*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bismillahir Rahmaanir Rahiim
Assalaamu`alaikum wa Rahmatullahi wa Barakaatuh
   
PSIKOLOGI SOSIAL

(pada kesempatan ini izinkan saya (kalu tak izinpun saya nak tulis juga)
berceloteh atau berbual-bual berkaitan dengan ilmu psikologi sosial adalah
satu bidang yang saya minati semasa belajar di universiti (UKM), saya ingin
merakamkan terima kasih pada guru (pensyarah) saya yang telah
memperkenalkan psikologi sosial pada saya. juga ucapan terima kasih kepada
En. Mohd Makzan Musa yang banyak menulis berkaitan psikologi sosial,
tulisan beliau saya jadikan asas perbincangan ini)

PENGENALAN

Psikologi sosial adalah sebahagian daripada ilmu psikologi yang menumpukan
perhatian kepada tingkah laku sosial manusia. Ruang linkup psikologi sosial
amat luas, sebagaimana luasnya maksud sosial (masyarakat) itu sendiri.Oleh
itu sukar untuk mendapatkan definisi (amksud) yang tepat untuk psikologi
sosial.

(tawaran terbuka untuk sahabat-sahabat yang gatal fikiran untuk cipta
definisi sendiri)

Dua faktor yang menyebabkan definisi menjadi sukar dibuat ialah :1.Bidang
ini penuh dengan pelbagaian (banyak perkara) 2. Berkembang pesat

Tapi definisi umum psikologi sosial ialah ilmu untuk menjelaskan mengapa
dan bagaimana manusia bertingkah laku, berfikir dan merasa di dalam keadaan
yang melibatkan kehadiran orang lain secara langsung atau tidak langsung.

Ringkasnya , psikologi sosial ialah bidang yang saintifik yang cuba
memahami sifat dan sebab manusia bertingkah laku dalam situasi sosial.

(kalau kita membibicarakan diri kita sendiri kita sebut psikologi
personaliti, bercakap tentang masalah manusia kita sebut klinikal auat
kaunseling...kalau kita berbicara tentang fikiran manusia kita sebut
kognitif...dan kalu kita bicara tentang hubungan kita dengan orang lain
kita akan sebut psikologi sosial)

Tiga unsur yang ada dalam definisi akan dijelaskan iaitu 
1.tingkah laku
2. saitifik
3. situasi sosial

Tingkah laku dalam definisi  merujuk pada perasaan, pemikiran dan tindakan
yang kelihatan

(betapa kuat dan besarnya pengaruh Behaviurisme (mazhab tingkah laku) dalam
psikologi ...hinggakan tingkah laku ditafsikan sebagai perasaan dan
pemikiran)

Konsep saintifik pula merujuk kepada kaedah (cara) atau teknik penyelidikan
yang di dalamnya terdapat ciri-ciri sains (ada pengiraan) untuk memahami
tingkah laku manusia. ciri-ciri tersebut seperti kesahan, keboleh percayaan
dan emperikal.

(biasanya kaedah yang digunakan untuk mengukur tingkah laku dan ciri-ciri
manusia ialah soal selidik dan kaedah-kaedah experimen yang lain)

situasi sosial pula dipengaruhi oleh faktor sosiobudaya seperti nilai,
norma dan standard. Faktor yang mempengaruhi tingkah laku juga dilihat.

Oleh sebab , psikologi sosial berperanan memahami segala tingkah laku
manusia dalam latar sosial yang pelbagai, maka maklumat yang diperolehi ini
membolehkan kita meramal tingkah laku sosial dan mungkin dapat mengubah
tinglah laku dengan cara yang tertentu.

(bila saya duduk berseorangan..maka tak ada kaitan lah dengan psikologi
sosial. tapi bila sahabat/anda jumpa dengan saya, maka terlibatlah saya
dengan psikologi sosial :
1. Persepsi/tanggapan :sapa nih macam cam (kenal) aja...(rasa macam cam
..jangan merokok)
2. Sikap : saya suka atau tidak dengan anda
3. pemujukan : saya pujuk anda supaya baca karangan saya.
4. prangsaka : saya kan prjudis atau buat tanggapan biasanya tak baik, anda
tentu nak kacau saya
5. cinta : saya mungkin jatuh cinta pada anda ...pandangan pertama, itupun
kalau anda wanita..kalau tidak...haram (namun psikologi sosial Barat turut
membincangakan soal homoseksual )
6. Agresif/langsangan :Saya marah bila anda ganggu saya...nah ambil satu
penumbuk
7. kepimpinan : saya akan lanti anda sebagai ketua (lepas tu saya pecat
balik seperti yang dilakukan oleh PM pada TPM)
7. Prososial : Saya akan bantu anda bila anda memerlukan bantuan. )


(Kenapa kita perlu belajar psikologi sosial ? tak kisah kalu tak belajar
pun ..tak ada yang suruh...tak paksa pun,...tak ada dalam akta pun (cuma
mungkin ada dalam ISA)

Laa..sekurang-kurangnya ingat sikit hadis nabi yang suruh kita menuntut
ilmu dari buaian hingga ke liang lahad.

Sebab kena belajar ialah kita makhluk sosial. hidup bermasyarakat. tak
boleh hidup berseorangan (sendiri-sendiri) kalau tidak kita akan jadi tak
berapa betul...kalau jadi doktul (doktor) ada faedah juga.

Namun sebab yang paling utama ialh rujuk maksud ayat ini :

Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan
seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku
supaya kamu saling kenal-mengenal.Sesungguhnya orang yang paling mulia di
antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara
kamu.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal (QS. 49:13)

Hidup kita nih...kalau nak tahu...bukan sekadar memenuhi makan, pakai,
tempat tinggal atau pangkat, saham, kronie, harta , mahligai ??(itu fikiran
Barat...dan seangkatan dengannya...saya tak kata UMNO) ..tapi yang lebih
utama ialah kerana manusia adalah khalifah Allah di bumi ini...oleh itu
ikutilah panduan al-Qur an dan as Sunnah.)

Bersambung....

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "cikgunik" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke