Title: Kualiti Kereta Nasional, kongsi pengalaman - Antara Pepatah & Pesanan Orang-orang Tua

Assalamu'alaikum Adinda & netters sekelian,

Biarlah apa-apa pun yg nak diperkatakan.  Masing-masing mempunyai persepsi masing-masing.  Masing-masing ada hak untuk memperkatakan apa sahaja & berkongsi pengalaman, etc, etc.  Kita tidak mahu nanti dikatakan sebagai "menafikan" hak untuk pihak umum bersuara. 

Saya telahpun mengambil langkah untuk memforwardkan segala rungutan kepada customer service.  See what they can do....  InsyaAllah, I'll try to get some feedback from them.

Anyway anyhow, saya teringat akan pesanan orang-orang tua.  Mungkin ini berguna diamalkan especially dalam mailing list begini.  Kata orang-orang tua, "Nak cari gaduh memang senang, tapi bila dah bergaduh, nak baik balik memang SUSAH!".  Pasal tu kita tak berapa nak ambil "pot" dengan kata-kata "manis" terhambur dari Hamba Allah yg terkenal dengan sifat sopan santun dan pandai pula dalam bab-bab agama.   After all, PROTON & EON bukan kepunyaan Mak & Ayah kita!  Ya tak?  Kita cuma membantu menyalurkan informasi yg tepat untuk masa-masa yg akan datang.  Bermakna, jika ada sebarang masalah, at least dalam mailing list ni kita ada kawan-kawan yg boleh membantu.


{**Yang saya timbulkan pesanan orang tua-tua ni ialah kerana saya dapati ada beberapa individu seolah-olah melahirkan "rasa benci" kepada certain individu dalam topik yg dibincangkan ini!   Apa "dosa" individu tersebut, ya?**}

Kita dah beri laluan yg baik, kita terima segala komen dengan hati yg terbuka, tapi at certain "angle" jika kita berbunyi atau bernada seperti agak "keras", kita minta berbanyak-banyak MAAF.  Bernada "keras" bukan bermakna kita TIDAK terima pendapat orang, asalkan kita tak menggunakan perkataan yg "bisa" dan penuh beracun!  Namun, kesemua yg di"luahkan" kita ambil kira untuk dijadikan suatu iktibar agar boleh memperbaiki mutu perkhidmatan.  Ini bukan suatu individual effort, ini adalah suatu "collective effort".  Semua pihak kalau perlu terlibat, mesti terlibat.  InsyaAllah, kita cuba atasi dengan sebaik mungkin.  Nampaknya e-mail-email  sebelum ni telah disalah-ertikan sebagai "tidak menerima pandangan & nasihat?"  Tak terlihatpun ada e-mail "nasihat" dari mana-mana individu dalam konteks "kualiti kereta".  Mengutuk lagi adalah!  Mungkin kita ter"overlooked" akan "nasihat" tu agaknya!  Minta maaf lah ya....!

Sayugia diingatkan, the poor quality in our service industry does not limit itself to the automative industry only, it is also affecting   the rest. You just name it, from Pos Malaysia, Telekom, TNB, banks, hotels, and such a long list. Everybody is talking about Total Customer Satisfaction( TCS). TCS has always been exaggerated. The result is still the same. We end up having a department, so called Customer Service. Likewise, we also have Quality Assurance personnel. Still the same.   Nevertheless, it's still up to the individual company to upgrade its Customer Service Quality to ensure that Customers' satisfaction is very well taken care of.

There is no short cut way to improve the service. It is a concerted effort by everybody , the companies and service industry itself. The management and the staffs.  Kita yg sebenarnya masih jauh beyond expectation, walaupun kita cuba berbangga dengan "kejayaan" yg dicipta.  Mungkin "kejayaan" yg digembar-gemburkan itu hanya semata-mata kepentingan beberapa individu, siapa yg tak tahu kan??

So, pengakhir kata, bagi yg "pakar" dalam pepatah pepitih orang Melayu, renungkanlah "Ular menyusur akar tidakkan hilang bisanya", "mengalah bukan erti kalah".  Dan lagi satu pesanan yg terlalu berharga ialah:  "Rezeki jangan ditolak, MUSUH jangan dicari".   Setiap dari kita berhak untuk menyuarakan rasa tidak puas hati, tapi tujuan kita bukan untuk mencari "musuh".  Kita nak cari seramai kawan yg boleh.  Lagipun, tak bagus kalau kita nak "label"kan mana-mana individu dalam Hizbi Net ni sebagai "singa kelaparan" atau "harimau yg simpan kuku".  Kata orang tua-tua, "harimau simpan kuku" ni lagilah bahaya!  Ini cuma pepatah aje, bukannya nak mengata kat sesiapa! 

Terima kasih saya ucapkan kepada Puan-Puan Sri muslimat yg ambil berat juga hal-ehwal berkenaan kualiti kereta.  Especially kat Puan Sri Pabiyen yg banyak memberikan "guidance".   Juga tak ketinggalan beberapa individu yg mahu berkongsi memberikan pandangan dalam hal ini.  Nampaknya tugas kita semakin berat, bukan sekadar membancuh teh saja!

Wassalam.

-----Original Message-----
From: Adinda [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
Sent: 11 May, 2000 4:50 PM
To: Rose; Rumah Kecil Tiang Seribu; [EMAIL PROTECTED]
Cc: [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED];
[EMAIL PROTECTED]
Subject: Re: H-Net* Kualiti kereta keluaran Proton tidak ada!sekadar
ingin berkongsi pengalaman.



--- Rose <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
>
>
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -
> http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] 
>       }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke
> [EMAIL PROTECTED]     }
>
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Assalamualaikum...
>
> Inilah kata org mudah bercakap  tak serupa bikin.
> Tak  tahu untuk
> menghormati orang bila memberi pendapat dan nasihat
> serta pandangan.  Bukan
> tujuan untuk mengutuk tambah pula untuk menjatuh
> imej sebuah syarikat itu.
> Malahan suara yang sehalus mulus ini tak didengar
> pun jika mengeluh untuk
> menyatakan ketidak puas hati yang terbuku. Tambah
> lagi jika org yang kita
> tuju tu macam singa kelaparan.
>
> Jika dikatakan cara kami ini tidak profesional
> adakah cara anda itu telah
> menepati citarasa? Berasa hairan kami tidak
> bersyukur dengan apa yang kami
> ada setelah kenderaan itu melindungi dari panas
> terik matahari dan dibasahi
> air hujan. Jika begitu tidak guna lah Allah
> menyarankan  hamba-Nya berusaha
> untuk mencari rezeki dimuka dunia ni agar mendapat
> keselesaan yang sempurna.
> Pada zaman Rasulullah kuda adalah satu kenderaan
> yang penting menjadi
> kegunaan sehari-hari. Cuba bayangkan jika kuda tu
> tempang atau cacat boleh
> ker ianya digunakan?? begitu juga kenderaan yang
> dibeli oleh kami. Duit yang
> dikeluarkan adalah hasil titik peluh dengan daya
> usaha untuk mencari
> keselesaan hidup. Sudah tentu sebagai seorang
> pengguna mengharapkan duit
> yang dikeluarkan sebegitu banyak BERBALOI!!!! dengan
> apa yang kami perlukan.
>
> Mengapa beli juga kereta PROTON???? Eh suka hatilah
> mengapa kita nak beli
> kereta keluaran proton. Siapalah kita ni hanya TEA
> LADY jer tak mampu nak
> beli kereta yang diimport. Jadi sebagai pilihan
> belilah barangan buatan
> negara sendiri. walaupun barangnya agak mahal tapi
> diwar-warkan oleh media
> masa mengatakan barangan buatan Malaysia bermutu
> tinggi. Tak caya
> pandanglah lihatlah dengarlah kempen membeli barang
> buatan Malaysia. Berilah
> semangat kepada pengguna yang telah membeli barangan
> buatan Malaysia
> sekaligus telah menyahut saranan kerajaan.
>
> Berjiwa patriotik......kerana membeli barang buatan
> negara sendiri.....???
> Mungkin ya mungkin tidak....tak usah panjang-pangkan
> hal ini....tanya diri
> saudara/saudari dulu adakah anda berjiwa patriotik
> kepada negara anda
> sendiri? Balik dan lihat banyak mana barangan
> kegunaan anda dirumah yang
> digunakan adalah barang buatan malaysia. Jadi buat
> nak apa persoalkan
> semangat patriotik atau tidak.....
>
> Alah membeli menang memakai ....beguna juga yer
> pepatah orang Melayu
> ni.....al-maklumlah org Melayu ni penuh dengan
> pepatah...pepatah buluh,
> pepatah lemang, dah segala pepatah yang ada.
>
> Sebagai akhir kata.......walaupun rasanya banyak
> lagi benda nak ditaip jika
> mengikut hati dan perasaan (sebenarnya tak baik
> mengikut perasaan) kata
> pepatah lagi ish pepatah lagi....mengapa nila
> setitik rosak susu sebelanga.
>
> Walaupun kami hanya menggariskan beberapa masalah
> terhadap kereta keluaran
> PROTON dilayar email buat tatapan pembaca yang
> budiman....jgnlah terasa dan
> cepat mudah melenting. Kami hanya untuk berkongsi
> masalah yang kami
> hadapi...walau pun kami tahu tiada siapa dapat
> menolong kami malah hanya
> tahu hanya  menunding jari kesaluran yang betul.
> Berkongsi maklumat kepada
> siapa yang tak tahu. Dari tak tahu jadi
> tahu.......lepas ni banyakkan makan
> tauhu.
>
> Sedikit sebanyak kini saya telah mengetahui serba
> sedikit masalah yang sama
> dihadapi oleh pengguna kereta keluaran PROTON dimana
> pihak yang tertentu
> perlu mengambil berat dan harus memperbaiki
> kelemahan yang ada.
> Okay....segala ucapan ditulis oleh saya sendiri
> tidak didorong mana2 pihak.
>
>
> Sekian wassalam
> Rose
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
> ----- Original Message -----
> From: Rumah Kecil Tiang Seribu <[EMAIL PROTECTED]>
> To: <[EMAIL PROTECTED]>; <[EMAIL PROTECTED]>
> Cc: <[EMAIL PROTECTED]>;
> <[EMAIL PROTECTED]>;
> <[EMAIL PROTECTED]>
> Sent: Tuesday, May 09, 2000 8:25 PM
> Subject: Re: H-Net* Kualiti kereta keluaran Proton
> tidak ada!
>
>
> > Baru setahun pakai Satria.. 1.3  (sebab paling
> murah antara Satria kot)
> > 1. Censor dah tak bunyi lagi,  dah gedegang baru
> dengar.. itu pun bunyi
> dier
> > 'gedegang' jugak
> > 2.  Tempat spare tyre tu,, jangan tanya lah...
> dari mule beli memang dah
> > bagi percuma air... sebagai 'perlindungan
> tambahan'
> > 3.  Speaker... import dari mana tak tahu... dah
> garau...
> > .......etc...............
> > Macam tu pun ... bulan-bulan terbang RM650.... 6
> tahun pulak tu...
> >
> >
> >
> > >From: Rose <[EMAIL PROTECTED]>
> > >To: mulan <[EMAIL PROTECTED]>
> > >CC: [EMAIL PROTECTED],
> [EMAIL PROTECTED],        john
> mulan
> > ><[EMAIL PROTECTED]>
> > >Subject: H-Net* Kualiti kereta keluaran Proton
> tidak ada!
> > >Date: Mon, 8 May 2000 12:34:12 +0800 (SGT)
> > >
> > >
> > >
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> > >  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -
> http://www.hizbi.net     }
> > >  {        Hantarkan mesej anda ke:
> [EMAIL PROTECTED]         }
> > >  {        Iklan barangan? Hantarkan ke
> [EMAIL PROTECTED]     }
> > >
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> > >           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG
> ADIL
> > >
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> > >
> > >Assalamualaikum
> > >
> > >1) Absober bagi keempat-empat tayar kena tukar
> selepas 6 bulan pakai
> > >2) Alarm kereta dah tak boleh pakai
> > >3) Aircond selepas 3 bulan kena tukar ganti
> > >4) Viper berbunyi bising
> > >5) Bumper senget sebelah...
> > >6) Tayar belakang botak sebelah
> > >7) cermin lepas sebulan pakai dah rosak.
> > >8) kos service yang sangat tinggi
> > >9) lapik bawah kaki yang mudah rosak.
> > >10) kereta masuk air tapi tak tahu punca dari
> mana
> > >
> > >
> > >
>
=== message truncated ===


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Send instant messages & get email alerts with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Adinda <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke