anda.

Bagi para penyelidik dan ahli perubatan, peningkatan perhatian dan
kepentingan terhadap faktor-faktor risiko baru ini menunjukkan lebih banyak
kajian penyelidikan perlu dijalankan.

Ini sudah pasti akan merangsangkan minat dalam bidang genetik dengan harapan
untuk mengesan dan memperbaiki kecacatan genetik pada usia muda demi
melindungi individu terhadap penyakit kardiovaskular. Walau apapun hasil
penyelidikan yang dijalankan, cara berkesan untuk melindungi anda dan
keluarga anda ialah dengan mengikuti perkembangan terkini secara berterusan
dan mengamalkan cara hidup sihat.


______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com

Kirim email ke