www.harakahdaily.com

Surat Pembaca

Kenyataan sebenar MB Kelantan

Saya terdengar Radio Thailand dalam perjalan menghantar anak saya ke kelas
komputer. Tok Guru sedang berucap hal agama, dan saya terkejut kerana ucapan
inilah yang jadi isu mengkritik Tok Guru oleh pihak bukan Islam [bukan
Melayu] dan Melayu.

Saya sebagai saorang bukan Islam dan bukan Melayu hairan kenapa rakyat
Malaysia berbuat begini sedangkan mereka tidak dengar pun ucapan ini. Kerana
tidak tahu ucapan di Radio Thai itu ucapan kuliah pada 6hb Okt 2000, saya ke
Pejabat PAS Kota Baru untuk mendapatkan pita rakaman kuliah tersebut.

Saya tahu, salepas mendengar berberapa kali pita tersebut, tiada apa apa
yang menghina perempuan atau menjatuhkan maruah mereka. Oleh kerana tidak
faham dan tidak tahu kandungan ceramah agama Tok Guru, rakyat naik marah dan
mengkritik ulama yang hanya menjalankan kerja menyeru umat Islam supaya
berbuat baik di bulan Rejab [satu bulan Haram].
Tok Guru menyeru rakyat Kelantan supaya mengutip markah pahala awal awal
lagi dan tidak menunggu bulan Muharram. Tok Guru berkata rakyat mesti turut
cara hidup Nabi Muhamad dari semua aspek. Tok Guru menasihatkan ibu bapa
supaya pujuk anak-anak mereka supaya tidak meniru bintang filem atau peserta
peserta Sukan Olimpik.

Mereka patut berpakaian cara Islam mengikut kitab suci al-Quran. Memakai
pakaian Barat hanya akan memalukan negeri Serambi Mekah sahaja. Tok Guru
kata adalah wajib meniru Nabi Muhamad dan menutup aurat akan jauhkan
daripada zina dan rogol. Wanita yang menutup aurat pun orang boleh naik
geram, [contoh kalau kucing mahu ikan di bawah tudung saji kucing akan kebas
juga sedangkan ditutup dengan tudung saji oleh oleh tuannya], macam mana
lagi timbang Pak Lebai tidak bergoyang bila ternampak pusat, jika dia bukan
saorang pondan.

Tok Guru minta rakyat Islam "pantang" sedikit di bulan Rejab. Apa salahnya
nasihat! Tok Guru minta rakyat Islam berpakaian secara Islam. Mengapakah
Susan Loone, Betty Chew, Teresa Kok, Ng Yen Yen dan Mabel Tan masih mahu
mengutuk Tok Guru, sedangkan Tok Guru tidak menasihat bangsa dan ugama
mereka. Mereka patut sedar nasihat Tok Guru hanya memberi nasihat untuk
orang Islam sahaja. Mungkin mereka tidak tahu mesej yang di sampaikan oleh
Tok Guru.

Saya rasa begitu malu dengan sikap orang Melayu saperti Shahrizat Abdul
Jalil, Azalina Othman Said dan Mustafa Mohamed yang tidak mahu faham mesej
Tok Guru dan mahu putar belitkan secara politik mesej Bulan Rejab oleh Tok
Guru. Saya terpaksa membantu Tok Guru daripada serangan mengkritik ini dalam
surat khabar yang dikuasai kerajaan.

Kepada wanita-wanita yang tersebut diatas, jangan marah sangat, pakailah apa
apa yang kau suka. Kalau mahu berpakaian saperti pelacur, silakan.Tok Guru
tidak menyebut kamu semua sewaktu berceramah, hanya menyebut wanita Islam
sahaja.
Dr Partap Singh

Comments ? E-mail Us



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Messenger - Talk while you surf! It's FREE.

Kirim email ke