*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
assalamualaikum...

Telah terang lagi bersuluh !! puak umno ni memang suka menngeksploitasikan
warga wanita.
Umno sejak dari dulu mempermainkan perasaan wanita supaya mereka anti Pas
dgn cuba memfitnah Pas yg Pas anti wanita tapi merekalah yg sebenarnya
memperbodohkan golongan wanita yg kurang ilmu agama.
Mereka tahu majoriti pengundi mereka adalah golongan hawa.Kalau golongan
Hawa tidak diperbodohkan
maka mereka akan tumbang !!Jika kaum hawa yg faham agama mereka akan
mengatakan betapa bodohnya
permainan puak umno sekular ni..dan tak tahulah betapa jahilnya orang yg
diperbodohkan itu..
dalam kes ni mungkin menguntungkan PAS kalau orang Umno yg tau sikit hukum
hakam ni dapat 
berfikir isu ini dgn keimanan kpd Allah.

wassalam


-----Original Message-----
From: abdul muznibu ahmad [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
Sent: Friday, October 13, 2000 10:45 PM
To: [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]
Subject: RE: H-Net* Nik Aziz tidak hina wanita - Dr Mariah



 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalammu'alaikum...

Segala puji bagi Allah yang tidak lupa dan tidak tidur...

Dalam akhbar hari ini (Jumaat-13 Okt.)seorang Menteri wanita telah membidas
kenyataan Nik Aziz berkenaan isu perempuan berpakaian seksi yang merangsang
nafsu lelaki dengan mengambil contoh kepada kes Allahyarhamah Noor Suzaily
Mukhtar.Katanya kenyataan NIk Aziz tidak tepat kerana Noor Suzaily yang
menutup aurat pun menjadi mangsa rogol dan bunuh.Jadi katanya,perempuan
tidak menutup aurat/berpakaian seksi bukan pencetus kepada kes rogol dan
penganiayaan.

Ulasannya...
Inilah kenyataan orang yang tidak menyakini hukum Allah.Tugas kita sebagai
hambanya hanyalah menuruti seperti apa yang diperintahkan,maka pencegahan
dari jenayah Allah yang menentukan.Bukan saya nak menyalahkan wanita,tapi
siapa-siapa yang merasakan wajahnya cantik dan  menjadi daya tarikan orang
ramai,maka wajib baginya memakai purdah.Ini kerana muka yang cantik juga
boleh menjadi daya rangsang nafsu lelaki.Kalau wanita memakai pakaian
menutup aurat paling sempurna (diulangi sekali lagi-paling sempurna)....maka
Allah akan mendatangkan rasa gerun dalam hati lelaki yang nak buat jahat
terhadapnya.Yakinlah dengan janji Allah ini.Oleh itu timbul
persoalan...apakah pakaian menutup aurat yang paling sempurna???...senang
cerita kita bagitau apa pakaian yang tidak sempurna:-

1).Pakai tudung tapi disertai pakai t-shirt lengan pendek.
2).Pakai tudung tapi disertai pakai seluar jeans ketat.
3).Pakai tudung tapi disertai pakai baju ketat-ketat.
4).Pakai tudung tapi jenis skaf yang tidak menutup dada.
5).Pakai tudung tapi disertai baju dan kain yang jarang-jarang.

Dan pakaian yang paling sempurna ialah sebagaimana muslimah Al-Arqam pakai
(dah takda tapi dekat Singapura ada) atau wanita Iran zaman ini pakai.Secara
automatiknya orang berasa gerun dan hormat dengan wanita-wanita seperti ini.

Wassalam,

Al hakir ilallah...
------Original Message------
From: Partners <[EMAIL PROTECTED]>
To: [EMAIL PROTECTED]
Sent: October 12, 2000 8:59:51 AM GMT
Subject: H-Net* Nik Aziz tidak hina wanita - Dr Mariah



Date: Thu, 12 Oct 2000 16:36:32 +0800

www.harakahdaily.com
Malay Section

Nik Aziz tidak hina wanita - Dr Mariah
Oleh Roy Rasul

KUALA LUMPUR, 12 Okt (Hrkh) - Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) tidak berasa
terperanjat dengan salah faham atau putar belit terhadap kenyataan Dato' Nik
Aziz Nik Mat mengenai wanita berpakaian seksi yang menjadi antara penyebab
berlakunya maksiat dan jenayah seksual.

Ketua Penerangannya, Dr Mariah Mahmud ketika mengulas isu tersebut berkata,
media prokerajaan sengaja untuk mensensasikan isu tersebut dengan tujuan
untuk memburuk-burukkan parti pembangkang, terutamanya PAS.

"Putar belit berita sebegini sudah menjadi pengetahuan umum," katanya.
Beliau mendakwa sudah banyak kenyataan yang dibuat oleh Dato' Nik Aziz
mengenai wanita , tetapi tidak satupun daripadanya yang dilihat secara
positif.

"Setelah meneliti transkrip ceramah Dato' Nik Aziz berkenaan isu yang hangat
diperkatakan itu, adalah jelas bahawa ucapannya itu sengaja
diputarbelitkan," kata beliau.

"Teguran Dato' Nik Aziz adalah bertempat dan kena pada masanya. Ia
sepatutnya disambut baik oleh umat Islam. Selain itu pengakuan ikhlasnya
mengenai kelemahan lelaki sepatutnya diterima secara positif," kata beliau.

Dato' Nik Aziz, dalam kuliah mingguannya di Pejabat Perhubungan PAS Kelantan
minggu lepas, meminta kaum wanita Islam turut memainkan peranan bagi
membantu membendung gejala salah laku seks dengan cara tidak memakai pakaian
yang boleh merangsang keinginan seksual lelaki.

Secara tidak langsung beliau meminta wanita supaya menutup aurat. "Mereka
harus faham bahawa Dato' Nik Aziz merujuk kepada pakaian sesetengah wanita
yang terdedah secara melampau,' katanya lagi.

"Dari sudut pandangan Islam," kata Mariah lagi, "kedua-dua wanita dan lelaki
perlu bertanggungjawab memelihara kehormatan diri masing-masing, dengan
wanita menutup aurat dan lelaki menundukkan pandangan apabila berhadapan
dengan situasi yang menyebabkan mereka perlu berinteraksi antara satu sama
lain."

"Justeru, kenyataan MB Kelantan itu perlu dilihat dari sudut peranan yang
boleh dimainkan oleh wanita bagi mengurangkan jenayah seksual dan perbuatan
maksiat, bukannya sebagai satu serangan terhadap kebebasan atau kedudukan
wanita," katanya lagi.

Comments ? E-mail Us









COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM


---------------------------------
Do You Yahoo!?
Get Yahoo! Mail - Free email you can access from anywhere!


______________________________________________
FREE Personalized Email at Mail.com
Sign up at http://www.mail.com/?sr=signup

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: abdul muznibu ahmad <[EMAIL PROTECTED]>


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Aziz, Azrul Mahathir" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke