*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Saya baru terperasan saudara Rizal mengatakan anak saudara tak dapat tidur 
kalau tidak dibuai.

Saya pernah terbaca artikel dalam muslimat net petua supaya anak dapat tidur 
hingga pagi.  Saya telah mempraktikkannya kepada anak saya yang terakhir dan 
Alhamdulillah menjadi.

Pada minggu pertama biarkan anak tidur ikut selera dia.  Berikan susu 
mengikut time(kalau ikut doktor dia pasti marah).  Saya berikan anak saya 
susu setiap 3 jam.  Pada minggu kedua atur susu anak anda supaya anda boleh 
menyusukan dia tepat pada jam 12 malam.  Mengikut doktor yang berikan petua 
ni susu pada jam 12 malam paling pekat.  InsyaAllah bayi akan tertidur 
selama 5 atau 6 jam.  Mungkin ibu boleh mula tidur jam 9:00 malam, tapi 
pastikan seseorang mengejutkan ibu pada jam 12 malam untuk menyusukan anak.  
Pastikan anda menyalin lampin anak sebelum dia tertidur samada sebelum 
menyusu atau selepas menyusu.  Bila dalam pantang lagi dia sudah terbiasa 
tidur nyenyak sepanjang malam, dia biasanya tak meragam lagi selepas tamat 
tempoh pantang.

Buai kalau boleh jangan diamalkan sangat, bukan apa, kalau nak berjalan 
susah.  Kalau nak tidur rumah orang yang tak ada anak kecil, macamana?  Atau 
kalau kita pergi outing, hotel biasanya tak menyediakan buai.  Masa tulah 
kita rasa peritnya ajar anak berbuai.  Saya tak ajar anak berbuai, tapi di 
rumah baby sitter memang dia buaikan.  Tapi Alhamdulillah di rumah tak pulak 
dia minta dibuaikan.  Kalau siang hari mau sampai 2 jam dia tidur.

Kalau dah mula ajar anak berbuai, ambil masa paling lama seminggu untuk 
memisahkan dia dari buai.  Tahan hati dan tahan telinga supaya dia dapat 
berpisah dari buai.


>From: "RASEET SITRATA" <[EMAIL PROTECTED]>
>Assalam'mualikum'
>
>Saya amat simpati diastas peristiwa sedih yang menimpa saudara kita, walau
>bagaimana pun anggaplah ia suatu takdir yang mempunyai hikmah yang
>tersembunyi diluar jangkauan akal (life still goes on).
>
>Suatu perkara yang amat saya tertarik ialah apabila kita mengeluarkan
>perkataan "JANGAN" tanpa merujuk AL'Quran dan AL'Hadith dan rasional 
>sebagai
>manusia(nature).Contohnya;
>1.) Jangan naik kereta nanti accident(mati)
>2.) Jangan menyuarakan pendapat nanti kena tangkap
>3.) Jangan membangkang nanti terkangkang
>4.) Jangan berniaga nanti rugi
>5.) Jangan Haramkan arak/judi nanti tak dapat cukai .
>6.) dll jangan
>
>Sebenarnya perkataan "JANGAN" yang tidak berasas adalah suatu momokan
>penjajah yang memjadikan masyarakat melayu terus layu ditelan zaman.
>
>Wassalam.
>>From: Rizal Md Sani <[EMAIL PROTECTED]>
>>To: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], 
>>[EMAIL PROTECTED],
>>        [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED],
>>     "'shah'"  <[EMAIL PROTECTED]>

>>Kenapa sesiapa yang lebih arif dalam hal ini tolong ceritakan. Sebab saya
>>baru sahaja dapat cahayamata. Tapi kalau baby saya nak tidur tanpa guna
>>buai nampaknya saya kena berjaga dari malam sampai subuh.
>>
>>Walau bagaimanapun saya rasa ada beberapa perkara yang perlu diambil kira
>>atau kemungkinan terjadi sesuatu yang tak pasti..
>>
>>1. Mungkin saudara tidak perasan kemungkinan kepala anak saudara terantuk
>>dengan tiang buai.
>>2. Mungkin cara saudara buai terlalu kuat menyebabkan perkara tersebut
>>terjadi.
>>
>>Walaubagaimana pun saya mendoakan semoga anak saudara cepat sembuh.
>>
>>Lagi satu saya harapkan agar saudara jangan  sebarangan mengeluarkan fatwa
>>untuk mengharamkan buai tersebut.
>>
>> > ----------
>> > From:      shah[SMTP:[EMAIL PROTECTED]]
>> > From:              "Hasnan Hakim" <[EMAIL PROTECTED]>
>> >
>> > Dear all,
>> >
>> > A'kum.
>> >
>> > Saya nak beritahu, please, jangan buai baby anda.  Jangan
>> > goncang baby anda dengan apa cara sekalipun.  Brain baby anda masih
>>lembut.
>> > Kalau dibuai, digoncang akan berlaku perdarahan dalam kepala.  Haramkan
>> > buaian!  Jangan buai atau goncang baby anda.
>> >
>> > This happened to my second baby who is about 2 and a half months old.
>>My
>> > baby was admitted to ICU Pediatric HKL last Monday (19.6), and is still
>> > under close supervision at PDHW ward, HKL.  Doctors drilled two holes 
>>on
>>top
>> > of his skull to drain the blood clot accumulating in between the skull
>>and
>> > the brain last Wednesday (21.6).  Now, I am facing two possibities: a
>>normal
>> > baby and, God Forbid, a not normal one.  Doakan anak saya selamat!
>> >
>> > I know of two similar cases: one, ending in death, and another resulted
>>in
>> > cancerous growth in the brain 6 year later.  There are other cases of
>>blood
>> > effusion in the skull which we do not know.  Approximately, as I was
>>told by
>> > a few doctors at Pediatric, 4-5 similar cases are being referred to
>> > Pediatric weekly.
>> >
>> > Please, prevent this from occuring to your baby.  Jangan buai anak 
>>anda.
>> > Jangan goncang anak anda.  BUAIAN BAHAYA! HARAMKAN BUAIAN!  Renung dan
>> > Jagalah Masa Depan Anak Anda.
>> >
>> > Please redistribute and inform your friends and families.
>> >
>> > Hasnan Hakim
>> > Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR)
>> >
>> >
>> >

________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Ui Dann" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke