*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


>

Sebenarnya, PTN Negeri berada di bawah KUASA SULTAN KELANTAN, dan
bukannya bawah kuasa Menteri Besar Kelantan.  Oleh sebab itulah majlis
tersebut boleh berjalan walaupun TANPA PENGETAHUAN MENTERI BESAR.

Oleh kerana Sultan Kelantan ini adalah UMNO, maka tidak hairanlah dia
sendiri yang menjemput penyanyi NORA untuk menyerikan majlis tersebut.


>
> Dapatkah tuan-tuan percaya berita yang mengatakan Tokguru Nik
> Aziz menganjurkan acara maksiat?? Cuma saya nak beritahu, dalam
> istana Sultan Kelantan ada banyak talibarut UMNO. Mereka sentiasa
> mencari jalan supaya kerajaan pimpinan Tokguru Nik Aziz difitnah.
>
> =======================
> Majlis PTN kecoh -- 500 berjubah, berserban desak jamuan makan
> malam dibatalkan
>
> KOTA BHARU 14 Okt. _ Majlis Makan Malam Ulang Tahun ke-50 Pegawai
> Tadbir Negeri (PTN) di sebuah hotel terkemuka di sini malam ini
> kecoh apabila kira-kira 500 orang berjubah dan berserban mendesak
> ia dibatalkan.
>
> Majlis itu dihadiri oleh Sultan dan Raja Perempuan Kelantan, anggota
> Exco Kerajaan Negeri, Annuar Tan Abdullah dan pegawai-pegawai
> kerajaan negeri.
>
> Seorang lagi anggota Exco Kerajaan Negeri, Takiyuddin Hassan,
> yang dijadualkan hadir bagaimanapun tidak datang kerana dikatakan
> berada di Pulau Pinang.
>
> Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu, pekarangan hotel di
> Jalan Post Office Lama itu tiba-tiba dibanjiri oleh kumpulan
> tersebut yang membantah penganjuran majlis sambil bertakbir.
>
> Mereka cuba menyerbu dewan tempat majlis berkenaan berlangsung.
> Difahamkan majlis itu menyelitkan acara hiburan, antaranya disertai
> oleh penyanyi Nora.
>
> Mereka difahamkan marah dengan sikap kerajaan Pas yang mendakwa
> memperjuangkan Islam tetapi membenarkan majlis dan acara hiburan
> tersebut diadakan.
>
> Kumpulan itu turut mempersoalkan sikap kerajaan negeri yang begitu
> bertegas menghalang majlis hiburan yang dianjurkan oleh rakyat
> biasa, tetapi membenarkan pula jika dianjurkan oleh pembesar dan
> pemimpin kerajaan negeri.
>
> Apabila keadaan menjadi semakin kecoh, Pemangku Ketua Polis Daerah
> Kota Bharu, Penguasa Zulhasnan Najib Baharuddin menggunakan pembesar
> suara meminta kumpulan tersebut bersurai tetapi tidak diendahkan.
>
> Selepas itu, kumpulan tersebut yang tidak sempat membuka sepanduk-
> sepanduk yang dibawa, telah bertolak-tolak dengan pihak polis
> sehingga ada di kalangan mereka terjatuh di atas jalan raya.
>
> Kumpulan itu kemudiannya berpecah dan melarikan diri di sebalik
> rumah-rumah kedai berhampiran sambil dikejar oleh polis.
>
> Sehingga pukul 10 malam ini, polis menahan tiga orang daripada
> mereka untuk disoal siasat.
>
> Sementara itu, Sultan dan Raja Perempuan Kelantan tiba di pekarangan
> hotel tersebut kira-kira pukul 9.30 malam dengan diberi kawalan
> ketat.
>
> Bagaimanapun apabila menyedari kehadiran Sultan dan Raja Perempuan,
> sebahagian anggota kumpulan tersebut kembali berkumpul di Lorong
> Che Kadir berhampiran hotel tersebut dan terus bertakbir serta
> meminta majlis itu dihentikan.
>
> Polis berjaya mengawal mereka daripada bertindak ganas. Ketua Polis
> Negeri, Datuk Mohd. Yunus Othman, yang turut berada di tempat
> kejadian enggan memberi sebarang ulasan.
>
> Annuar pula ketika ditemui berkata, beliau tidak mengetahui punca
> kumpulan tersebut meminta majlis berkenaan dibatalkan dan siapa
> penganjurnya.
>
> Beliau menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: Tiger <[EMAIL PROTECTED]>


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Abdul Rahman <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke