*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Pagi tadi 12/10/2000; on the way nak mai kerja, saya terdengar berita Radio 
pukul 8.00, ada berita duka dari Palestine sana. Berita terbaru, 3 orang lagi 
saudara seislam kita di sana telah ditembak mati, menjadikan jumlahnya kini 
mencecah angka 102 sejak kematian yang pertama pada 28 hb September yang lalu. 
Salah seorang yang ditembak mati itu kena peluru hidup betul-betul di jantung 
beliau, seorang lagi kena tembak di bahagian perut.

Sebut 28 Sept, sekali lagi, teringatlah kita kepada pertemuan Hamid Albar dan 
Si David Levy di New York pada 26 Sept tahun lalu. Dan, teringatlah juga kita 
kepada kes perbicaraan kriket yang masih belum tahu hujung pangkalnya ini, dan 
teringatlah juga kita kepada Utusan Khas Dr Mahathir ke bumi Yahudi, Tunku 
Imran untuk merintis jalan bagi menjalin 'hubungan diplomatik' dengan  Israel 
tempoh hari.

HA, HARI INI BILA DAH 102 ORANG KENA SEMBELIH DENGAN KAWAN-KAWAN YAHUDI KITA 
TU; TAK TERASA BERSALAH KAH KITA??

Cakap pasal perkembangan terbaru di Palestine ini, tak ramai rasanya kita yang 
aware bahawa Israel bukan setakat dah bunuh hidup-hidup 102 orang saudara kita 
itu, tapi depa dah makin tunjuk belang; Utusan Malaysia 11/10/2000 melaporkan 
bahawa Israel telah memberi amaran keras,  tidak akan teragak-agak melancarkan 
serangan ke atas Syria dan Lebanon kerana mendakwa kedua-dua negara itu 
bersubahat dengan pejuang-pejuang Hizbullah yang telah menawan 3 orang tentera 
Israel awal minggu ini.

Mendengar ugutan Israel itu, Arab Saudi dengan lantang berkata bahawa mereka 
dan lain-lain negara Arab tidak akan teragak-agak untuk bertindak balas jika 
sekiranya Israel menyerang Lebanon atau pun Syria.

Untuk itu, sebagai menyatakan sokongan yg tidak berbelah bahagi, Arab Saudi 
telah menghantar bantuan berjumlah RM40 Juta kepada Palestine bagi membantu 
mereka menghadapi ancaman terbaru Israel ini. Yaman pula menyerus negara2 Arab 
menghantar bantuan kemanusian dan juga bantuan KETENTERAAN.

Sultan Qabus dari Oman pula telah pun menghantar bantuan2 lain kpd Palestine. 
Yang menariknya pula, kerajaan UAE menghantar bantuan kewangan hasil potongan 
satu hari gaji setiap kakitangan kerajaannya.

MALAYSIA PULAK MACAM MANA?

DUIT ROYALTI TERENGGANU YG HANGPA SEKAT TU, KALAU HULUR PI SANA SIKIT ADA 
PAEDAHNYA JUGA!!

KITA PULAK SECARA INDIVIDU MACAM MANA?

ADA KA DOK HULUR SINGGIT DUA KAT TABUNG DEPA, ATAU PUN CUMA DOK SEMANGAT SAJA 
TENGOK BERITA, LEPAS TU  PI MASUK BILIK TERUS LENA!!

Ringkas ceritanya, la nie kalau kita baca paper atau bukak TV dan radio, mesti 
cerita pembunuhan kejam di Israel ini akan menjadi berita utama.

Tapi, dalam sedar tak sedar, kita pakat-pakat lupa bahawa nun, tak jauh di 
sempadan sana, dua tiga minggu lepas juga sejumlah 129 orang saudara seislam 
kita telah di'sembelih' hidup-hidup oleh tentera kuffar Filipina di kepulauan 
Jolo sana. Apa salah depa? Salah depa sebab depa dikatakan terlibat dalam apa 
yang dikatakan sebagai kumpulan Jenayah The AbuSayyaf Group!!  [The Star 
9/10/2000]

Masa depa culik rakyat kita dulu tu, ada ka depa sembelih sapa-sapa? Ada ka?

Tak ada!!!!!!

HABIS TU, BERBANGGAKAH KITA APABILA 129 ORANG - YG KITA TAK PASTI ADAKAH 
KESEMUANYA TERLIBAT DLM PENCULIKAN ITU - DIBUNUH HIDUP-HIDUP SEDEMIKIAN RUPA!!

Untuk yang terlupa atau pun buat-buat lupa, nak habag mai kat hangpa bahawa 
operasi ini melibatkan 5000 orang ketumbukan tentera laut, darat dan udara 
Filipina, yg menggempur siang malam 24 jam tanpa henti ke atas perkampungan 
orang2 Islam di kepulauan Jolo sana. Tak pasti pulak dalam 129 orang itu, 
berapa lelaki, berapa pompuan, berapa dewasa, berapa kanak-kanak, dan berapa 
pula bayi. Yang pastinya, saya sendiri pernah mendengar daripada mulut salah 
seorang panglima perang MILF dlm satu ceramahnya bahawa tentera Filipina ini 
terkenal dengan kerakusannya mengebom dan membunuh orang2 Islam yg tidak 
berdosa. Sekali tu, satu bom terjatuh di satu madrasah yg memuatkan budak2 
laki dan pompuan umur lima enam tahun tengah dok mengaji mukadam. Habis 
bergelimpangan budak2 itu menjadi mayat yang bercerai berai terkena ledakan 
bom tentera kuffar Filipina itu.

Maka itu, kita sangsi dan sunggug-sungguh sangsi sama ada 129 orang itu 
kesemuanya anggota Abu Sayyaf atau pun mungkin ada dalam senarai itu 
budak-budak kecil lima enam tahun tengah dok mengaji mukadam macam dalam kes 
MILF tempoh hari!!

SAYA BUKAN NAK SOKONG ABU SAYYAF ATAU APA-APA; CUMA NAK HABAG KATA SAYA NAIK 
SIMPATI DENGAN DEPA!!

Kita pulak tak banyak membantu; sampai hari ini fikiran saya jadi bercelaru, 
saya sendiri tak paham apa sebenarnya yg kerajaan kita cuba lakukan sampai 
sanggup menghantar 23 buah bot dan beberapa kapal perang beserta 2000 tentera 
untuk mengawal perairan pantai Sabah di kala tentera-tentera Filipina sedang 
menyembelih 'puak-puak' Abu Sayyaf di sana!!

SALAHKAH NANTI KALAU CUCU CICIT DEPA TU NANTI PI TUDUH KATA TANGAN KITA TURUT 
TERPALIT DENGAN DARAH TOK WAN-TOK WAN DEPA ITU, KERANA KITA JUGA ADA 'PERANAN' 
DALAM UPACARA PENYEMBELIHAN ITU. WALAH HU AKLAM!

Apa-apa pun, 102 orang islam yang mati di Palestine dan dicampur dengan 129 
orang yg mati di Jolo menjadikan jumlah kematian orang-orang Islam di tangan 
kuffar untuk dua tiga minggu ini saja sudah mencecah angka 231 orang. Itu 
belum lagi termasuk kematian2 yg terbaru di Maluku, Chechnya, Kashmir dan 
kawasan-kawasan jihad yang satu waktu dengannya.

Nampaknya, darah ummat Islam kian deras mengalir; mengalir dan terus mengalir 
tanpa hentinya. Bilakah agaknya akan turun Al-Mahdi untuk bangun berdiri bagi 
membela kematian-kematian insan yang tidak berdosa ini. Kita pun tidak tahu 
bila Al-Mahdi akan turun kerana percaya atau tidak dengan kedatangan beliau 
bukanlah soal akidah; tapi yang pastinya sampai masanya nanti insyaallah Islam 
pasti akan tertegak semula di muka bumi ini. Sementara itu, marilah kita semua
 berusaha dan menyumbang segala ada dengan "apa yang terdaya"........


Wassalamu,
Ahmad Baharudin Kasbi


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Ahmad Baharudin Kasbi <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke