www.parti-pas.org/terengganu/

Soal 4 : Benarkah Allahyarham Tun Abd Razak membuat keputusan pada tahun 1974 agar memberi royalti minyak kerana Negeri Terengganu adalah
sebuah negeri yang termiskin pada ketika itu?
Date: Thu, 5 Oct 2000 12:10:05 +0800

Benarkah Allahyarham Tun Abd. Razak membuat keputusan pada tahun 1974 agar
memberi royalti minyak kerana Negeri Terengganu adalah sebuah negeri yang
termiskin pada ketika itu ?
Siri 4
Soalan : Benarkah Allahyarham Tun Abd. Razak membuat keputusan pada tahun
1974 agar memberi royalti minyak kerana Negeri Terengganu adalah sebuah
negeri yang termiskin pada ketika itu ?
Jawapan: Kenyataan ini adalah satu angapan yang tidak benar dibuat oleh
Kementerian Kewangan sebagai alasan menafikan atau menghapuskan hak royalti
petroleum kepada negeri Terengganu pada tahun 1974. Petroleum belum lagi
dijumpai di dasar lautan dimana-mana negeri di semenajung khususnya di
negeri Terengganu. Petroleum yang dijumpai pada masa i! tu hanyalah didasar
laut di Sabah dan Sarawak sahaja.
Benar sekali negeri terengganu pada masa itu miskin bahkan pada masa ini pun
negeri ini masih lagi miskin.
Pada tahun 1974 Allahyarham Tun Abd. Razak tidak tahu sama ada petroleum
akan dijumpai atau tidak dimana- mana negeri di semenanjung.Pada masa itu
saya memegang jawatan peguamcara Negaradan saya yang mengarang Akta Kemajuan
ini dibawah arahan Allahyarham Tun Abd. Razak.Allahyarham Tun Ismail Ahli (
Bekas Gabenor Bank Negera), Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Yaakubdan
Yang Amat Mulia Tengku Razaleigh bin Tengku Mohd Hamzah. Pada ketika itu
perhubungan kerajaan pusat yang diterajui oleh Allahyarham Tun Abd. Razak
dengan kerajaan negeri Sabah dan Sarawak amatlah gentin dan tegang.
Masalah dengan Sarawak ialah tengtan royalti petroleum yang mana Sarawak
mendakwa hampir-hampir 100%. Begitu juga negeri Sabah. Alasan mereka
menuntut sepenuh royalti itukerana mereka berkata seb! elum mereka masuk
Malaysia pada tahun 1963 mereka sudah ada dasar lautan bersendirian yang
diistiharkan oleh kerajaanKolonia British.
Mereka kata dasar lautan negeri ialah sebagai hak milik mereka.Dakwaan itu
sebenarnya menyalahi prinsip Undang-undang antarabangsa.
Kerajaan pusat tidak bersetuju. Pertikaian ini disemarakkan oleh Kementerian
Perusahaan Utama apabila kementerian mengambil langkah untuk membuat satu
perbadanan undang-undang bernama HIKMA untuk menyelenggarakannehwal mencari
dan mengusahakan petroleum di Malaysia.
Pertikaian kerajaan pusat dengan kerajaan negeri tidak terputus kerana soal
petroleum. Perselisihan fahaman di antara kedua kerana Allahyarham Tun
Mustafa selaku Ketua Menteri Sabah bertindak terlampau bebas, terbang ke
sana ke mari Sehingga masanya dihabiskan di luar Malaysia.
Usaha Allahyarham Tun Abd. Razak cuba menghadkan kebebasan Tun Mustafa
menyebabakan perselisihan dianatara mereka semakin hebat.
! Tindakan Kementerian Perusahan utama ini- pada masa menterinya ialah Yang
Amat Berhormat Datuk Patinggi Haji Taib-menambahkan lagi pertikaian diantara
kerajaan Swarawak dan kerajaan pusat daripada Malaysia.
Sekiranya Pertembungan antara Kuala Lumpur dan Kuching dan Kota Kinabalu
berterusan ada kemungkinan Sabah dan Sarawak akan menarik diri daripada
Malaysia.
Jikalau ini berlaku Malaysiatidak akan ada lagi kerana Singapura sudah
keluar daripada Malaysia pada tahun 1965. Untuk menyelesaikan pekara ini
Allahyarham Tun Ismail Ali, Yang Amat Mulia Tengku Razaleigh Hamzah dan saya
mengambil langkah mencari penyelesaian. Akhirnya Datuk Patinggi Haji Abdul
Rahman Yaakub dan tun Abdul Razak bersetuju bahawa serawak menjatuhkan
tuntutan dengan sepenuhnya dan tidak lagi menuntut bahawa dasar lautan Sabah
dan Sarawak sebagai keupayaan negeri-negeri itu. Apa yang mereka bersetuju
ialah mengenai hak keupayaan petrolem yang ada di dasar lautan itu. H! ak
kepuyaan itu ialah hak negeri- negeri dalam Malysia dan hak keupyaan itu
diserah kepada petonas dan sebagai balasan bagi petronas menerima hak
keupayan itu petronas dikehendaki membayar wang tunai kepada kerajaan
persekutuan dan kerajaan negeri-negeri berkenaan satu jumlah yang
dipersetujui di antara pihak berkenaan.
Perkataan royalti tidak digunakan kerana hendak menjaga sensitiviti kerajaan
negeri Sarawak. Tetapi hakikat inilah Allahyarham Tun Abdul Razak dalam
penyelesaian politik ini tidak hanya bersetuju bahawa royalti hanya dibayar
Sabah dan Sarawak sahaja, bahkan ini disambungkan kepada mana-mana negeri di
semenanjung ini. Sekiranya petroleum dijumpai di negeri itu. Inilah sebabnya
Seksyen 4 Akta Kemjuan Petroleum menyatakan bahawa wang tunai itu hendaklah
juga dibayarkan kepada mana-mana negeri yang berkenaan dengan tidak
menentukan mana-mana negeri. Istilah negeri-negeri berlkenaan mestilah
mempunyai makna "negeri-negeri y! ang man petroleum dijumpai dan dikeluarkan
pada masaitu petroleum sudah dijumpai dan dikeluarkan didasar laut Sabah dan
Sarawak tetapi belum lagi dimana-mana di dasar laut negeri- negeri
Semenanjung."
Dengan secara umum Allahyarham Tun Abdul Razak tidak mengamalkan runding
diantara negeri-negeri Malaysia Timur( Sabah dan sarawak) serta negeri -
negeri Malaysia Barat. Oleh kerana Sabah dan Sarawak dijumpai petroleum dan
berhak kepada royalti, kenapakah negeri-negeri lain di Semenanjung jika
petroleum juga dijumpai dan diusahakan tidak diberi hak yang sama kepada
semua negeri? Ini ialah negeri-negeri bersekutu di bawah nama Malaysia. Di
atas pinsip keadilan dan layanan dan hak yang sama bagi semua negeri-negeri
dalam Persekutuan, maka hak royalti petroleum itu diberi kepada
negeri-negeri berkenaan.
Yang demikian maka petroleum dijumpai dan diusahakan di negeri Pahang,
Johor, Perlis dan sebagainya. Petronas wajib membuat bayaran royalti! kepada
negeri itu tetapi Allah memberkati negeri Terengganu yang mana petroleum di
Semenanjung ini hanyalah dijumpai dan diusahakan di negeri Terengganu. Di
negeri-negeri lain tidak ada hak mencampuri hal ini dan kerajaan pusat tidak
boleh menghalang penerusan membayar royalti itu kepada negeri Terengganu.
Anggapan siaran akhbar Kementerian Kewangan mencampuri hal ini seolah-olah
menuduh Allahyarham bersikap tidak kasih kepada negeri Terengganu dan
mendiskriminasikan negeri lain, pada hal negeri-negeri itu pun miskin juga.
Anggapan ini seolah-olah menuduh Allahyarham Abdul Razak sebagai bertindak
tidak adil.
Kesimpulannya ialah:
1. Allahyarham Tun Abdul Razak tidak pernah mengatakan dan akta kemajuan
petroleum tidak sebut bahawa wang tunai sebagai balasan kepada peyerahan hak
kepunyaan petroleum hendaklah dikhusus dibayar kepada negeri Terengganu
kerana negeri ini ialah yang termiskin.
2. Tidak ada satu bukti pun setakat yang s! aya tahu bahawa bayaran itu ialah
kerana negeri Terengganu sebuah negeri yang termiskin.
3. Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan perjanjian yang dibawahnya ialah untuk
menyelesaikan pertikaian politik di antara kerajaan negeri di Malaysia Timur
dengan Kerajaaan Pusat.
4. Di samping itu akta ini hak menerima dan mentahkikkan lagi undang-undang
dan perlembagaan bahawa tiap-tiap buah negeri dalam sesuatu persekutuan
mestinya mempunyai hak dan layanan yang sama. Tidak ada diskriminasi di
antara satu sama lain, kecuali atas sebab yang tertentu. Sabah dan Sarawak
dan Terengganu berhak kepada royalti kerana petroleum dijumpai dan
diusahakan di negeri itu. Negeri-negeri lain dalam Malaysia tidak ada hak
kerana tidak dijumpai dan dikeluarkan petroleum di dasar lautan mereka. Dan
lagi di antara Sabah, Sarawak dan Terengganu tidak boleh diskriminasikan hak
mereka dengan berterusan bayaran royalti kepada Sabah dan Sarawak. Tetapi
hak negeri Terengga! nu dihapuskan walau bagaimanapun penghapusan itu tidak
sah dan berkesan dari segi undang-undang.



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Photos - 35mm Quality Prints, Now Get 15 Free!

Kirim email ke