*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bismillahir Rahmaanir Rahiim
Assalaamu`alaikum wa Rahmatullahi wa Barakaatuh
   
(nampaknya celoteh kita tentang Psikologi Personaliti sudah masuk siri yang
03, bagi siri yang lepas sesiapa yang berminat sila baca dari forum ini :
http://discserver.snap.com/Indices/110249.html )

ISU-ISU BERKAITAN DENGAN TEPRI PERSONALITI

dalam pengkajian Personaliti terhadap beberapa isu yang sering dibincangkan
oleh ahli personaliti. isu-isu ini timbul berpunca daripada penekanan
setiap teori yang ada dalam personaliti 

(Dalam personaliti banyak teori seperti teori analitik sosial, teori
kognitif, teori psikoanalitik Dan lain-lain. Oleh keraana teori ini ciptaan
manusi, maka ada teori yang kuat dan ada teori ynag lemah. Ia mengkritik
antara satu sama lain........tapi tak lah sampai bertumbuk )


Apabila kita mengulas satu-satu teori maka kita perlu memikirkan tentang
isu yang timbul dan bagaimana ahli teori tersebut memberi penekanan pada
isu berkenaan dan bagaimana cara mengatasinya.

Isu Pertama : Falsafah hidup


Teori -teori personaliti yang ada sekarang memberi gambaran tentang
falsafah hidup sesorang .

(Falsafah hidup atau prinsip hidup boleh mempengaruhi seseorang. kalau kita
tak ada prinsip hidup...maka kita dikatakan tak ada
personaliti........konsep ini dibincangkan dalam bentuk lain )

Ada teori yang mengatakan bahawa tingkah laku adalah berbentu naluri.

( Bagaimana pulak ? tingkah laku ialah perbutan kita seperti makan,
berjalan, tidur dll. manakala naluri pula ialah keingan kita seperti kawin,
berjaya, bahagia, cantik dll.)

Begini,maksudnya tingkah laku tidak dipelajari  daripada sesiapapun, ia
disebabkan oleh faktor dalaman atau kematangan fisiologi (fizikal+tubuh
badan)

(kita bergerak atau berjalan , tak ada orang yang ajar...dari kecil lagi
kita ada keboleh berjalan)

Namun, ada teori lain yang mengatakan bahawa tingkah laku adalah disebabkan
oleh pembelajaran sosial ( dipelajari daripada masyarakat sekeliling).

(maksudnya, kta belajar cara untuk makan atau berjalan...bukan pandai
dengan sendiri...kalau kita fikirkan tentang pertentangan antara kedua-dua
teori ini , kita akan jadi serabut (perut)...mana satu yang
betul...mudah-mudah...kta ambil jalan tengah dua-dua betul...tak
kisahlah..pertentangan ini menujukan bahwa pemikkiiran manusia atau teori
wujud cara berpasangan....Qur an ada menyebut tentang hal ini :
Dan Dialah Tuhan yang membentangkan bumi dan menjadikan gunung-gunungdan
sungai-sungai padanya.dan menjadikan padanya semua buah-buahan
berpasang-pasangan, Allah menutupkan malam kepada siang.Sesungguhnya pada
yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang
memikirkan. (QS. 13:3)

Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik
dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa
yang tidak mereka ketahui. (QS. 36:36)

kalau anda nak tambah serabut sila baca pertentangan di bawah ini )

1. Terdapat pula teori yang mengatakan bahawa tingkah laku disebabkan oleh
perhubungan mudah, manakala teori yang lain mengatakan bahawa perhubungan
tersebut adalah kompleks dan dinamik.
2. ada teori yang mengatakan tingkah laku bergantung pada pemikiran yang
rasional ; manakala teori yang bertentangan pila mengatakan tingkah laku
seseorang adalah tak rasional .

( kalau kita ingin menjelah kan teori manusia berasaskan fikiran atau
pendapat...maka inilah jadinya. masing-masing akan kata dia yang
betul.Begitu juga kalau kita melihat sesuatu secara separu-separu, maka
sudut pandangan kita tak lengkap. Patutnya gunalah " teori sebenar" yang
dibuat oleh Pencipta manusia sendiri; iaitu Al-Qur an.Itu sebab dalam Islam
kita tak boleh ambil separuh-separuh :

Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya,
dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaithan. Sesungguhnya syaithan
itu musuh yang nyata bagimu. (QS. 2:208)

amat salah kalu kta lihat Islam hanya solat dan zakat sahaja, politik pun
termasuk juga dalam Islam...hati-hati nanti langkah kita jadi langkah
syaitan)

Pandangan ahli teori personaliti berlainan kerana mereka mempunyai
pengalaman yang berlainan. Teori yang dihasilkan mungkin dipengaruhi faktor
pribadi aliran pemikiran semasa dan ciri-ciri ahli dalam sesuatu kelompok.

(ringkasnya..kita manusia lemah, maka teori yang kita cipta pun ada lah
yang lemah :

Allah hendak memberikan keringanan kepadamu, dan manusia dijadikan bersifat
lemah. (QS. 4:28)

( Jadi isu-isu yang seterusnya...akan membincangkan perkara yang hampir
sama iaitu perbalahan antara teori...saya ingat malas nak ulas
panjang...saya sebut sepintas lalu saja sudah lah...ok..kalau nak tahu
lanjut pergi kedai dan beli buku psikologi Personaliti..baca sendiri)

bersambung




 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "cikgunik" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke