*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Mengapa Jadi Wanita Kolot?
TOMOK, Bkt Damansara - 16 May 2000

Hey, mengapa pejamkan mata?

Hari ini bukannya tahun 60an atau 70an, wanita zaman ini ada pegangan dan 
pendirian. Berpakaian seksi itu adalah satu 'kuasa' untuk menunjukkan wanita 
itu berani dan ada keyakinan diri!

Hey, mengapa jadi hipokrit?

Semua lelaki ingin didampingi wanita cantik dan seksi. Janganlah disalahkan 
artis-artis wanita, mereka hanya mencari rezeki - jika penampilan mereka 
sama seperti wanita biasa, siapa yang ingin meminati dan menyanjung mereka 
-artis yang berjaya dan popular ialah artis yang seksi, sementara yang 
kurang cantik dan tidak seksi memang susah hendak cari makan!

Hey, mengapa mengata wanita moden?

Kalau wanita moden dan artis tak seksi dan moden, siapa nak tengok dan offer 
berlakon dan ambik gambar kat Majalah Mangga - tayang 'lurah-lurah' sikit 
barulah dinamakan berani dan glamour! Lepas tu ceritalah kat orang ramai ada 
Dato' atau ahli perniagaan minat nak jadikan perempuan simpanan, Glamour 
habis you!

Hey, mengapa nak jadi perempuan kolot?

Kalau jadi wanita yang seksi-seksi nanti ramai orang kaya dan jutawan nak 
berkenalan - kita juga yang senang!

Hey, mengapa anti sangat dengan golongan seksi?

Bukankah keseksian itu membuka jalan ke arah kejayaan dan kemashuran - 
sebagai Ratu Cantik, Ratu Dewi Remaja, Artis Terseksi dan sebagainya? 
Keseksian itulah yang akan dipuji-puji dan diagung-agungkan oleh para 
peminat!

Hey, mengapa anti dengan wanita moden?

Bukankah wanita moden dan seksi dapat bergaul dengan ahli-ahli korporat dan 
orang-orang kaya, bukankah itu akan dapat meningkatkan status sosial wanita!

________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Amran Rostam" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke