*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Cili Api 90

Pedas-Pedas Cili Api
(16hb Mei 2000)

Gelagat Rafidah Menggelikan

Cili Api kadang-kadang sedih tetapi selalunya geli hati melihat gelagat
pemimpin-pemimpin UMNO. Umpamanya, Ketua Gerakan Wanita Rafidah Aziz
berkata
tidak ada puak-puak dalam gerakan wanita yang dipimpinnya. Tetapi dua
hari
selepas Perhimpunan UMNO selesai, Si Fidah mencantas sembilan orang
ketua
wanita negeri yang ada kaitan dengan bekas ketua yang dulu, Siti Zaharah

Sulaiman.

Nampaknya Mek Siti "sporting" juga orangnya. Dia kata memang menjadi hak
Si
Fidah menukar-ganti ketua-ketua wanita negeri itu. Cili Api teringat
bahawa
apabila Mek Siti ini hendak menukar beberapa orang  kanannya tahun lalu,

beberapa orang yang rapat dengan Si Fidah (dan kalau tak salah Si Fidah
sendiri) melompat menentang. Mereka menarik perhatian  Dr M @ Cek Det
tentang perkara ini. Beliau  mengambil keputusan menasihat supaya Mek
Siti
tidak menggantung tindakan itu. Tentulah nasihat Cek Det diambil sebagai

perintah.

Naib Presiden UMNO yang baru dipilih, Muhyiddin Yassin berkata bahawa
tindakan Si Fidah itu gopoh-gapah. Adakah Muyiddin terperanjat? Dia
tentu
patut faham dengan gelagat Si Fidah itu. Sekarang dilaporkan bahawa Si
Fidah
akan  berjumpa dengan  Cek Det untuk menjelaskan tindakannya. Cili Api
hendak perhati apakah nasihat Cek Det nanti kepada Si Fidah. Adakah akan

sama dengan nasihat yang pernah diberinya kepada Mek Siti dulu? Jikalau
beliau membenarkan tindakan Si Fidah itu, nyatalah kasih sayangnya berat

sebelah.

Dalam pada itu, Naib Ketua Pergerakan Wanita, Datuk Sharizat memberikan
penjelasan panjang lebar tentang pertukaran ketua wanita negeri yang
dilakukan itu. Ada dua perkara yang menarik perhatian Cili Api. Pertama,

mengikut Taukeh Sharizat, Wanita hendak membuka peluang kepada pelapis
muda,
disamping meneruskan khidmat orang lama yang berpengalaman. Ini
baguslah.
Cuma, orang lama berpengalaman yang tidak  diteruskan adalah mereka
dalam
puak Mek Siti (termasuk dirinya). Kedua, Taukeh Sharizat memberi alasan
orang baru yang dilantik itu menjadi anggota Parlimen ataupun DUN. Cili
Api
lihat ini berbeza dengan trend pemilihan Majlis Tertinggi. Ramai orang
baru
yang menang dalam MT tidak ada jawatan dalam kerajaan atau pernah
ditolak
menjadi calon dalam pilihanraya lalu.

Cili Api lihat, sikap dan tindakan Si Fidah ini memang banyak
bertauladankan
sikap dan tindakan tuan besarnya, Cek Det. Cakap tak serupa bikin. Dia
cakap
hendak tegakkan perpaduan, tetapi dia bikin perkara yang boleh
memecahbelahkan. Cek Det memang suka pecahbelahkan UMNO dan orang Melayu

supaya beliau senang perintah. Si Fidah semacam hendak menjejakinya.
Cili
Api tidak hairanlah melihat sepanjang Cek Det membuat ucapan dalam
Perhimpunan UMNO baru-baru ini, Si Fidah sentiasa tekun mendengarnya
dengan
tersengeh   dan  mulut melopong.



Hari Guru Sepi

Hari ini Hari Guru. Tetapi tampak sepi sahaja. Tidak ada apa-apa
sambutan.
Guru adalah golongan yang sangat mulia khidmatnya dalam masyarakat.
Mereka
pembentuk  generasi muda negara. Semasa perjuangan untuk kemerdekaan
dulu,
mereka memberi sumbangan yang sangat besar. Bahkan, pada suatu ketika,
merekalah yang memberi kekuatan pimpinan kepada UMNO.

Akan tetapi sekarang ini guru dan profesyen guru tidak dihormati atau
dimuliakan sebagai yang sewajarnya. Mereka dibebankan dengan kerja yang
banyak, ada kalanya tidak berkaitan dengan profesyen guru. Mereka
kadang-kadang terpaksa mengeluarkan wang sendiri untuk menyediakan
sesetengah alat mengajar. Pihak pemerintah tidak memberi sokongan atau
galakan kepada mereka yang hendak melanjutkan pelajaran. Dibanding
dengan
pekerjaan lain serta berasaskan kelayakan atau kelulusan yang sama, gaji

mereka rendah dan peluang kenaikan pangkat mereka tidak begitu baik.

Cili Api mengingati semua guru yang telah mendidik Cili Api sehingga
menjadi
manusia yang baik. Cili Api salut kepada semua guru kerana khidmat mulia

mereka kepada negara dan rakyat.

Cili Api


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Haji Johari Adam" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke