*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
salam~

Tak silap saya minggu lepas ada sahabat bertanya dalam hizbinet ini meminta
maklumat mengenai tempat2 menarik di Langkawi.

Secara kebetulan, saya ada terbaca satu catatan perjalanan seorang hamba allah
di satu mailing list yg lain mengenai lawatannya ke Langkawi. Di sini 
diforwardkan tulisan beliau itu untuk tatapan bersama. Moga ada manafaatnya.

-hantu raya-

--------------------------------------------------------------------------

zamros wrote:

Saya sebenarnya dah 7-8 kali pi Langkawi. Kali pertama ialah tahun1986
dengan geng motor tempat saya. Masa tu, Makam Mahsuri tarak
tembok dan pagar lagi, Beras Terbakar masih boleh dikutip dan dijumpai
dengan mudah, Airport Pdg Matsirat baru dok tolak
tanah/tambun. Motor2 kami pakai ikat kat belakang bot dari K.Perlis ke
Lamgkawi.
Bulan November 1999 yang lalu, saya ikut rombongan kilang ke Langkawi.
Semua kilang support, kecualilah beli-belah.Pi naik bot
Ekspress Bahagia dari Penang. Namun Ekspress Bahagia menjadi Ekspress
Derita kerana semua yang ikut rombongan tu, kecik besaq
semua pakat pening kepala dan muntah...mabuk lauttt...ombak kuat
sangat.Yang nak pengsan pun ada.Tapi pi ramai2 ni tak syok sebab
tartakluk dengan jadual. Kami duduk kat Motel Sandy Beach Resort time tu
(RM50 sehari).
Dua bulan lepas saya rancang nak ke Langkawi lagi, sebab tak puas pi
hari tu. Maka saya dan isteri pun pakat himpun duit banyak2,
sebab kali ni nak ajak emak, adik2 dan mertua serta anak2 saudara yang
kecik2 tu sekali pi. Tanggal 10/6/00, kami pun bertolaklah
denagn 2 buah kereta dari rumah di Tasek Gelugoq pukul 7.15am. Semua 12
orang ikut, 8 dewasa dan 4 budak2. Sengaja saya pilih pi
melalui K.Perlis sebab laut di situ kurang gelombang dan dekat sikit
dengan Langkawi. Sampai K>Perlis dah 10.30am. Lambat sebab jalan
pelan2 dan singgah banyak tempat. Ikut jalan biasa, kalau ikut hiway, 2
jam pun boleh sampai.
Parking kereta kat K.Perlis tak susah, sebab penduduk2 K.Perlis buat
bisnes parking kata halaman rumah depa. Tapi kami pilih parking
kat satu lot khas, kena RM36 untuk tiga hari parking bagi 2 kereta.
Naik bot LADA (Langkawi Development Authority) pukul 11.00am. Tambang
RM12 seorang. Bot LADA adalah yang terbaik sebab di selesa
dan lebar. Baru pulak tu. Sampai Langkawi 12.00tgh. Cuaca Langkawi lain
dari kita kat Semenanjung, sana panas membakar pedih. Jumpa
kawan sekampung kat sana, dia kerja polis kat balai Kuah. Sewa van
Nissan Vannette (KV 8440-A) darinya, RM170 untuk 2 hari. Bolehlah
bawa kami 12 orang walaupun berhimpit2. Saya jadi driver. Tugas pertama
ialah kena cari Mes PDRM, tempat inap yang kawan tadi
rekomenkan. Dia dah booking awal2 lagi, kami hanya pi check-in dan bayar
bill saja. Saya bukannya biasa bawa van, inilah pertama kali.
Saya pun dah tahu sikit2 jalan2 dalam Langkawi. Kawan tu beri petua
kedudukan Mes PDRM tu. Kami pun mulalah perjalanan menuju Air
Hangat. Tersesat sikit sampai ke Kilang Simen, tak jumpa Mes tu.
Berhenti tanya guard kilang simen, barulah jumpa akhirnya.
Kedudukannya ialah di Pantai Pasir Hitam, hanya kira2 500 meter selepas
bulatan Air Hangat. Tapi susah nampak sebab ia ke dalam sikit,
kena masuk mini tar macam di kampung. Tempat tu sunyi sikit, tambah2
bukan musim cuti, lengang. Check-in dan bayar bill RM120
untuk menginap 2 hari. Kami duduk di rumah (depa panggey pangsapuri)
Tanjung 2. Selesa tinggal di situ. Lengkap dengan aircon, peti
ais, cerek, telefon, veranda, bilik air, bilik tidur 2, katil, almari
baju 2, sinki dll. Rumah dibuat dari kayu semuanya menyerupai rumah
Eropah. Belakang ada pantai. Cukup nyaman. Kat luar ada kolam renang
untuk budak2, tak kena duit. Padang permainan pun ada,
macam2 boleh main macam kat kelab sukan. Kami letih dan tidur dulu.
Petang keluar ke Pekan Kuah shopping. Masuk Bazaar, orang tua beli kain
batik. Isteri saya pun beli kain batik dan beberapa T-Shirt cap
Langkawi. 3 helai RM10. Selepas maghrib, pi kat Dataran Helang. Sesiapa
tak biasa pi situ, dia akan takjub, silap2 buleh meleleh ayaq liug
tengok besar dan indahnya tugu burung helang kat situ. Kuku burung tu,
sama besaq dengan badan saya. Bayangkanlah burung tu
besaq mana? Warna2 dia pulak, fuhhh...macam emas, berkilat2. Ini dia
projek yang sangat membazir duit rakyat, tapi cantik.  Kat situ
juga ada layar TV gergasi, malam tu depa tayang pasal pilihanraya Teluk
Kemang. Dah letih, balik semula ke Mes.
Hari Kedua:
Semua bangun awal, bersiap dan mula bergerak. Sarapan kat warung Pantai
Kok. Makan nasi lemak ( ada rambut dalam nasi
tuu...sssyyyy...). Teruskan perjalanan ke Taman Buaya Teluk Datai.
Punyalah mahal bayaran masuk, iaitu RM7 seorang. Tak jadi masuk
sebab nak save belanja. Hala pula ke Telaga Tujuh. Panjatla kami ramai2.
Pakat letih habis. Saya kena dukung anak, lagi teruk. Emak,
mertua, isteri dan anak berhenti pertengahan jalan. Ada yang nak muntah.
Saya dan adik2 panjat juga sebab alang2 letih. Sampai di
atas, tak ramai orang. Tapi best sebab sejuk. Telaga yang atas sekali
kami tak sampai sebab keletihan sangat. Orang kata yang atas sekali
lagi syok, rasa macam di atas puncak dunia. Turun semula, amat
memenatkan. Kat bawah, telan ayaq 100 Plus dan Red Bull banyak2 nak
bagi pulih balik tenaga.
Hujan renyai dan kian lebat. Pandu lagi menuju ke Beras Terbakar. Cari
tempat tu tak jumpa. Dulu macam lain, dalam kampung.
Berhenti tanya orang. Rupa2nya kena berjalan kaki masuk celah2 kain baju
yang bertgantungan di kiri kanan yang dijual macam bazar.
Tempat tu dah berpagar, tak boleh masuk. Cuma boleh tengok sampel beras
terbakar yang diletakkan segenggam di dalam bekas kat
situ. Amat berbeza dengan dulu. Tak boleh pi mana sebab hujan kian
lebat. Lepas hujan reda, baru teruskan ke Makam Mahsuri di Ulu
Melaka. Sedikit orang di sana. Isteri saya tak masuk ke makam sebab dah
masuk baru2 ini. Dia terus ke gerai ubat2an di tepi situ, beli
minyak gamat 15 botol RM10, bedak batu nasila untuk jerawat, minyak
angin dan lain2. Saya bawak emak, mertua dan adik2 ke makam.
Sedekah al-Fatihah di situ. Saya nampak emak mengesat airmatanya,
mungkin sedih dengan peristiwa Mahsuri yang lampau. Terus ke
Perigi Mahsuri tepi sawah. Basuh muka dengan airnya. Naik pulak atas
rumah tradisional (rumah mahsuri kot?). Rumah menggunakan
100% perkakas dan bahan lama. Ada kumpulan berzanji (atau seumpamanya)
di atas rumah tu. Dah selesai lawat makam, memandu lagi. Kali ini tiada
destinasi lain, sebab hari hujan. Menuju pekan Kuah. Tersesat pulak
sampai ke Airport, masuk dalam Airport. Pusing pi mai pi mai jumpa jalan
tu juga. Akhirnya jumpa juga jalan ke Kuah. Tak singgah dah di Kuah.
Niat nak balik ke Mes. Sampai kat Kilim, adik2 teringin nak tengok snake
show. Masuk tengok, tiket RM3 seorang. Hari tu tiada show, cuma tengok
ular, buaya dan lain2 binatang dalam sangkaar. Kira OK juga, budak2 suka
la. Ada monyet, kancil, ayam katik, dan lain yang tak pernah dilihat kat
tempat sendiri. Dah boring, keluar. Sapa nak singgah kat Galeria
Perdana, tak jauh dah dari taman ular Kilim tu. Kat Galeria tu ada
hadiah2 yang diterima oleh Perdana Menteri MahaFiraun kita semasa
lawatannya ke seluruh dunia di pamirkan. Saya nampak adalah 2-3 biji
kereta kat situ. Mungkin orang tak suka kat PM kita, sebab tu orang tak
melawat (dengar2 tiketnya RM2 saja), termasuklah saya yang selama ni tak
berapa buleh tengok gambar2 PM kita, hati rasa macam berdendam saja bila
tengok muka dia tengok dia (minta maaf, fanatik sikit saya ni....). So,
saya tak melawat Galleria tu. Terus balik ke Mes untuk berehat. Lepas
Asar, bawa anak2 berenang kat kolam renang tepi Mes. Jernih air dia,
nampak simen. Budak2 punya syok main sampai biru bibir mulut. Malam tak
pi mana, tengok TV (siaran paling jelas ialah TV3, yang lain kelabu asap
sikit).
Hari ketiga:
Hari ni kami nak balik Penang. Semua bangun awal, nak habiskan lawatan
ke tempat2 yang belum dilawati. Pekena nasi lemah kat gerai Bulatan Air
Hangat. Terus ke Tanjung Rhu (2km dari Mes). Belum ada orang sebab awal
lagi. Kedai pun baru nak buka. Pemandangannya memang menakjubkan, cantik
sungguh pulau2 yang jarak 1-2 km dari Pantai Tanjung Rhu. Kalau kena
timing dia, kita boleh berjalan dalam laut hingga ke pulau2 tu, airnya
cetek hingga lutut saja, ada macam tambak dalam laut. Ikan2 bermain di
tepi kaki kita saja, nampak jelas. Tapi awas, kat situ terkenal dengan
Mat Salleh telanjang tanpa seurat benang pun. Mata saya liar perhati,
bukannya bertujuan nak tengok depa, tapi kalau ternampak, sekurang2nya
boleh lekas2 cabut jangan bagi orang tua saya tengok, malu kat depa.
Masa saya ke sana Nov'99 yang lalu, depa tidur atas pantai tanpa pakai
baju. depa buat taktau saja walaupun kita lalu tepi depa. Ini perkara
benar, jaga2lah kalau bawa ibubapa dan anak2 ke sana.
Lepas Tanjung Rhu, patah balik ke Pasir Hitam, pi pulak ke Pusat
Kesenian, Kebudayaan dan Kraftangan. Letaknya hanya 1km dari Mes, tepi
jalan saja. Saya kagum dengan barang2 dalam Pusat tu. Kita boleh beli
kalau mahu. Harga lebih kurang macam kat tempat kita saja, tapi
pilihannya banyak. Tengahari baru balik ke Mes. relax sat. Pukul 1.00pm,
check-out dan balik ke Kuah. Selamat tinggal Mes PDRM. Kami akan datang
lagi nanti. Masuk bandar Kuah, singgah kedai elektronik. Saya teringin
satu Amplifier Home Theatre JVC model baru kat situ. Dolby Digital AC-3.
Ada Sistem DTS (Digital Theatre Sound). Harganya hanya RM690.
Tapi saya frust tak boleh beli, sebabnya nanti kena cukai. Saya hanya
tinggal 2 malam di Langkawi, hanya boleh beli barang letrik yang RM500
ke bawah tanpa cukai. Kalau lebih, mesti kena cukai. Hantar van kepada
kawan saya kat Balai Polis Kuah, dan dia tolong hantarkan kami ke Jetty
Point untuk pulang. Naik bot 'Campur Baru', tak sebagus bot LADA, tapi
tambangnya sama saja. Balik ke rumah semua pakat demam habis, apa lagi,
'tuang' kerja la, ambik MC. Adik saya bertambah2 kuat la demam dia sebab
anak  ayam katik yang dia bela kat rumah dah mati 2 ekor selama kami di
Langkawi. Makanan cukup, tapi ada orang tutup lampu yang memmanaskan
ayam tersebut, jadi ayam tu pun 'kiok'. Katanya, dia menyesal ikut pi
Langkawi. Ayam tu katanya, orang dah minta nak beli RM800.00, tapi dia
tak mau jual lagi, tunggu harga tinggi sikit. La ni, sekupang pun tak
dapat. Sekianlah adanya.
Sesiapa nak contatct Mes PDRM Langkawi, bolehlah anda hubungi Balai
Polis Kuah di nomber 04-9666222, tanya depa. Mesti depa bagitau punya.
Saya tak tau no. Mes tu, maklumlah kawan yang buat booking, saaya pi
duduk saja.
Sekian.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Hantu Raya <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke