*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


>          Waalaikumussalam w.b.t
> 
> 
>               Terima kasih kerana Saudara sudi mengingatkan saya.Sebenarnya,dlm
>       perbincangan saya sebelum ini, hanyalah bertujuan agar kita semua dpt  berfikir
>       bersama. Mana yg salah dpt kita perbetulkan, kita sesama islam haruslah saling
>       ingat-mengingati, saling berpesan antara satu sama lain.Tapi ada juga yg 
>menuduh
>       sebagai orang yg pro itu, pro ini....itu terpulanglah pd saudara. Itu adalah 
>hak anda..selagi masih bersuara, suarakanlah hak2 anda..tiada siapa yg menghalang! 
>       selagi ianya tidak bertentangan dgn ajaran Islam.Apakah dlm islam kita tidak 
>dibenarkan melihat sebarang kekurangan, tidakkah bertambah elok, seandainya yg kurang 
>kita pertambahkan, yg elok kita percomelkan lagi...kita sedia maklum, tiada
>       siapa pun yg perfect didunia ini..Ya..!!! kita menyatakan sokongan tak 
>semestinya
>       kita harus " Yes..Boss". "Orait ..Sir" kita dikurniakan akal ,tiada manusiapun 
>yg melarang kita berfikir...berfikir menggunakan akal fikiran kita yg 
>waras-sewarasnya.
>       Tak perlulah kita terlampau taksub pd sesiapa. Ada yg salah faham...kalaulah 
>kita
>       ini mengkritik sesuatu, tidaklah bermakna kita tidak berpihak padanya, kita 
>berpihak
>       pd yg lain dan sebagainya.Otak kita ni kecik aje kalau nak dibandingkan dgn 
>otak gajah...hidung kita pun taklah mancung sangat kalau nak dibandingkan dgn hidung 
>gajah.kita sebagai manusia yg dikurniakan akal...jangan terlampau sempitkan pemikiran 
>kita ini. Kepada "orang itu"...Harap saudara faham apa yg saya cuba ketengahkan dan 
>perbincangkan. Maafkan Hamba sekiranya tersinggung.
>           "Mungkinkah berkeupayaan memiliki kereta" Saudara [EMAIL PROTECTED]
>       Hamba highlightkan sikit...Suatu ketika dulu, masa tu saya kecik 
>lagi...ditahun 70an dikampung sayalah, masa tu hanya sebuah rumah aje yg memiliki 
>peti telivisyen, rumah kedai dan menggunakan kuasa generator.Sebab utama, tiada kuasa 
>elektrik dan ramai yg tidak mampu ketika itu. TV diera 70an merupakan barang 
>mewah..Era 80an pula, Telefon rumah(Telekom-PSTN) merupakan barang mewah..
>       awal 90an Handphone menjadi kegunaan penting, cuba tengok sekarang...adakah 
>benda2 tu semuanya dianggap sebagai barang mewah? tidak lagi kan?....malah setiap 
>rumah sekarang ni, ramai yg mampu memiliki komputer peribadi..begitu jugak, saya nak 
>kaitkan dgn rasa pelik saudara Tiang_jawi dgn mampu memiliki kereta. Mungkin saudara 
>ingat pergi berniaga dipasar menggunakan Mercedes Benz. Mungkin saudara sekarang ni 
>menggunakan siri SLK, S320, takpun Trooper,
>       Pajero dan yg seangkatan dgnnya. Alhamdulillah, jika saudara mampu memilikinya.
>       Tapi macam saya ni yg mampu memiliki sebuah jenama Proton, adakah orang
>       lain menganggap ianya sebagai kenderaaan mewah???... Anda sekelian pun pasti 
>tergelak jika sekiranya, ada berita melaporkan bahawa..." sebanyak 10 buah kenderaan 
>mewah disita kerana melarikannya dari dikenakan cukai...diantaranya
>       3 buah jenama Proton saga Aeroback, 4buah Iswara dan yg selebihnya adalah 
>       Proton Wira"....kalau pakcik2 tu menggunakan Datsun120Y,OPEL Cadet...kita
>       nak letakkannya kat ranking manalah agaknya...golongan susah, golongan 
>pertengahan, ataupun golongan mewah???? 
>               Baru2 ni juga, dikawasan saya menjadi isu tentang pembahagian Zakat..
>       Berapa ramai lagi sekarang ni yg kita boleh mendefinasikannya sebagai golongan
>       orang2 yg fakir. Last2 sekali , Yg memiliki motor bot, ladang getah 5-6 ekar 
>masih
>       dikira layak menerima wang zakat.Asalkan "orang aku" semuanya boleh.Tentang
>       saguhati pd yg cemerlang UPSR, saya fikirkan adalah lebih baik dikaji balik 
>tentang
>       pemansuhannya.Ini adalah satu penghormatan yg besar pd mereka yg berjaya, agar
>       dpt lagi membakar semangat utk terus cemerlang dimasa2 yg akan datang.Kita
>       fikirkanlah bersama utk anak2 bangsa kita semua.
>               Pas telah berjaya memerintah Terengganu.Slogan Tahun Melawat 
>Terengganu 97, Beautiful state,beautiful culture..orangnya baik.Kita kena kaji> 
>       macamana dgn sifat2 semulajadi orang2 Trg. Kata orang, lain padang lain 
>belalang,> 
>       Kena kaji balik sebab2@faktor2 yg menyebabkan kemenangan PAS dlm pilihanraya
>       yg lalu di Trg.Kalau takde pengundi yg mengundi PAS, masakan Pas boleh 
>menang..Siapakah pengundi itu? Mestilah peratusan terbesarnya adalah rakyat Trg itu 
>sendiri kan? Apa yg menyebabkan rakyat Trg telah bertukar arah..mestilah
>       ada penyebabnya..cause and effect tu mesti ada...Ada ke kita nak bagitau orang
>       yg contohnya...Ali..!! , Abu telah meningggal...Ali tanya 'Kenapa?..kita jawab
>       dah sampai ajalnya...samalah jugak kalau kita berbincang sesuatu dgn seseorang.
>       Last2 sekali...dia jawab, nak buat macamana...Takdir..takdir.Pas telah berjaya
>       memenangi  pilihanraya yg lalu di Trg..seharusnya juga berjaya memenangi hati 
>rakyat2nya jika sekiranya utk terus bertapak kukuh di Trg...kalau tidak pastinya
>       hujan melanda ditengahari.Budaya "ikut-mengikut" ni ada baik dan juga 
>sebaliknya.
>       orang masuk Pas kita masuk Pas, orang takbir, kita turut sama 
>bertakbir...orang 
>       kat surau 5 waktu, kita kat kedai kopi...itu tak betul, ini tak betul. Orang2 
>yg macam ni lah yg rosak lagi merosakkan...bermacam2 diambil tahu, sembahyang imam tu 
>tak sah, sembelih orang tu tak boleh makan...nikah tak sahlah.orang berpolitik, dia
>       berpolitik...kokok berderai2, ekor bergelumang s**t... 
>               Kalaulah kita "berkehendakkan orang" ,kita hendaklah memberi contoh yg 
>baik padanya. Kalau kita mengaku orang parti Pas, kita kenalah menjaga 
>adab-tatasusila kita, baik perbuatan maupun percakapan kita.Dlm mailing ni pun, 
>macamlah percakapan kita juga. Jagalah adab kita..pd yg sedang bercakaran dlm ni, 
>harap dpt hentikan. Tak gunanya drp terus berterusan lagi. Teringat saya pd siri2 
>ceramah Us. Ismail kamus yg lalu...katanya..Lepas ceramah ni " Kalau tikar bawak 
>balik,surat khabar pun bawak balik...jangan nanti orang kata orang Pas tak reti 
>bahasa. forget and forgive, let's the spirit!
>               kita jangan terlalu cepat menghukum sesuatu perkara itu.Jangan sampai
>       spt menepuk air didulang, terpercik ke muka sendiri. Pernah terjadi pd diri 
>saya,
>       ada seorang pernah bersoal jawab dgn saya... engkau ni sembahyang dgn imam
>       tu....kau tau tak sembahyang kau tak sah!..kebetulan imam tu jugak yg menjadi 
>       juru nikah di kawasan saya semenjak dulu lagi...Kata saya ..kalau tak sah, 
>macamana dgn orang yg dinikahkan oleh imam tersebut? semua tu tak sah jugaklah, 
>katanya. Saya kata, lepas ni kau balik tanya orang tua kau, sapa yg menikahkannya 
>dulu....lepas ni kau tahulah, engkau ni siapa.Kalau tak sah, dia tu 
>       anak apa?
>               Yg lalu, dijadikan pengajaran dan sejarah.w/pun tidak dilaporkan, tapi 
>       kita mengetahuinya dari sumber2 lain yg boleh dipercayai.Kenapa ada timbulnya
>       kemungkinan? Kenapa kita tidak cuba utk belajar mengakui sesuatu yg telah
>       terjadi/berlaku.Kenapa perlu berdolak-dalih disini.Bukannya saya nak merekakan
>       benda yg tidak ada, saya pun tahu hukumnya orang berdusta apabila bercakap.
>       banyak cakap-banyak salah, banyak salah-banyak dosa,banyak dosa-neraka 
>tempatnya.Kita selalu pandang ringan terhadap perkara2 yg kecik. Benda2
>       yg kecik ni lah, lambat-laun akan membinasakan kita semua.
>       Maafkan saya jika sekiranya ada terkasar bahasa,typing error, menyinggung
>       mana2-pihak, individu dan semuanya.
>       Wassalam!  
> 
> 
> 
> 
> 
> 
> 
> 
>       Assalamualaikum w.w
> 
>       Kita patut sahut seruan sdr Azmi supaya berhujjah berdasarkan fakta dan 
>       realiti bukan semata-mata emosi yang dikongkongi oleh kebencian serta 
>       dendam.  W'pun kita perlu menganalisis adakah fakta yang kita ketengahkan 
>       itu bersesuaian dengan hujjah kita ataupun sebaliknya.
> 
>       Satu contoh ingin saya kemukakan di sini ialah 'protes' sdr Azmi tentang 
>       pemansuhan tol jambatan dan bukannya bayaran letak kereta.  Menarik cara sdr 
>       berhujjah kerana, menurut sdr "Cuba tengok kat bandar KT, terutamanya 
>       kawasan Pasar Kedai Payang...full park everytime. Kita tengok siapa yg > 
>       > setiap hari mengunjungi tempat tersebut.Kebanyakan pak> cik2 dan pakcik yg 
>       taraf kemiskinannya jauh lebih tinggi berbanding orang2 yg menggunakan tol 
>       dijambatan Sultan Mahmud tersebut".  Soalan saya : Kalau pakcik2 ini taraf 
>       kemiskinannya lebih tinggi mungkinkah mereka berkeupayaan memiliki kereta 
>       dan meletakkan kereta mereka di kawasan tersebut sehingga penuh?.
> 
>       Satu lagi sdr bekecelaru dalam membahagikan bidang kuasa kerajaan pusat dan 
>       kerajaan negeri.  Pendidikan adalah bidang kuasa kerajaan pusat tapi Yayasan 
>       Terengganu dalam bidangkuasa Kerajaan Negeri.  Jadi andainya tiada hadiah 
>       duit/basikal dll dari Pejabat Pendidikan Negeri, tanyalah pada pihak 
>       Kementerian.  Tapi kalau Y.T'ganu menghentikan pemberian hadiah tersebut 
>       maka bolehlah bertanya kepada K. Negeri.
> 
>       Pembekuan projek tidak semestinya kesalahan K. Negeri.  Jika peruntukan 
>       projek tersebut dari K Pusat apa yang dapat dilakukan kalau mereka nak 
>       hentikan.  Ini mungkin tindakan balas dendam/lepas geram pihak tertentu.  
>       Sifat ini tidak sepatutnya ada pada diri seorang yang begelar pemimpin.  
>       Saya tak fikir pihak swasta tulin terikut-ikut dengan tindakan spt ini.  
>       Lainlah kalau keputusan bisnes mereka lebih hampir kpd keakrapan hubungan 
>       dengan individu tertentu, bukan atas merit bisnis.
> 
>       Walau b'pun saya setuju yang tidak semua pengikut/ahli PAS berfikiran 
>       terbuka ketika berhujjah dan bertindak.  Apa yang yang perlu dikhuatirkan 
>       kalau kita yakin berada pada landasan perjuangan yang benar.  Kes kelas 
>       tadika kemas mungkin benar berlaku atau sebaliknya sebab lapuran berita 
>       hanya terdapat dalam akhbar anti PAS.  Walau b'pun yang patut diikut/dengar 
>       adalah apa yang pucuk pimpinan katakan.  Tambahan pula mengikut saudara, 
>       insiden ini dah pun selesai. Kalaulah benar ini berlaku apalah sangat jika 
>       dibandingkan dengan derita yang ditanggung oleh pensimpati PAS akibat 
>       tindakan parti lawannya.  Namum kini bukan alasan untuk ahli PAS 
>       melakukannya.
> 
>       Saya juga setakat ini dulu.  Juga minta maaf sekiranya saya menyinggung 
>       mana2 pihak. Bukan niat saya nak mengata sesiapa.
> 
> 
>       Wassallam
> 
>       ______________________________________________________
>       Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com
> 
> 

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Azmi B. Mohd Nor (Central)" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke